Mengenang Yang Manis and Welcome 2016!



Mengenang Yang Manis and Welcome 2016!| Assalamualaikum dan selamat tahun baru. Terlambat wish sebab balik kampung takde line internet. Line U Mobile, Maxis pun takde, kena keluar ke jalan besar hehee.. tapi wifi FREE di bas stand Baling best, laju!


Ada azam baru? Aku malas nak berazam sebab sama je.. selalunya azam je ada tapi action tarak. Cuma minggu ini berharap sangat dapat membuang 2 kg lemak yang aku kumpul semasa program Eat.Travel.Write.Putrajaya hari tu. Jika berjaya baru cuba turunkan lagi 3kg secara drastik. Terdesak sangat dah ni.

Tahun 2015 penuh dengan pahit manis. Yang pasti manis tu lebih walaupun yang pahit tu sungguh pahit. Kita simpan sajalah yang pahit kelat tu untuk diri sendiri. Mengadu sajalah pada tuhan yang satu.


KENANGAN MANIS TAHUN 2015

Yang manisnya, setiap bulan ada saja trip kembara dalam Malaysia. Tidak semestinya jauh, yang di Selangor pun banyak tempat yang belum dilawati (kesemuanya aku dah pos dalam blog ni). Yang syoknya dalam Squid Jigging Festival edisi kedua di Terengganu aku berjaya mencandat seekor sotong dan interview disiarkan dalam satu segmen TV Al Hijrah serta tersiar di Berita Harian. Bangga mak nak ooiiii ! hahhaha

The best one last year ialah dapat invitation ke Borneo Jazz 10th Anniversary diikuti dengan 3 hari post tour ke Mulu. Best giler ! Suka sangat dengan muzik jazz dan caving tu. Nak lagi nak lagiiiii...!!

Untuk overseas trip yang paling seronok pastinya ke Hangzhou-Shanghai sebab dapat tengok berjuta-juta tulip hidup. Lawatan ke Cambodia meletihkan otak sebab semua cerita duka nestapa aje, cerita orang kena siksa dan bunuh. Tahun ini insyaAllah akan ke China lagi but to a different city.

2015 overseas trip telah aku mulakan dengan:

Februari : Phnom Penh - Siem Reap - Aranyaprathet - Lopburi - Bangkok

April : Hangzhou - Shanghai

Mei : Jakarta - Bandung

July : Hongkong - Macau

Itu sajalah rezeki ke luar negara setakat 31/12/2015. Dedekat jer namun alhamdulillah.


Sebagai penutup 2015 kami membawa Geng Bas Sekolah ke Pulau Pinang sebagai hadiah percutian tahunan keluarga sebelum pulang ke kampung di Kedah. Planned macam-macam tapi ada dua tempat kami tak pergi diganti dengan mandi di Taman Rimba Teluk Bahang. Anak-anak paling seronok naik basikal sambil ambil gambar street art, ke Chew Jetty dan Chowrasta Market. Edutrip sangat hehee..



Last day di Penang minggu lepas aku terjumpa kedai pengedar perfume dekat Bomba Beach Street tu. Hidu punya hidu aku pun mintalah Dune tapi takde. Minta Beautiful. Hmmm... harumnya... suka suka..! Beautiful ni aku dah cium baunya sejak tahun 1993 lagi tapi masa tu dok menghidu yang di badan orang je lah. Badan makcik kayo. Kita muda remaja lagi manalah mampu nak beli.

Aku pun mintalah Beautiful botol 10ml tu dan terus bayar RM13.80. Lapanploh sen tu gst ye kawan-kawan. Masa queue nak naik Penang Ferry kita pun test kat badan. 

"Ni macam bau orang pakai pergi solat Jumaat lah mama!"

Adoilaaaa.... frust betul.

Aku call company tu tapi dia cakap, "yang warna kuning itu kan? Dia punya bau memang macam tu". Aku pun okaylah, okaylah. Tak kuasa nak argue. Dah lama kot aku kenal bau Beautiful CD tu. Takkan jauh sangat baunya dengan tester. Oleh sebab label jenama ditampal pada penutup botol aku agak tertukarlah tu. Sepatutnya label tu di badan botol.

