Pakej Percutian di Alor Limbat




Pakej Percutian di Alor Limbat | Program ‘Jom Jelajah Koperasi’ yang dibawakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine membawa kami ke Terengganu Darul Iman bertujuan untuk memperkenalkan koperasi-koperasi yang mendapat bantuan daripada SKM serta mempromosi aktiviti yang dijalankan oleh setiap koperasi yang terlibat. Kalau tak ada acara sebegini agak sukar jugalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerana ada koperasi yang masih dalam tahap bertatih tetapi agak banyak juga aktiviti ekonomi yang berlansung di situ. Rugi kalau orang tak tahu.



Acara peraasmian program Jom Jelajah Koperasi di Kampungstay Desa Lestari Alor Limbat meriah dengan alunan muzik tradisional, persembahan silat, demonstrasi pembuatan makanan tradisional, menangkap ikan dan permainan tradisional. Di sinilah baru kutahu ada makanan yang diberi nama Gajah Mengamuk dan Lok Lik. Orang yang prepare tu mengamuk sebenarnya hahah...

Kampung Alor Limbat telah banyak memenangi pertandingan yang dianjurkan kerajaan negeri malah mereka juga pernah meraih kemenangan Desa Cemerlang di peringkat kebangsaan sehingga dianugerahkan geran sebanyak RM3.4 juta untuk membiayai aktiviti ekonomi di sini. Pernah aku dengar seorang ahli agama berkata, kalau makmur masjid sesuatu tempat tu insyaAllah makmurlah juga kawasan penempatan tu. Mungkinkah ia berlaku di Alor Limbat? Tak sure, tak sompek nak poi mesojid.

Lamanya bunga silat ni, bila nak berembat?
 Songket weaving @ menenun songket. Terengganu sudah terkenal seantero Malaya tentang kehalusan tenunan songket dan keindahan batik lukisnya. 

PENGINAPAN DI ALOR LIMBAT
Kami tiba awal pagi jadi sementara menunggu acara perasmian kami ditempatkan dalam kabin di Kampungstay Desa Lestari Alor Limbat. Kabin lebih privacy daripada homestay. Bukan di Selangor aje ada kabin ya... Seronok juga berehat di kabin, satu pengalaman baru bagi aku.

Kabinnya agak selesa dengan maksima tiga orang dalam sebuah kabin. Tilam, bantal, tv lcd, bilik air, air cond... kira selesalah. Cuma yang belum ada surau, dewan dan pokok-pokok di sini masih kecil. Aku rasa setahun tahun lagi pasti lebih indah dengan pepohon yang tinggi dan menghijau daunnya. Kampungstay ini masih terlalu baru jadi adalah sedikit kelemahan di sana sini. Pihak Koperasi Desa Alor Limbat pun tak menyangka mereka akan dipilih oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam program ini. Mestilah ada keistimewaannya kan? 



 Ada beberapa kabin yang boleh dilalui dengan jambatan gantung. Menarik!
 Taman permainan kanak-kanak di hadapan kampungstay.


AKTIVITI EKONOMI DI ALOR LIMBAT
Jika kita menginap di Kampungstay Desa Lestari di Alor Limbat ia boleh dipakejkan sekali dengan melawat atau mengadakan aktiviti seperti di bawah. Apa-apa pun silalah bawa berbincang dengan pihak mereka.
1) Membeli keropok keping yang paling enak.
Bukan nak bodek, walaupun dapat merasa dengan percuma kami juga membeli dengan banyak untuk dibawa pulang. Alang-alang naik bas kannn...hehehee.. Nisbah ikan dan tepung sagu yang sesuai membuatkan rasa ikannya lebih terasa. Bila digoreng taklah kembang sebesar kuali. Keropok ini banyak ikan, nipis dan sedap!


Perusahaan Kerepek Koperasi Desa Alor Limbat
Tel : 019-9899247 / 09-6193060


2) Melawat ladang madu kelulut.
Di Kampung Alor Limbat terdapat 300 sarang kelulut dengan 210 di ladang milik koperasi. Penduduk yang berminat diperuntukkan maksima 15 sarang seorang untuk diusahakan bagi menambah pendapatan. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu pun ada meletakkan sarang kajian mereka di sini.
Kenapa madu kelulut semakin terkenal? Menurut kajian ia lebih berkualiti daripada madu lebah yang menyebabkan 90% daripada madu kelulut dijadikan bahan perubatan berbanding hanya 50% madu lebah. Harganya RM140 sekilogram. Kelulut mengeluarkan madu sepanjang tahun dengan kuantiti yang lebih banyak dalam bulan Mei dan Jun.
Bukan senang nak bertani, ketabahan dan kesabaran menjadi resipi kejayaan. Kelulut ni banyak musuh seperti lipas, semut, kerengga dan biawak.
 Slurpppppp.... rasanya agak masam.

Jika bernasib baik buah salak pun ada.


3) Melihat pembuatan makanan tradisional seperti:

Laksa Kebuk


Dari atas Gajah Mengamuk, Lok Lik dan Emping padi.



4) Permainan tradisional - gasing cacang dan petik mata.
Eh, dulu aku pernah mainlah. Kita pukul kayu pendek tu sampai 'terbang' lepas tu pukul lagi jejauh. Siapa paling jauh menang.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila berhubung dengan:
KOPERASI DESA ALOR LIMBAT MARANG BERHAD
4, Tingkat Bawah, Bangunan MDM
Dataran Sri Limbat
Alor Limbat
21400 Marang
Terengganu
Tel : 014-5357164/ 017-9355966/ 019-9145250/ 019-9899247/ 019-9082722

Koperasi dijangka berjaya menjadi entiti yang mampu berdiri setaraf dan bersaing dengan sektor swasta dalam pasaran terbuka. Selain menjadi entiti perniagaan yang produktif, efisien dan kompetitif Koperasi juga berupaya menyumbang secara signifikan kepada keluaran dan pembangunan negara.
Diharapkan koperasi menjadi peneraju kepada aktiviti ekonomi di sesuatu tempat supaya kampung tersebut meriah dengan aktiviti perniagaan dan kebudayaan. Pihak SKM telah meletakkan 6 fokus keberhasilan utama iaitu:
1) Kewangan dan kredit
2) Pemborongan dan peruncitan 
3) Penjagaan diri, kesihatan dan pelancongan (homestay & spa)
4) Pertanian dan industri asas tani
5) Perladangan
6) Hartanah

Awak tahu tak kalau nak ke Pulau Kapas kita akan naik bot dari Marang? Sekejap je naik bot tapi musim tengkujuh ni 'laut tutup'. Sebagai alternatif kita becuti je ke kawasan lain di Marang ni, tengok gajah di Kenyir pun boleh. Marilah kita bersama-sama bercuti dalam negara untuk meransang ekonomi setempat dan mengelakkan pengaliran keluar Ringgit Malaysia. Cuti cuti Malaysia Dekat Je..!

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.