3 hari 2 Malam Di Putrajaya Nak Buat Apa Eh? |
Kita selalu merancang percutian jauh jauh… kita selalu rasa yang jauh di mata itu menarikkk sangat sedangkan yang dekat pun tak kurang hebatnya. Sempena cuti yang masih berbaki lagi ni meh aku tolong plan percutian ringkas yang #dekatJe ni.
Bercuti di Putarajaya saja?
Ya lorrr… save money ma.
Mari lihat aturcara percutian tiga hari penuh di
Putrajaya.
Hari Pertama
Sesampai sahaja di Putrajaya kita sarapan dulu di
Putrajaya Sentral. Nak makanan berat seperti nasi lemak dan mee rebus serta
kuih-muih makanlah di restoran Lengkuas. Restoran mamak pun ada untuk mereka
yang tak boleh berpisah daripada kari mamak hehee..
Nak makan yang ringan pun ada… seperti 23 Hotdog, pizza
di Enakkk, muffin dan biskut di mm…Ovenfresh, segala roti dan mak nenek pai di
Luscious, popiah rangup, donut di Dunkin’ Donut dan lain-lain lagi.
Kalau rasa nak naik bas Nadiputra tambang lima kupang boleh park kereta di sini. Park at your own risk gitew. Eh, syok apa naik bas? Pepagi naiklah bas dulu pusing Putarajaya untuk dapatkan overview. Kalau malas nak turun naik bas kita ambil saja gambar dari dalam bas tu tapi nak berjalan-jakan tak elok melayan perasaan bermalasan tu. Jika bas tu lalu di tempat atau bangunan yang menarik kita turunlah dulu, lepas tu naiklah bas yang lain pula. Ala… lima posen je pun.
Perut dah kenyang jom kita pergi solat Zohor di Masjid
Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Putrajaya ada dua masjid. Masjid yang
lagi satu tu kita pergi hari kedua. Kita lepak lelama sikit di masjid ni, bukan
senang nak sampai kan? Aku suka masjid ni sebab rekabentuknya yang menarik
membuatkan kita dapat merasa angin yang menghembus. Lagipun ada kolam air di ruang
solat yang mendinginkan suasana.
Jika nak berjalan-jalan di sekitar masjid pun bagus juga
sebab masjid berada di tebing tasik. Damai sangat berjalan dan ‘lepaking’ di
rumput yang menghijau tu. Best tau bergolek-golek sambil bergambar atas rumput
hijau tu. Make sure pakai baju yang berwarna kontras barulah naik warnanya.
Petang kita makan lagi heheh… makan yo la kojo. Kali ni
kita makan di medan selera Presinct 9. Setiap presinct yang terdapat residensi
di Putrajaya ni lengkap dengan dewan serbaguna, kolam renang, perpustakaan dan
medan selera. Food court precinct 9 ni antara yang terbesar dan menawarkan
makanan sedap resipi tukang masak popular seperti mee rebus Hj Wahid, kue teow
Uncle Don, kacang pool original JB, roti John, tauhu bakar, otak-otak, nasi
dagang, nasi kerabu ddn pelbagai lagi. Makanlah sampai cemuih ya.
Perut dah kenyang, kat mana nak tidur? Download saja
application #HotelQuickly. Jika sebelum ni kita hanya boleh tempah dua hari
sebelum menginap sekarang ni dah boleh tempah seminggu awal. Aku stay di Everly
Putrajaya. Aku suka biliknya… puas hati dapat ambil gambar sendiri dalam bilik
tu hahahaa…. Posing sensorang. Kelebihan hotel ni ianya terletak bersebelahan
dengan pusat embeli-belah Alamanda. Nak shopping, makan minum atau berkaraoke
hanya sekangkang kucing aje.
Dah dah… gi tidur!
Hari Kedua
Hotel Everly Putrajaya menyediakan berbagai pilihan
sarapan. Aku makan yang ringan aje tapi banyak jenis jugalah. Sila rasa
kuih-muihnya, sedap.
Hari kedua ni kita mulakan dengan lawatan ke Taman Warisan Pertanian. Putrajaya memiliki 12 buah taman dengan konsep yang berlainan. Taman yang kita nak lawati ini sangat sesuai sebagai lawatan pembelajaran (edutrip). Bekas ladang getah klon menjadi taman herba dan buah-buahan ini ditanam dengan 72 jenis getah klon dan berbagai pokok seperti gadarusa yang digunakan secara tradisional untuk menghentikan pendarahan kecil, mahkota dewa yang tengah popular sekarang ni, buta-buta yang getahnya noleh menyebabkan kematian, lempoyang, sambung nyawa, leipan dan banyak lagilah. Pelik nau namanya hahhaha…. Hah kalau kena chicken pox boleh ambil daun semambu di parking lot bawah tu.
