Innalillahi wainalihrajiun.
Dukacita dimaklumkan YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Mukriz, anakada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat sebentar tadi di PPHUKM. Jenazah akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk diurus & untuk penghormatan terakhir. Aturcara penghormatan terakhir akan dimaklum kemudian. RSD akn membantu urusan. Alfatihah.
Berita Tunku Aif Hussein gering telah bertebaran sejak minggu lalu lagi. Semalam hari keputeraan Tuanku Mukhriz jadi banyak acara telah diaturkan sepanjang minggu ini tetapi ada acara yang dibatalkan kerana tidak bersesuaian dengan situasi semasa.
Aku bangga kerana keluarga diraja Negeri Sembilan ini tidak pernah menyorokkan anak istimewa mereka malahan menurut Tunku Aishah Rohani, baginda menyuapkan sendiri anak ini sejak kecil.
Allah lebih menyayanginya. Semoga mereka sekeluarga bertemu di syurga Firdaus tanpa dihisab.
**Majlis pengkebumian akan dilaksanakan pada pukul 6 petang ini.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.