Majalah Travel 3Sixty dah edisi ke-100 uolssss...!



Majalah Travel 3Sixty dah edisi ke-100 uolssss...! | Ada geng kaki membaca inflight magazine di sini? Tukang kebas majalah? Baik mengaku cepat! hahaha...!


Masa aku first time naik penerbangan Air Asia aku memang rajin sangat membaca Travel 3Sixty. Kiranya dua tiga jam dalam flight tu takdelah bosan nak habaq hang. Kalau penerbangan sejam tu ada kalanya buat jugalah kerja keji menyorokkan majalah tu heheh... cerita best, tak sempat habis membaca. Sekali tu ternampak kata-kata 'nasihat' seakan sindiran di muka depan majalah supaya membaca online maka berhentilah aku melakukan perbuatan tak senonoh ittew.

Kandungan majalah yang paling aku suka ialah kisah pengalaman Kapten Lim Khoy Hing. Antara tulisannya yang menarik:

1) Bila kapal terbang melanggar air pocket kekadang ia akan terhentak ke bawah. Orang yang tak faham boleh pulak heboh bercerita flight dia 'jatuh berapa ratus kaki ke bawah'. Gila ke apa? Boleh hilang nyawa dah tu.

2) Kesukaran mendarat di beberapa airport. Airport lama Hong Kong diantaranya.

3) Dalam pesawat besar untuk long haul journey akan ada 2 set pilot.

4) Pilot tak boleh makan makanan laut beberapa jam sebelum penerbangan. Ya lah seafood kan mudah tercemar... kalau dedua mengulang ke bilik air siapa pulak nak duduk kat depan tu? Salah landing pulak kang.

5) Jika dedua pilot sakit, gamers yang biasa main game kapal terbang jenis yang sama boleh menerbangkan pesawat DENGAN BANTUAN menara kawalan. Harapnya tidaklah terjadi kan... boleh mati sebab takut aku weh. Macam dalam filem sangat. Janganlah...

Selain daripada tu Travel 3Sixty memberikan banyak idea percutian di tempat-tempat menarik yang ada kalanya tidak biasa kita dengar pun namanya. Dengan gambar-gambar yang menarik, aku percaya dengan sedikit enhancement tanpa photoshop, membuatkan kita tak melepaskan peluang ke website puaka itu bila ada sale. Start semalam Air Asia bagi FREE SEATS lagi ! Letih aku semalam mengadap laptop, tab dan handphone nak booking tiket untuk adik-beradik mak ayah segala. Penat ooiiii... ontah kenapo susah bona lak kali ni.

Travel 3Sixty 100th Issues Celebration telah diadakan di MariniOn57, Menara 3 KLCC. Kelasss.... tempatnya. Tiga kali bertukar lif siap guard gituh. Dahlah di luar dan dalam KLCC penuh dengan abam pulis. Menjaga keselamatan Obama katanyer... tau takut. Serang Syria, Afganistan, Iraq, Palestine tu berani pulak. Emosi ai.


Kuala Lumpur dalam hujan. Cantik sangat pemandangan dari tingkat MarinisOn57 KLCC ni.

 The guests.

Dato' Shake pun ada... balik kampung katanya. Lupa pulak nak mintak email address, manalah tahu dapat couchsurfing kat rumah dia tahun depan hahah... verangan. Dato' Shake ni dulu ada banyak lagu-lagu popular. Ni balik menyanyi untuk birthday Sultan Johor lah kot.




Majalah dalam penerbangan Air Asia dan Air Asia X telah memenangi pelbagai anugerah selama 8 tahun diterbitkan. Pada bulan Jun 2015 majalah Travel 3Sixty telah meraih Anugerah Pencapaian Platinum di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award 2014 bagi kategori Media Cetak Antarabangsa menyaingi 21 lagi penerbitan yang disenarai pendek dari seluruh dunia. Bilangan pembacanya kini mencecah 3 juta orang sebulan. Dato' Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah Air Asia Berhad, memperkenalkan edisi ke-100 dalam majlis yang meriah itu.


PERTANDING KHAS "INVITE TRAVEL 3SIXTY"
Pertandingan ini membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial melawat kampung halaman mereka yang juga akan ditampilkan sebagai rencana utama, membolehkan cerita-cerita tempatan dapat dikongsikan sebagai cerita serantau melalui majalah itu.
Pertandingan khas ini berinspirasikan kisah seorang guru sekolah dari kawasan luar bandar di Tebedu, Sarawak yang telah menghantar emel kepada pasukan editorial menceritakan bagaimana beliau menggunakan majalah Travel 3Sixty untuk mengajar murid-muridnya tentang budaya lain di rantau ini, selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Beliau juga meminta salinan lama majalah untuk disumbangkan ke sekolah beliau. Sejak itu sekolah tersebut telah menerima Travel 3Sixty sebagai sebahagian daripada pembelajaran. Dan, cikgu tersebut telah dianugerahi sebuah jam tangan yang kebabommm harganya sebagai menghargai inisiatif beliau yang kreatif dalam mendidik anak bangsa. Itulah kan kata orang, jika kita bekerja dengan ikhlas insyaAllah ada je orang notice. Tak payah nak heboh satu Malaya mengatakan hanya kita je pandai buat kerja.

So dear readers, silalah cari perkara menarik di kampung awak dan emel segera kepada travel3sixty@airasia.com. Kat kampung aku ada banyak taik lembu atas jalan sebab tuan dia tak school, biar lembu merayau siang malam. Sampaikan adik aku jatuh motor terkoyak kaki sebab terlanggar lembu di atas jalanraya. Menarik tak agaknya? Okaylah ai tak nak potong line, tak nak jadi famous gittew. Uols sajalah emel travel3sixty@airasia.com .

Ini yang special edition, 100th issues. Menampilkan sebahagian isi kandungan terbaik sejak 2007.

"Misi utama majalah yang anggun, bergaya dan berinformasi ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutian, budaya dan cara hidup; dan kami mahu semua pembaca untuk terus mendapatkan pengalaman dan menikmati majalah ini di media cetak serta digital. Isu yang ke-100 bukanlah pencapaian yang mudah dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan editorial Travel 3Sixty atas kejayaan ini" - Datuk Kamarudin Meranun, Penerbit majalah Travel 3Sixty yang juga Pengerusi Eksekutif Air Asia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia X.

Majalah Travel 3Sixty merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yang diaudit dan disahkan oleh Audit Bereau of Circulations of Malaysia (ABCM). Untuk terus mengemaskini mengenai promosi dan aktiviti Air Asia ikuti mereka di Twitter dan Facebook.

Ada juga gambar dan video yang aku buat live update di http://www.instagram.com/ruggedmom .


Post a Comment

0 Comments