Feeling Blessed



Assalamualaikum.

Hari ini cuma nak meluahkan rasa betapa bertuahnya perjalanan ke suatu tempat di hari Sabtu lepas yang sangat smooth.
 
Tak ada kemana-mana yang jauh sangat pun sekadar melawat nenek saudara yang sangat uzur di Rawang, berseorangan.
 
Bangun dah awal tapi lambat jugalah anak dara aku tu bersiap. Travel partner beginilah yang mahu dielakkan. Rasanya kami boarded KTM Komuter jam 6.30 pagi ke Terminal Bersepadu Selatan. Sampai je di platform 2 train pun sampai. Tokojut den tambangnya RM8.50. Kalau terus ke KL Sentral RM8.70, naik BANYAK dari RM6.00 sehala sebelum 2 Disember 2015. Tahun depan bos-bos diorang dan sekutunya bolehlah pergi haji dengan pakej paling mahal.
 
Turun di TBS sebab si gadis mahu pulang ke kampung halaman untuk bercuti sebentar. Heboh siang malam siang malam nak balik kampung, mak tok suruh katanya. Inilah pertama kali dia naik bas berseorangan. Sebelum ni ayahnya tak izinkan tapi sebab dah nak jadi young adults kenalah ajar berdikari kan? Dibuatnya dapat sambung belajar di Kelantan ke... Perlis ke... takkan kita nak hantar juga. Aku yang jadi co-pilot tidur sepanjang jalan pun letih tau.
 
Kami sampai di kaunter tiket 5 minit sebelum bas 8.15 berangkat. Alhamdulillah selesai satu bab.
 
Aku meneruskan perjalanan ke Rawang, stesen akhir. Kalau nak ke Tanjung Malim kena tukar tren di sini.
 
Inilah kali kedua sejak 10 tahun I guess... aku ke Rawang. Dulu pernah ke rumah lama pakcik aku tu dengan berkereta. Kali ni totally no idea bagaimana nak ke sana. Adik aku kata rumahnya di belakang kedai. Iyo lah adik den tu... direction pun tak tepat.
 
Dari Stesen Komuter Rawang ke rumah pakcik tu tambangnya RM10. Mahal giler ! Perjalanan tak sampai pun 10 minit. Mencekik darah betul. So aku pun carilah bas. Ada... tapi berhenti di jalan utama ke KL saja. Nak ke stesen bas tu pun kena berjalan dalam 200 meter. Driver bas tu pula tak tahu di mana taman perumahan yang aku nak tujui tu. Aku dah bagi tahu nak turun sebelum landmark yang ada di situ tapi itu pun dia tak tahu. Mujur ada penumpang lain beritahu kena turun di Batu 16.  Sabar je lah dengan pemandu asing nih. Kat Malaysia ni, kalau kita naik teksi ke bas ke... kita yang kena tunjukkan jalan giteww.... Bagaimanalah agaknya cara pemberian permit laluan dan pemilihan pemandu bas/teksi ya? Tak diberikan kursus ke?
 
Selepas turun di bus stop aku pun tak sure nak masuk di simpang mana. Selain orang yang memenuhi sebuah kedai makan, hanya ada seorang lain di luar kedai belajar memandu. Selesai bertanya arah aku cakap aku nak berjalan kaki je. Alah.. jalan je lah. Hari tu kan dah test masa masuk gua-gua di Miri selepas Borneo Jazz hahahaa ... dekat 4 km berjalan kaki tu... 
 
"Jauh tu kak!". Takpe, aku kata. Lepas tu minta tolong staf dia hantarkan aku. Subhanallah. Hamba Allah ni hantar aku sampai ke surau taman dan suruh aku call pakcik untuk fetch aku di situ. Pakcik aku dah keluar, takkan nak suruh anak dia jemput kot? Aku pun tak cam rupa anak dia hahhaha... ada jugak anak saudara macam ni. Biarlah aku pergi cari sendiri rumah dia.
 
Tujuan kedatangan dipenuhi ditambah lagi ekstra dapat melihat cucu pertama si pakcik yang baru berusia lima hari, dapat berjumpa dua orang lagi pakcik makcik bersama pasangan dan anak masing-masing. Alhamdulillah. Balik tu ada pula yang menghantar ke stesen komuter kembali. Mudahnya perjalanan aku hari ni.

Semoga mereka yang berbuat baik kepadaku dan keluargaku diampuni Allah dan beroleh rahmat yang melimpah-ruah. Amin.

Masih ramai manusia yang baik di muka bumi ini. Don't lose hope.


**Dalam satu perjalanan yang panjang buatlah sesuatu yang berfaedah seperti membaca buku atau surf website/blog yang berfaedah. Sambil sambil tu boleh juga berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Aku suka melihat pemandangan luar tapi gagal kali ini kerana kedua-dua tingkap yang ku hadap dan yang di belakang aku retak teruk dibaling benda keras oleh "monyet". Monyet betul!

Kedah lawan Selangor kalah 0-2. Eh? hahah.. tapi tahniah la kerana berjaya masuk final. Semangat juang tu yang lebih penting.
 
 
 
 

 

Post a Comment

0 Comments