Kunming, China | Yunnan Stone Forest



Kunming, China | Yunnan Stone Forest | Hari kedua kami pergi ke hutan batu yang telah dikenali sejak Dinasti Ming (1368-1644 A.D) sebagai the 'First Wonder of the World". Hutan batu ini terletak di Shilin County dengan keluasan keseluruhan 350km persegi. Ia juga digelar "the essence of the world karst".



Pembentukan batu kapur yang muncul dari tanah mewujudkan hutan batu. Ia seperti stalagmit dalam gua tu cuma stalagmit terhasil daripada titisan cecair dari siling gua. Lebih kurang satu kilometer dari Yunnan Stone Forest dah kelihatan batu-batu imi tumbuh sepanjang jalan.

Fyi, di Mulu, Sarawak, pun ada stone forest ni... kita panggil The Pinnacles tetapi sungguh mencabar untuk sampai ke sana. Kita perlu naik bot selama dua jam untuk sampai ke permulaan trail sepanjang 8.9km, merentas dua batang sungai dan berjalan sampai nak pengsan hahha.... mencabar sungguh! Yang di Shilin ni senang saja nak pergi, sama ada naik rented van atau bas terus sampai ke pintu masuk.

Dari entrance tu kita boleh naik tram atau berjalan kaki. Aku cadangkan toksahlah nak berjimat sangat tak nak bayar tram, boleh cramp kaki untuk sampai ke permulaan taman. Kalau rasa tak mampu nak membayar harga tiket tu sebab membawa keluarga yang besar, boleh saja bergambar dan panjat batu-batu di bahagian luar. Cuma pemandangan kurang menariklah. Yang free takkan sama dengan yang berbayar kot? Bolehlah, at least mesti ke sana juga bila dah berada di Kunming.

Pemandangan di dalam sangat cantik ditambah pula berjalan time winter kan... dengan bunga sakuranya lagi... Sila pakai kasut yang sesuai kerana kita perlu banyak berjalan kaki. Sungguh sungguh sungguh menakjubkan!



Selepas membeli tiket masuk dan tram sila beratur di sini. Bila nak balik nanti tak payah nak together gether sangatlah ye dengan rombongan, selagi tak penuh tram tu driver tu takkan gerak. Silap haribulan kena maki dengan diorang. Aku pun meluat jugak menengoknya, jenuh kita menunggu atas tram.

 Sejarah Stone Forest Park

Batu bertulis itu adalah lokasi wajib untuk bergambar.

Sesi bercakap dengan ikan hehe..


Sebenarnyakan, tak boleh pijak rumput. Jadi kita bergolek-goleklah kat sini heheh..




Untuk pemandangan yang awesome silalah naik ke atas sana ya.


Persembahan kebudayaan pun ada. Bagus muziknya, rancak! Semua makcik, pakcik dan atuk yang menari dan bermain muzik.


Bayangkan betapa luasnya hutan batu ni. Di bahagian luar pun ada tapi tidaklah secantik di sini.



Ada sebahagian batu yang patah akibat perubahan struktur dalaman seperti kelembapan. Ada juga kerana pergeseren plaktonik (gempa bumi).

Kalau nak tengok gambar lain dan video boleh lihat di instagram : ruggedmom

Tiket masuk : RMB175 + tram 25
Waktu beroperasi : 8.30 pagi - 6.00 petang


Bagaimana Untuk Ke Yunnan Stone Forest Menggunakan Public Transport?
Dari East Bus Station naik bas ke Stone Forest Scenic Area. Bas beroperasi dari 7.40 pagi -  6.40 pm, setiap setengah jam. Harga tambang tak pasti tapi aku rasa tak mahal sebab jaraknya dari Kunming cuma 78km.

Dari penginapan aku di Jinmabiji Square tu kena naik teksi ke East Bus Station, 40 yuan. Bas pun boleh tapi kena tukar tukar.


Yunnan Stone Forest cuma berjarak 35km dari Jiu Xiang Scenic Area jadi elok sangat jika pergi ke dua destinasi pelancongan tersebut dalam masa satu hari.


**Masa aku kecik aku hairan kenapa omputeh tu pakai baju tebal masa panas terik hehehee... rupanya sejukkkk...!

Post a Comment

0 Comments