Kraftangan Selangor | Kraf Moden Yang Cantik Lagi Unik



Kraftangan Selangor : Kraf Moden Yang Cantik Lagi Unik | Kembara Kraf Selangor 2015 anjuran bersama Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) membawa kami melihat beberapa perusahaan kraftangan di sekitar negeri Selangor.



Kraftangan yang cantik lagi unik ini bukan sahaja passion si pembuat tetapi juga menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Kerja yang dilakukan dari hati pasti dapat dirasai oleh penggunanya. Selain daripada itu kerja-kerja jahitan, kraf tanah liat dan bunga tekap (pressed flower) merupakan salah satu cara untuk mengatasi kemurungan kerana gerakan jari-jemari akan mengaktifkan neuron di dalam otak.

**Kemurungan atau clinical depression adalah satu perasaan tertekan yang mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang, mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan berisiko untuk mengalami kemalangan.

 
Mari kita lihat hasil kraftangan tangan-tangan seni dari Selangor ini:
 
STRING ARABIC CALIGRAPHY by AMAL KUFI
Facebook : Amalkufi
Instagram : @amalkufi
 
Pernah tengok string art tak? Ia adalah sejenis seni jalinan benang pada paku. Di @amalkufi jalinan benang ini disusun membentuk ayat Quran pilihan.
 
String art Amalkufi bermula di Oman pada 2013 oleh pasangan arkitek Ahmad Syafiei dan Amal Tahir. Bermula sebagai hobi ia kemudiannya dikomersilkan melalui media sosial dan mendapat sambutan yang menggalakkan untuk dijadikan hiasan ataupun hadiah. 
 
Terdapat 7 asas dalam kaligrafi arab/islam iaitu kufi, diwani, nasakh, thuluts, riq'ah, farisi dan err... apa eh lagi satu? Terlupa dah apa yang dah belajar di Kompleks Taman Seni Islam hari tu. Seni jalinan benang pula ada dua iaitu word dan inverted. Untuk menghasilkan sesebuah kaligrafi menggunakan benang ini kemahiran untuk mengolah huruf sangat diperlukan. Salah huruf salah maknanya. Salah warna hilang serinya.
 



 This is the inverted one.
 

 
Biasanya papan yang digunakan ialah plywood yang tidak diwarnakan untuk menunjukkan tekstur kayu. Namun ada juga yang diwarnakan supaya kelihatan lebih menarik dan mengikut permintaan pelanggan. Untuk saiz standard 1 1/2' x 1 1/2' boleh disiapkan dalam masa dua hari sahaja. Frame pula disediakan oleh @camofella. Kira bisnes adik abang lah ni. Keluarga seni sungguh. Eh, ada lagi seorang anak Encik Tahir ni...cuba teka?
 
 
POLYMER CLAY ART by LUVLY TOUCH
 
Semasa melalui satu peringkat kehidupan yang mencabar Puan Khadijah Ahmad telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Jepun atas saranan temannya. Di sana beliau melihat wanita-wanita Jepun mengisi masa lapang selepas menghantar anak ke sekolah dengan bergaul bersama komuniti setempat sambil membuat seni kraf tanah liat.
 
Beliau tertarik dengan aktiviti tersebut kerana ia bertindak sebagai terapi emosinya ketika itu. Selain itu beliau juga kagum dengan minat orang Jepun khususnya wanita dalam bidang seni halus. Mereka menggunakan polymer clay dan peralatan yang ada di rumah masing-masing untuk menghasilkan satu kraf yang unik.
 
Terdapat beberapa perbezaan tanah liat polimer yang dikeluarkan negara berlainan. Contohnya polimer clay Jepun lebih halus berbanding buatan China. Ia juga boleh dibiarkan kering dalam suhu bilik berbanding perlu dibakar yang made in United Kingdom.
 
Sekarang Khadijah Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Katt, mengusahakan bisnes kraf, menjahit, mengajar dan menyewakan premis latihannya di U6 Shah Alam untuk kapasiti maksima 20 orang. Beliau mengajar para wanita terutamanya ibu tunggal seni pembuatan produk tanah liat supaya mereka dapat meraih pendapatan tambahan melaluinya malah membeli kembali hasil kerjatangan tersebut untuk dijual di luar negara.
 
 Katt sedang mendemonatrasikan cara membuat hiasan.

