RM120,945.64 Tanda Sokongan Air Asia Terhadap Kempen Kesedaran Kanser #AirAsiaMAKNA



RM120,945.64 Tanda Sokongan Air Asia Terhadap Kempen Kesedaran Kanser #AirAsiaMAKNA |AirAsia menyokong inisiatif kesedaran kanser di negara menerusi kempen #AirAsiaMAKNA 


AirAsia menyerahkan cek berjumlah  RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional, dana terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA yang berlansung selama 5 bulan di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform  krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menyerahkan dana terkumpul menerusi kempen ini kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA di majlis penyerahan cek pada 18 Oktober 2015 di Fahrenheit 88, penaja lokasi acara ini.
​ ​
Selebriti tempatan juga turut hadir menyokong kempen #AirAsiaMAKNA serta bertemu pesakit kanser, bekas pengidap kanser dan keluarga mereka yang telah bermanfaat dari inisiatif-inisiatif MAKNA.


 Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, memberikan ucapan.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami. Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan”.

“MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka" tambah beliau.

Sebagai sebahagian dari kempen #AirAsiaMAKNA, syarikat penerbangan tersebut menganjurkan peraduan Instagram di mana orang ramai yang telah mendapatkan baju T boleh memuat naik gambar kreatif memakai baju T rekaan krew penerbangan dan juruterbang, dan hashtag #AirAsiaMAKNA dan boleh memenangi sepasang tiket penerbangan ke  Maldives atau Sapporo!

Peraduan ini telah menyaksikan lebih dari 750 penyertaan dan dua pemenang bertuah dipilih oleh Aireen Omar dan diumumkan semasa majlis hari ini juga. Pemenang-pemenang adalah @shaarin dan @suzanekassim. Hadiah untuk mereka ialah tiket penerbangan ke Maldives dan Sapporo.. bertuahnyaaaa...!!
 Media, pesakit kanser dan selebriti tempatan yang hadir menyokong majlis #AirAsiaMAKNA

 Aireen Omar menyerahkan replika cek kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kempen ini bukan sahaja untuk mengumpul dana, tetapi juga memberi kesedaran. Ini membolehkan MAKNA bertemu lebih ramai orang dan menyebarkan informasi yang diperlukan yang juga penting. Lebih banyak kita berbicara mengenai kanser, lebih ramai akan memahami dan mengambil tindakan dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan kempen ini, AirAsia bukan sahaja menunjukkan kesedaran sosial, tetapi juga terus dengan semangat serba boleh dan inovatif. MAKNA berbesar hati menerima penyertaan AirAsia dalam misi ini."

MAKNA ditubuhkan dengan tujuan  mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta  masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini.  Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.

 Inilah t-shirt ikonik tu. 

 Aziz, pereka t-shirt yang pada asalnya dibuat saja saja jer..

 Pemenang pertama dengan hadiah ke Maldives

@shaarin dapat tiket FREE ke Sapporo... best giler!!


 Consolation prizes @lancareno blogger BlogAbahCareno. Bersungguh-sungguh betul dia submit gambar.

 Q&A session bersama cancer survivor dengan Tanuja sebagai moderator
 
 Para selebriti tempatan memegang derma mereka bergambar bersama pesakit kanser

Ai is peminat Maya Karin so ai belanja tiga keping eh 



Cantiknya gigi dia...

AirAsia komited membawa perubahan terhadap perkara ini dan telah turut berkerjasama dengan Media Prima Berhad bagi menyokong kempen Travelling Beruang; yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kanser di kalangan kanak-kanak di .Malaysia. ‘Travelling Beruang’ menjelajah ke seluruh dunia menjadi mata dan telinga bagi kanak-kanak yang mengidap kanser yang tidak boleh melancong. Patung beruang comel 'Travelling Beruang' ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, dan kempen ini telah mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.

Kepada yang belum membeli t-shirt boleh mendapatkannya dari Majlis Kanser Nasional. Air Asia tak jual dah. Klik kat link MAKNA yang aku bagi tu.

Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.

Post a Comment

1 Comments

  1. syukur menang... gmbr tu tumpang semasa buat photoshoot maternity utk wife... rezeki baby la ni agaknya... BTW, terbaek Air Asia sbb menjayakan kempen mcm ni...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.