Tahu tak bahawa nangka merupakan tumbuhan berkayu yang
menghasilkan buah terbesar di dunia? Mesti ramai yang tak tahu kan? Macam-macam
informasi kita boleh dapati dengan melawat Taman Warisan Pertanian di Presinct
16 ni. Tak sesia berjalan 45 minit. Jika tak berdaya boleh je naik buggy tapi
kenalah bayar sikit. Berjalan kaki lagi bagus.
Eloklah rasanya masa lawatan ke taman ini dilebihkan. Tak
rugi pun terutamanya jika kita datang dengan anak-anak yang curious nak tahu
banyak perkara.
Penat berjalan? Haus? Lapar? Makan je di @penanggah
dipintu masuk tu.
Lepas tu kita sambung lagi aktiviti. Kali ni di Tasik
Putrajaya pula, naik Picnic Boat dan Love Boat milik #CruiseTasik. Ya Allah
seronoknya makan makan atas bot! Bawa bekal letak dalam bekas makanan
@tiffinayan (orang lama panggil ‘sia’) dengan warna-warna pastel yang cantik.
Nak ke mana lagi lepas tu?
Kita melawat Moroccan Pavilion pula. Hebat sungguh
replika istana Morocco ni. Empat galeri dengan empat konsep yang berbeza.
Istana sebenar di bahagikan mengikut zon. Kita rakyat marhaen ni dapatlah duduk
belah luar je kot. Kalau BFF sultan dapatlah sambutan di bilik vip.
Sangat indah dan hebat ukiran bangunan īni. Cerita banyak
pun tak guna, hang kena masuk tengok sendiri. Fotografi dan videografi tidak
dibenarkan tanpa kebenaran. Jika dijaga dengan lebih baik bangunan ni lagi
bagus.
Makan malam hari ni kita test @UmaiCafe pula, kafe tepi
tasik berdekatan Masjid Besi.
Hari Ketiga
Hari ni nak ke mana eh? Kita cover Monumen, rumah Perdana
Menteri kesayangan awak dan Putrajaya Wetlands. Kalau kena hari Selasa dan Jumaat boleh pergi passr tani/malam.
Mari kita belajar sejarah Malaysia secara ringkas di
Monumen. Ringkas ringkas pun ceritanya start dari tahun 1400 hehe… Di sinī
jugalah mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamed menyimpan
kapsulnya. Tunggu tahun 2020 nanti baru kita tahu apa yang ditulisnya. Sohehlah
peringatan yang hebat dan berguna kan?. Dr M kannnn…. Memerintah Malaysia selama 22
tahun tetapi cuma memerlukan tiga orang pembantu. Banyak perkara yang membabitkan Malaysia
difikirkannya sendiri.
Kalau nak tahu lebih lagi tentang Seri Perdana boleh baca blogpost yang dulu.
Di sebelah rumah Perdana Menteri ada sebuah galeri dan
dewan protokol untuk menyambut tetamu kenamaan. Banyak cenderahati yang
dipamerkan di sana. Boleh je walk-in jika tiada majlis rasmi. Yang pasti hari
Jumaat tutup.
Putrajaya Wetland merupakan taman terbesar di Putrajaya.
Banyak sepsis tumbuhan dan haiwan terdapat di sini. Aku recommend berbasikal
atau jogging di sini. For bird watching, sila berbasikal hingga ke
upper Wetland di petang hari. Beribu burung pulang ke sarang waktu tu.
Itulah cadangan percutian ke Putrajaya. Kalau masih ada
waktu senggang dalam masa tiga hari tu pergilah melawat taman-taman ang lain
pula. Nak senang cari tempat makan copy and paste sahaja dari sini.
5 Comments
Peewwiittt! Hee.. Kak.. Nak gamba lompat2 tuu.. Hantar kat messenger please.. Hehe..
ReplyDeleteTunggu mak balik rumah ye nak. Takde wifi kat kg
ReplyDeletedah lama tak tengok biji kopi...
ReplyDeletelala tu nampak macam sedap aje.
ReplyDeleteMestilah sedap en titan sebab boh belacan
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.