Bila Kos Pengkebumian Turut Meningkat... | Salam sejahtera. Sedih, kita akan menyambut tahun baru dengan suram, sesuram dan sekecut poket.
Semua naik dari GST, tambang bas, LRT, monorel, komuter, tol dan harga barangan. Januari depan tarif letrik pula naik 15%. Jaga-jaga...PM dah kata kadar yuran universiti TIDAK PERNAH dinaikkan sejak belasan tahun lalu. Oh lupa, minyak turun sekupang.
Aku tak pastilah soheh ke tidak apa yang tertulis di bil ni. Jika benar, amatlah sedih. Aku harap anak-anak aku mampu melakukan semua ini nanti tanpa perlu mengupah sesiapa. Siapa lagi nak diharapkan. Ingatkan bila dikuburkan di tanah wakaf tak adalah banyak nau kosnya... mungkin upah penggali kubur dan orang yang memandikan saja. Semasa Dato' Napsiah Omar menjadi YB Kuala Pilah, waris jenazah boleh mengambil set kain kafan secara percuma di sebuah kedai di Kuala Pilah. Mulianya beliau.
Setahu aku orang Cina yang perlukan banyak duit di hari kematiannya. Di tahun 1994 dulu pun ada tanah kubur mereka dijual semahal RM5,000 satu lot. Itu belum lagi di lokasi yang bagus fengshui nya. Pernahlah aku melawak kat makcik aku yang aku ni nak buat bisnes kubur Cina. "Mesti kaya punya..", kataku. Sampai sekarang, kalau lalu di tanah perkuburan Cina dia akan ingkat kat aku hehe..
Jadi apakah solusi untuk mengatasi kos pengkebumian yang meningkat ini? Adakah begini?
Di katakan bahawa KOS VAN JENAZAH MENINGKAT ekoran peningkatan harga minyak, tol dan GST, lalu JENAZAH tersebut memilih untuk menaiki basikal untuk ke kubur.
Kitalah yang terpaksa pergi sendiri ke kubur nanti... 'diorang' takde masalah. Pujian patut diberikan kepada penyokong tegar pemimpin ittew sebab yang perlu menanggung semua beban kenaikan kos ini hanyalah golongan atas pagar dan yang tidak menyokong pemimpin serta parti mereka. Diorang tak kena. Jenis bersyukur katanya.
**Banyak jalan dan bangunan hebat yang dinamakan dengan nama pemimpin. Apa kata kita namakan kuburan dengan nama peminpin semasa. Kita mulakan dengan ..... (sila isi tempat kosong mengikut kadar didihan darah anda).
Tambang KTM Komuter Seremban-KL Sentral sekarang RM8.70 naik daripada RM6.00 sejak 2 Disember 2015. Bertabahlah.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.