Tidal Bore Festival @ Festival Benak | Kerajaan negeri Sarawak telah mengiktiraf Pesta Benak (Tidal Bore Festival) di Sri Aman sebagai salah satu festival tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak. Festival ini diadakan di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Bandar Sri Aman yang jauhnya kurang dari tiga jam perjalanan dari Kuching kini dikenali sebagai "Benak Town of Malaysia". Lupar Riverfront, tempat dimana berlansungnya Festival Benak dilengkapi dengan Arena Permerhatian, Batang Lupar Riverine Park dan Bukit Fort Alice. Kira-kira 2.5km dari riverfront tersebut ialah kampung tradisional utama yang dihuni oleh 5,000 penduduk 'pekan Benak' Malaysia.
Sri Aman asalnya dikenali sebagai Simanggang sehingga namanya ditukar secara rasmi pada bulan Mac 1974 setelah pihak kerajaan Malaysia dan pengganas komunis menandatangai perjanjian damai Deklarasi Sri Aman. But I remember in 1980s my father still refer to it as Simanggang. Sri Aman Division juga dikenali sebagai Division Kedua di Sarawak dan dibahagikan kepada dua daerah iaitu Sri Aman dan Lubuk Antu (nama scary nau). Both division has a total population of 100,000 dan didominasi oleh Iban, Melayu dan Cina.
Apakah "Benak"?
Benak atau tidal bore ialah fenomena air sungai berombak besar dan mudik ke hulu. Ianya berlaku di beberapa sungai di Sarawak seperti Sungai Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Semarahan dan Batang Saribas. Festival Benak yang di Sarawak ini merupakan satu-satunya di Malaysia !
Festival Benak merupakan antara festival yang mendapat sambutan hangat didalam acara tahunan pelancongan Sarawak sehingga mampu menarik 80,000 pelancong pada tahun 2013.
Festival Benak merupakan antara festival yang mendapat sambutan hangat didalam acara tahunan pelancongan Sarawak sehingga mampu menarik 80,000 pelancong pada tahun 2013.
sumber di sini
sumber di sini
gila oiii...! takut !
sumber di sini
List of Top 10 Tidal Bores in The World1. Araguari Poronoca, Amapa State, Brazil
2. Qiantang Dragon, Haining Province, China
3. Kampar Bono, Sumatera, Indonesia
4. Batang Lupar Benak, Sri Aman, Sarawak, Malaysia
5. Dordonge & Garonne Mascaret, Aquitaine, France
6. Seven Bore, Gloucestershire, England
7. Cook Inlet Bore (Turnagain Arm & Knik Rivers), Alaska, USA
8. Bay of Fundy Bore, (Petitcordiac, Schubenacadie), Salman River, Canada
9. Baie du Mt St. Michel (See, Selune, Couesnon)
10. Trent Aegir, Lincolnshire, England
Source: Mr Anthony Colas, French surfer.
Tahun ni punya dah lepas
Bersempena dengan Festival Benak ini beberapa acara sampingan yang menarik turut diadakan untuk memeriahkan lagi suasana seperti Regatta Events, Benak Surfing, sukan air, pesta makanan, persembahan seni dan kebudayaan, pertandingan ratu cantik Festival Benak dan sebagainya. Festival ini yang kebetulan serentak dengan fenomena semulajadi ombak deras telah menjadikan Sri Aman popular di kalangan pelancong. Kita boleh menyertai keseronokan pesta ini dengan bersama-sama menaiki bot panjang (fuhhh.... dup dap dup dap..) atau sekadar menyaksikan keberanian para surfers, pemandu jet ski dan pemandu bot membelah ombak Sungai batang Lupar.
Bilakah "benak" berlaku?
Fenomena ini berlaku sepanjang tahun tetapi waktunya berlainan. Kindly refer to the state tourism department for the schedule.
Bagaimana Untuk Ke Sri Aman?
Sri Aman terletak kira-kira 194km dari bandaraya Kuching dengan 2.5 - 3 jam perjalanan darat. Busses and taxies are always available.
Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:
Sarawak Tourism Board
atau
Tourism Task Group Sri Aman Division
Nota:
Yang kengkawan suka kata "benak betullah ko ni!", itu lain maknanya tu ye hahahahhaha..
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.