 Tak dapat aku menggentel sehalus ini. Jari gomok.

 Hasil kerja kami huahuahua.... Yang tujuh kanan tu disqualify sebab guna mould.

Dibuah hiasan beg di negara Dubai nun.

 

SEW FABBY

Web: www.sewfabby.com.my
Facebook: Sewfabby
Email: hello@sewfabby.com
IG: @sewfabby

Asal tertubuhnya Sew Fabby ni sebab adik Cik Azzah kita selalu komplen susah untuk mendapatkan beg yang memenuhi minat dan keperluan di pasaran. Jadi beliau mulakanlah usaha menjahit dan menyulam yang mana mendapat sambutan baik dari rakan-rakan. Kebanyakan hasil kerjanya dijual online tetapi beliau juga mempunyai sebuah kedai di Publika yang dikongsi bersama usahawan lain yang sama minat.
 
Daripada corak material yang pamerkan  aku dapat rasakan owner Sew Fabby ni ada taste yang bagus. Selain produk ready-made seperti tuala, penanda bag, selimut, bekas pensel dan bantal, beliau juga menerima tempahan dari orang ramai. Sila hubungi beliau di alamat emel atas tu ya.
 
Kami berpeluang menunjukkan bakat merekacipta dan menjahit coin purse dari kain denim di Kafe Lads & Lassies di Shah Alam. Kafe ini dijadikan tempat menjahit sementara untuk kami belajar menjahit fabrik dari Azzah, owner Sew Fabby.
 



Owner Sew Fabby, Azzah.
 
Segala bahan dan peralatan disediakan Sew Fabby siap dengan tutorial ringkas daripada Azzah. Stress pulak aku menjahit hahahha.... nasib baik ada kawan Azzah dari Cuddlemecushion tolong masukkan benang di mesin jahit tu.
 
Oleh kerana masa agak terhad, inilah sahaja yang kami sempat belajar dengan tujuan kita mendapat idea menggunakan bahan-bahan lebihan yang ada di rumah. Daripada dibuang tanpa hasil adalah lebih baik diciptakan sesuatu untuk menambah pendapatan.
 
Owh sebelum terlupa, nachos dan brownies di kafe tu sungguh sedap.
 
 
PRESSED FLOWER @ BUNGA TEKAP dari LAMAN KRAF TANI
Facebook : Laman Kraf Tani

Seni tradisional yang bermula di Jepun dan China ini diusahakan dengan gigih oleh Puan Esiah Kaimun di  Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat, Selangor sejak tahun 1999 lagi.
 
Cara membuatnya ialah dengan mengeringkan bunga-bungaan dan dedaunan lalu digam dan disusun  mengikut kreatviti. Kebiasaannya warna bunga dikekalkan tetapi ada juga yang ditambah warna supaya kelihatan lebih berseri, bersesuaian dengan konsep yang telah dirancangkan.
 
Lebih mesra dipanggil Makcik Esiah, 63, beliau melakukan seni kraftangan ini bersendirian menggunakan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling rumahnya sahaja. Barulah kutahu bahawasanya pokok bunga yang aku rasa tak cantik kat rumah aku ni boleh menghasilkan duit jika pandai diolah.
 
Selain kreatif Makcik Esiah juga mampu membaca karekter seseorang melalui seni kraf yang dibuat atau yang dipilih di rumahnya. Wohooo.. karekter aku 95% tepat! nasib baik yang molek molek aje disebutnya hehee..
 




Lagi banyak corak lagi mahal harganya.
 
 Makcik Esiah Kaimun - umur makcik 63 tapi kalau bekerja umur makcik macam 17 tahun katanya.

Menang jua akhirnya
 
Makcik Esiah pernah membuat pameran di Shanghai dan Chiengmai dengan kerjasama beberapa Jabatn kerajaan di Malaysia. Karya seninya juga mendapat perhatian orang kenamaan dan pelancong asing. Menurutnya hasil kerja beliau yang paling mahal berharga RM20,000 dibeli seorang Arab. Wow!!
 
Di usia kini beliau lebih banyak mengadakan sesi kaunseling dan mengajar para ibu tunggal dan anak yatim. Walaupun beliau masih sihat dan cergas tetapi keutamaannya bukanlah mencari duit lagi.
 

Post a Comment

0 Comments