Pameran Fotografi #kolektif1 dan HOHO Bus Wrapping



Pameran Fotografi #kolektif1 dan HOHO Bus Wrapping | Sambutan Hari Pelancongan Sedunia atau World Tourism Day 2015 baru-baru ini dengan tema '1 Billion Tourists, 1 Billion Opportunities' merupakan peluang yang baik bagi merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Prestasi cemerlang Malaysia dalam industri pelancongan perlu dipertingkatkan lagi sungguhpun negara berdepan dengan pelbagai cabaran. Justeru Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menyusun pelbagai inisiatif dan strategi baru untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara disamping menggalakkan secara berterusan pelancongan domestik seperti kempen #DekatJe.
Semalam, Pameran Fotografi #kolektif1 dan HOHO Bus Wrapping telah dilancarkan sempena Hari Pelancongan Sedunia 2015 yang disambut pada 27 September setiap tahun. Pameran Fotografi #kolektif1 merupakan kerjasama strategik diantara MOTAC melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) dan Encik Yaman Ibrahim yang merupakan jurugambar professional Malaysia bersama 28 orang lagi jurugambar professional tanahair dan Brunei.
Gambar di atas sangat cantik dan penuh makna.
Sebanyak 78 karya dan hasil fotografi dari pelbagai tempat dipamerkan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman tentang aspek-aspek penting dalam menghasilkan fotografi pelancongan berkualiti dan berkredibiliti. Gambar dapat menceritakan mengenai sesebuah negara dalam konteks budaya dan pelancongan.

Err..ramainya photographer hebat yang aku tak kenal. Sempatlah juga aku interview En Yaman Ibrahim dan bergambar bersama. Aku tengok kesemua gambar yang dipamerkan, hasil bidikan kamera Encik Yaman dan kengkawannya. Banyak gambar yang hebat, yang memerlukan kesabaran untuk menghasilkannya. Ada juga gambar yang .... eh, aku pun ada gambar macam ni hahha.... 
Meh aku tunjukkan sebahagian gambar yang menarik. Dalam blog ni resolution gambarnya rendah jadi dah semestinya kurang menarik. Yang lebih baik pergi sendiri ke MaTIC untuk puaskan hati. Masuk PERCUMA. 
 Nantilah aku repeat Bromo. Masa pergi hari tu pregnant, supir nasihatkan untuk tidak pergi dekat Gunung Bromo. Gambar Yaman Ibrahim.

 Meng Keat

 Yaman Ibrahim
 WOW !! Gambar ini best! Yaman Ibrahim.
 Yaman Ibrahim
 Aku perlu merajinkan diri edit gambar selepas ni. Selalunya aku sekadar resize dan letak watermark aje. Yaman Ibrahim.

 Yaman Ibrahim.
 I want to be here someday. Khairul Rijal Pauzi.

 Salliza Salleh

 WOWWW..!! Keow Wee Loong
 Lim Shimri

 Yaman Ibrahim.
 Joseph Cheung

 Mohd Rizal Ismail

 Imam di Kyrgystan. Johan Ismail.
 Irsam Soetarto
 EC Tong

 Aku pun nak ambil gambar macam ni jugak. Jidin Giding.

 Ruang pameran di MaTIC

 Inilah jurugambar-jurugambar yang terlibat
Encik Yaman Ibrahim
Manakala bas Hop On Hop Off milik Elang Wah Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak perlu pengenalan lagi kerana ia merupakan produk pelancongan yang terkemuka di Malaysia. Cuma seminggu dua ni tak berapa syok naik bas HOHO disebabkan jerebu yang berarak dari kampung sebelah. 
Sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan tempatan, orang ramai digalakkan untuk memuatnaik gambar-gambar percutian mereka di mana-mana destinasi pelancongan negara dengan hashtag #MYWorldTourismDay. Di peringkat global pula Organisasi Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) menggunakan hashtag #1billiontourists dan #WTD2015.
Ingat hashtag ni : #MYWorldTourismDay #1billiontourists #WTD2015
Tarikh Pameran : 3-30 Oktober 2015
Cara ke Matic : Kalau drive sendiri boleh parking di MaTIC atau Saloma Bistro. Jika menggunakan public transport iaitu LRT boleh turun di stesen Dang Wangi atau KLCC. Jika menggunakan monorel boleh turun di stesen Bukit Nenas (err... ye ke?). Alaa.. yang dekat dengan Concorde Hotel tu.

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.