Kecewa laa... ingatkan nak berwangianlah berjumpa mak mertua hehee... Anak suruh letak kat masjid je bagi sesiapa gunakan. Takpelah nanti aku cari lagi di Bandung.

Paling tak disangka sekarang aku membela kucing! Bukan tak suka kucing, aku tahulah membela kucing itu sunnah tetapi menjaga silaturrahim dengan tetangga itu WAJIB. Ramai yang bela kucing tapi kencing berak di rumah orang.. di kasut orang.. di TILAM orang, mencakar kereta orang, mengoyakkan seat motor orang sampai dua kali kena tukar. Stress aku dengan pencinta kucing macam ni. Sayang kucing konon... nasib baik takde orang Vietnam kat sini, kalau tak dah lama jadi 'kucing masak kicap'.

Kucing tu ada orang buang kat rumah aku kot. Comellah pula kucing tu, macam pakai Qu Puteh. Memula kesian so kami bagi makan sekali. Since kucing tu masih ada mengiau ngiau aku belikan palet. Jiran kata tak ada pun dia kencing berak di rumah mereka (dia berak dalam semak) so okaylah kita bagilah dia tidur baring dalam rumah. Kalau tak dah lama aku buang kucing tu. Kemain lagi dia sekarang ni nak makan ikan rebus aje. La ni ni tengah pregnant disontot kucing jiran hmm... kalau lahir jantan aku nak bagi je kepada sesiapa yang berhajat. Aku tak rela setiap hari sakit hati membasuh kencing kucing. 

Apa lagi yang sweet tahap potong kaki di tahun 2015?

Bahagia juga kerana cuti persekolahan kali ini kami dapat solat subuh, maghrib dan isyak berjemaah di rumah berimamkan si ayah. Selalunya solat maghrib berenam saja berimamkan si alang. Bukan senang juga sebab kita tak mulakan mengikut nasihat nabi. Rasulullah ajar lain kita buat lain so bila dah jadi buluh memanglah liat sikit. Salahnya kat kami ibu bapa juga yang tak ajar berjemaah dari kecil. Mudah-mudahan istiqamah. Sebenarnya yang bermasalah dulu tu sebab hari sekolah bangun pukul 6 bila cuti set alarm 6.15. Dah berbunyi 3 kali baru bangun. Kalau bajet nak berjemaah time tu kira subuh gajah dah ler... Kita cuba, biarlah jadi bekas orang jahat dari bekas orang baik kan?

Lebih manis aku berjaya membeli dua buah hartanah kecil berstatus freehold dalam satu hari :-))) Feeling makcik kayo jap hahahhaha.... tapau dua terus ikat tepi. Rekod sebelum ni beli dua buah dalam masa enam bulan. Feeling macam Datuk Sri Vida cuma tak ada jewellery penuh badan dan baju bling bling kaler pink jer heheh... Sampai di rumah aku cakap kat husband, "rasa macam orang kaya hari ni". Hahahha... terawang-awang tapi... loan cuma approve 80% daripada MARKET VALUE bukan daripada selling price :-(( Harapan aku semoga proses menukar hakmilik akan smooth sahaja. Jangan ada pengalaman pahit lagi dengan lawyer yang macam harem. Nak cerita juga tentang lawyer dan stafnya yang macam harem tu tapi nantilah ya. Kalau aku tulis time marah lagi ni entah apa-apa yang keluar nanti.

Banyak modal dah dikeluarkan untuk dua rumah tu, belum lagi ditambah dengan kos valuation report, legal fees, repair work (maybe) dan furnitures yang aku nak masukkan nanti maka tahun 2016 seperti tiada harapan untuk pergi jejauh, duduk yo lah kek rumah ontok ontok. Habis dah duit. Setakat nak beli tiket bas seratus dua ratus hengget tu bolehlah lagi. Yang kita nak tujui tahun ini dah dirancang sejak setahun lalu. Tapi mana kita tahukan... rezeki Allah yang bagi. Only God knows.

Semoga di tahun baru 2016 ini kita semua lebih bahagia, ceria dan dilimpahi rezeki. Amin.





Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.