Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey



Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey | Malaysia dihuni oleh masyarakat majmuk yang pelbagai bangsa dan suku kaum. Melayu, Cina, India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak membentuk majoriti populasi kaum yang terbesar menjadikan budaya masyarakatnya lebih menarik. Tidak ketinggalan penduduk orang asli (dipanggil orang asal di barat Malaysia) yang kebanyakannya masih tinggal secara tradisional di hutan pedalaman.



Orang asli (indigenous people) merujuk kepada sekurang-kurangnya 18 suku orang asal yang telah mendiami bumi bertuah Semenanjung ini semenjak beratus tahun dahulu. Mereka dikategorikan kepada tiga kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain.
  • Semang atau Negrito (berjumlah 3,671), biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung.
  • Senoi (berjumlah 79,158), menetap di bahagian tengah semenanjung.
  • Proto-Malay atau Melayu Asli (berjumlah 58,403) menetap di wilayah selatan semenanjung.

ASAL-USUL ORANG ASLI DI TANAH MELAYU
Menurut bancian tahun 2007, terdapat 141,250 atau 0.6% orang asli yang menduduki Malaysia. Mereka berasal dari utara tetapi bukan Cina. Ada juga yang perkataan yang dituturkan bersamaan dengan bahasa Khmer. Menurut kajian sebahagiannya berasal dari Afrika berdasarkan rupa dan ujian DNA.


 
 Yang sebelah kanan tu sedang memakai hiasan kepala buatan orang asli suku Mah Meri
 

SUKU MAH MERI DI PULAY CAREY

Nama asal Pulau Carey ialah Teluk Gunjing dan dibahagikan kepada dua bahagian. Kawasan bersejarah lengkap dengan istana yang pernah didiami oleh penjajah Inggeris di satu bahagian manakala sebahagian lagi didiami oleh orang asli yang memulakan perkampungan di daratan apabila sering diserang lanun di laut. 16 orang mat saleh saja yang tinggal di situ dulu tapi tuan besar kannnn.... ekslusiflah tak bercampur orang kulit tak putih ni.

Kawasan penempatan orang asli di Pulau Carey, Kuala Langat, dibahagikan kepada 6 kampung iaitu Kampung Bumbun, Sungai Rambai, Kepau Laut, Sungai Judah, Sungai Kurau dan Sungai Salang (maaf kalau silap). Pulay Carey kini dihuni oleh kira-kira 4,000 orang yang bekerja di kebun, estet dan makan gaji di bandar.

Mereka tidak bertuhan, mempercayai anismisme dan mempercayai apabila mati akan berada di alam lain tetapi akan balik setahun sekali ke dunia ini. Masa tersebut ialah selama sebulan selepas tahun baru cina. Mereka menyambut tahun baru di sebuah rumah yang didirikan khas dimana 'semangat' tinggal.

Orang asli Mah Meri menggunakan dua nama iaitu nama rasmi dan yang bersifat ekologi. Bahasa yang digunakan pula ialah Bahasa Melayu, bahasa Melayu sesama mereka  (Mongoloid) dan onomatopei iaitu seperti bahasa yang kita gunakan dengan anak-anak kita. Contoh:

Adik nak uk uk eh? (Adik nak berak eh?) hahhhaa....


PERKAMPUNGAN BUDAYA MAH MERI DI PULAU CAREY

Perkampungan budaya ini dibina atas usahasama diantara pihak kerajaan dan masyarakat tua Mah Meri yang mahukan budaya mereka tidak hilang ditelan zaman. Bertempat di Hulu Langat, pusat pembelajaran budaya Mah Meri ini menghidupkan kembali kehidupan tradisional mereka yang semakin hilang diasak pembangunan. Ia adalah usaha banyak pihak daripada ahli arkeologi, badan bukan kerajaan, pihak kerajaan, menteri dan individu-individu yang komited memastikan visi ini menjadi kenyataan.

Kemudahan yang terdapat di Mah Meri Cultural Village:
* Pusat pembelajaran budaya
* Pameran kraf terbaik Mah Meri - UNESCO Seal of Excellent Gallery and other achievement
* Galeri sejarah
* Replika perkampungan dan bot flotila
* Workshop - tarian topeng, seni anyaman/lipatan daun, pembuatan baju dari kulit kayu, membuat atap, ukiran kayu
* Restoran
* Ritual perubatan dan perkahwinan
* Kedai cenderamata
* Pengangkutan ke dan dari Kuala Lumpur

 

Kedatangan tetamu akan disambut dengan memakaikan kita hiasan kepala yang dianyam sendiri.

Tempat pemujaan
 
 Pakaian asal kaum asli Mah Meri
 
 
 Origami merupakan seni lipatan yang tertua. Suku Mah Meri sangat mahir dalam membuat lipatan ini bagi kegunaan hiasan rumah dan diri.
 
Mereka juga hebat di dalam bidang ukiran kayu. Kebiasaannya mereka menggunakan kayu lirih batu dan lirih bunga (betina). Menurut kepercayaan mereka kayu lirih bunga tidak boleh dilangkah oleh kum wanita kera aia akan pecah.
 



Kami ditunjukkan upacara perkahwinan Mah Meri bermula dengan cara memilih pasangan hinggalah persandingan. Outdoor wedding je takde hahahha...





 
 'Pengantin' orang asli bersama 'pengapit'
 
 
Lawatan ke Mah Meri Cultural Village merupakan educational tour yang bagus untuk kita mempelajari budaya masyarakat lain yang bersama-sama hidup menghirup udara yang sama di Malaysia ini. Semoga lebih banyak ilmu yang kita dapati akan membuatkan kita lebih bertoleransi dalam menjalani hidup ini.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej, sila hubungi:


Mah Meri Cultural Village
Kampung Orang Asli Sungai Bumbun
42960 Pulau Carey, Kuala Langat
Selangor, Malaysia.

Tel/Fax: 03 2282 3035
Tel: 010 2522 800 / 019-3660301
Email : mmcvinfo@gmail.com

Website : http://mmcv.org.my

  
Harga Tiket:
 
Walk - In = RM5.00 seorang
Walk-in dengan panduan = RM10 seorang
Pakej penuh = RMRM85 seorang
Pakej standard = RM45 seorang
Pakej premium = RM120 seorang
Pakej pelajar = RM50 seorang
 
 



Post a Comment

0 Comments