Senado Square | A UNESCO World Heritage Site in Macau | Tempat pertama yang kami tujui bila sampai di Macau ialah Senado Square kerana hotel kami berada di sana. Kami ke Senado Square menggunakan bas dari Macau Ferry Terminal. Penuh beb dengan pelancong.
Dah tahu kan naik bas mana dan nak turun di mana? Aku dah ceritakan di sini. Selepas check into the hotel yang agak jenuh juga mencari disebabkan ramai sangat orang dan polis pelancong kurang membantu because of language barrier, kami terus berjalan-jalan di Senado Square, Ruins of St Paul's, Venetian Casino, Fishermen's Wharf dan kembali bergambar di Senado Square time orang dah tidur. Lapang fikiran bila tak takde orang di situ. Hari tu kami cuma makan Maggi, biskut dan Nestum 3 in 1 sebab tak nak buang masa ke restoran. Kami cuma ada setengah hari sahaja untuk explore Macau. Bahagia betul dapat katil seorang satu dan masak mi segera Maggi hahahha... Hawau betul manager Reliance Inn Hong Kong! Belum sempat nak cerita lagi.
APA ISTIMEWANYA SENADO SQUARE?
Senado Square atau Senate Square (dalam bahasa Portugis: Largo do Senado) ialah sebuah kawasan umum di tengah semenanjung Macau berkeluasan 3,700 meter persegi. Ia adalah salah sebuah kawasan lapang yang terluas di Macau selain Praça do Centro Cultural, Praça do Lago Sai Van and Praça do Tap Seac. Kesemuanya masih mengekalkan nama penjajah Portugis. Mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada 2005 kerana berada didalam lingkungan kawasan bersejarah Macau.
Senado Square berbentuk segitiga memanjang menyambungkan Largo do São Domingos di satu hujung dan Avenida de Almeida Ribeiro di hujung yang lagi satu. Nak pergi Senado Square pastikan bas lalu di Avenida de Almeida Ribeiro ya. Orang sana sebut "turun di San Ma Lo".
Pejabat pos Macau
Di tahun 1940 dulu ada taman kecil dengan tugu gangsa askar Portugis bernama Vicente Nicolau de Mesquita berdiri sambil menghunus sebilah pedang di tengah SS. Disebabkan si askar ni bertanggungjawab membunuh ramai askar China semasa perseteruan semasa Dinasti Qing (1644-1911) maka tugunya dirobohkan dan digantikan dengan air pancut. Di awal 1990an pula pihak berkuasa Macau melantik pakar-pakar binaan Portugis untuk menurap kawasan tersebut dengan mozek berwarna dan membentuk corak berombak. Memang cantik kawasan ni. Kagum aku dengan senibina dan kebersihannya.
Senado Square dinamakan begitu sejak pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644) kerana ia berada di hadapan Leal Senado Building. Sejak ia diturap dengan corak yang menarik di keseluruhan kawasan tersebut, ia menjadi tempat popular untuk aktiviti kebudayaan. Tambahan pula bangunan di sekeliling SS mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan bercirikan eropah menjadikannya satu pemadangan yang sangat menarik. Kini Senado Square dikhaskan hanya untuk pejalan kaki.
Bangunan antik
Pemandangan menarik di malam hari.
Bangunan berwarna-warni di belakang tu ialah Grand Lisboa Casino.
Not 100 Patacas yang dikeluarkan oleh Banco Nacional Ultramarino pada tahun 2005 ada memaparkan kawasan popular Senado Square ini. Hmmm aku berharap dapat ke Macau lagi.
1 Comments
I want to to thank you for this wonderful read!! I definitely loved every
ReplyDeletelittle bit of it. I have you book marked to look at new
things you post…
Feel free to leave your comment below. Thank you.