Rock n Roll Di Sambutan Birthday Ke-30 Tahun WINGS



Rock n Roll Di Sambutan Birthday Ke-30 Tahun WINGS | Kumpulan WINGS akan mengadakan "Konsert 30 Tahun Wings" di Stadium Merdeka hujung bulan ini. Bersempena dengan itu promosi sedang giat dijalankan untuk mewar-warkan konsert otai rock yang satu ini.

 
Pada Rabu lalu, satu majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Wings telah diadakan di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur, yang juga menjadi penaja  rasmi penginapan untuk konsert gempak itu nanti. Dengan tema Red & Black meriahhhh uols dengan ramai artis baru dan lama termasuk bekas pemain bolasepak ternama Malaysia. Jenuh selongkar almari cari baju merah. Dah jumpa tapi sendat. Cari lagi...jumpa, macam balut nangka hahhaa... Sudahnya just settle dengan tudung dan handbag merah. Lawa jugak  hahhaa...gittewww
 
Selepas ucapan ringkas daripada Wings, acara memotong kek, makan malam sambil interview segala barulah persembahan tribute dimulakan oleh kumpulan Kristal. Okaylah, aku memang kenal muka-muka Kristal nih sebab selalu muncul di tv. Artis-artis yang macam kenal jer.... aku tanya kat bekas pengurus Wings, Mukhlis yang duduk di sebelah. Ai dah tak beli majalah URTV, Media Hiburan lagi... dulu masa zaman sekolah sukalah baca majalah tu sampaikan segala artis popular dan sendu pun boleh kenal. Membazir duit belanja sekolah betul hahaha... Bebudak sekarang duduk dalam bilik dari pagi sampai ke malam pun kenal artis Korea.
 
Wings tak pernah berpecah cuma ahlinya bertukar ganti. Selain Awie, Mel dan Mus pernah menjadi vokalis Wings. Sekarang Wings dengan anggota asal semasa merakamkan album pertama 'Belenggu Irama' iaitu Awie, Joe, Eddie dan Black . Dalam kehangatan ledakan muzik rock di Malaysia di pertengahan 1980an dulu, Wings ditubuhkan oleh lima sahabat form 4 di SMK Sri Ampang (Awie, Jojet, Sham, Ipin dan Baharom) dan kini dianggap lagenda rock.
 
Lagu Wings, Search, Lefthanded, Ella  menjadi kegilaan waktu tu. Mana boleh aku lupa zaman pakai seluar ketat ikut artis time tu hahahah... kalau boleh apa yang Ella pakai kita nak pakai jugak. Ella pakai seluar koyak kat lutut kita pun teringin, ekau pakai elok elok!!, jorit omak den. Hahahha... Lagu-lagu mereka banyak yang sedap didengar... hai nostalgia betul. Bila dapat lirik dari orang hebat seperti M. Nasir, Loloq dan sebagainya mestilah hasilnya juga hebat. Aku sendiri masih boleh ikut menyanyi bersama walaupun dah jarang mendengar lagu mereka di radio.
 
Paling aku tak boleh lupa lagu apa entah tajuknya...
 
Hanya padamu
Terbuka hatiku
Menanti hadirnya kasihmu sayang...
 
sebab ingat: ada seorang mamat kirim lirik lagu tu thru seseorang dalam bas sekolah. Kira secret admire gituh hahhaa...
 
Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Wings sangat meriah dengan kehadiran artis dan bekas orang kuat industri muzik seperti Aziz Bakar (Datuk), Ziana Zain, Erra Fazira, Ella, Nurul, Nash Lefthanded, Jay Jay, Mus May, Afdlin Shauki, Hans Isac, Johan, Zizan, Nico, Ramlah Ram, Hattan dan ramai lagi. Lawa weh wife Hattan, joki lah dapek bersamo semulo hehhe... Ada juga yang kukenal tapi tak ingat nama. Maaflah ye ai bukan bukan wartawan yang boleh ingat nama ramai orang.
 
Paling aku regret tak bawa dslr. Petang tu hujan dan aku malas nak drive, kang tersangkut dalam jamm pulak. Harap awak semua redha dengan gambar-gambar dari Samsung DV dan handphone aku ni. Kalaulah ada orang sponsor Iphone 6 kannn.... sigh.
 
Zainal Abidin dan Dollah Salleh merupakan peminat tegar Wings sejak awal kemunculannya. Dimana ada show Wings ada lah mereka berdua tu.
 
Afdlin Shauki berlakon bersama.
 
Frust betul menegok gambar ni. Kamera kecik aku tu tak mampu bekerja dengan baik dalam low lights. Dapat iras-iras Ella dan Ziana Zain jer ha..
 
Busking sementara menunggu para jemputan datang. Ada yang datang lambat sangat, korang dah kenapa? Diva sangat. Yang benar-benar VIP dah lama sampai. Time is gold u know?
 
Ai is budak kampung yang malu bergambar dengan retis so ai bergambar dengan bekas bos retis yang dah jadi bos Air Asia, Aziz Bakar. Gi Hawaii jom! (ko tengok orang berduit, sederhana je kan?)

Nash Lefthanded
 
Ucapan daripada Wings. Inilah pertama kali aku dengar Black bercakap panjang lebar.




Awie kata perpisahan sementara dengan Wings lebih menyedihkannya daripada perpisahan dalam perkahwinan. Eh, jadi wartawan gosip pulak ai huhuu..
 



Kristal memulakan persembahan

So guys, book your ticket now for the Konsert 30 Tahun Wings on 31st October 2015 @ Stadium Merdeka Kuala Lumpur at www.tickethotline.com.my dan ejen-ejen terpilih. Lawati www.sayap2wings.com untuk maklumat lanjut.
 
 
Kalau stay kat Swiss Garden KL boleh pergi ke Stadium Merdeka berjalan kaki je. Esoknya boleh pergi Pasar Karat KL pulak.
 
 
Eh, ada jugak sekeping dengan Bunkface. Jiwa ai masih muda u!



Post a Comment

0 Comments