Kadar Baru Tambang KTM Komuter



Kadar Baru Tambang KTM Komuter | Assalamualaikum. Awak dah dengar ke tambang KTM Komuter, LRT, monorel segala nak naik bulan depan? Bertabahlah nak, terpaksa redha je lah dengan kadar baru ni.


 
Aku share di sini kadar baru harga tambang KTM Komuter yang telah diumumkan oleh pihak KTMB. Kenaikan ini hanya melibatkan laluan Tanjung Malim-Sungai Gadut dan Batu Caves-Pelabuhan Klang.
 
Menurut Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Sarbini Tijan, kadar kenaikan tambang baharu itu mengikut perjalanan stesen ke stesen, tanpa perubahan bagi laluan Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun.

“Kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaraan yang meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media pengumuman kadar baru itu di Stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

Tambang baru yang akan mula berkuatkuasa pada 2 Disember 2016 dinaikkan sebanyak 58% dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan.


Kadar baru tambang KTM Komuter - Tanpa Tunai.


Kadar baru tambang KTM Komuter - Tunai


Dari KL Sentral ke Mid Valley yang cuma satu stop je tu pun naik sampai 80 sen! Gila khinzir. Dah lah tol kat rumah aku ni yang berapa km je dah naik 60 sen grrrr...

Bila harga minyak dan tol naik rakyat jelata sedang menimbang dengan serius untuk menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan walaupun akan mengambil masa yang lebih untuk sampai ke destinasi. Jika (dah sah pun) tambang KTM Komuter dan lelain naik bulan depan, apakah lagi pilihan yang ada?

Kalau tak sedar lagi meh nak bagi tau, kita sedang dipicit hidung, dicekik leher dan ditekan dada oleh keadaan sekeliling tanpa kawalan oleh 'orang' yang anda pilih. Memang mereka bukan pemilik syarikat pengangkutan tersebut tetapi mereka ada saham dalam memberi kata putus. Tunggulah kenaikan harga barangan yang lebih tinggi. Fish cake pun dah dua bulan naik 25 sen ooiii !

Sabarlah nak. Kalau tak suka duduk sini boleh pindah ke luar negara- kata menteri.


**Kalau aku diberi peluang untuk menjadi juruacara majlis, aku akan memanggil YB sebagai Yang Berkhidmat instead of Yang Berhormat supaya kaki mereka jejak ke tanah semula. Serius.

Post a Comment

0 Comments