Kraftangan Banduan Ke Pasaran Antarabangsa | Apabila disebut penjara fikiran kita secara automatik akan membayangkan orang-orang jahat yang dihukum di sana. Terbayang di fikiran penjenayah yang kadang-kala tak terfikir dek akal kejahatannya. Namun begitu satu perkara yang kita perlu ingat setiap manusia diciptakan oleh Allah dengan sisi baik serta buruknya. Adil.
Institusi penjara di Malaysia bermula sejak 1790 bilamana dua orang pekerja dari Syarikat Hindia Timur Inggeris di penjara di Pulau Pinang. Dari abad ke-18 hingga 1940an penjara merupakan tempat deraan dan hukuman supaya pesalah dan orang lain serik. Bermula 1950an diperkenalkan konsep pemulihan dan layanan moden, 1970an latihan vokasional diperluaskan dan latihan luar penjara diperkenalkan. Dari 2000 hingga kini konsep penjara ditranformasikan sebagai perkhidmatan korektif.
Di penjara Malaysia, para banduan akan melalui tiga fasa iaitu penahanan, pemulihan dan program sara diri. Penjara bukan lagi tempat menjalani hukuman semata-mata tetapi ia juga menjadi tempat untuk memulihkan akhlak buruk disamping menambah skil diri supaya mampu berdikari apabila keluar nanti. Program sara diri ini yang dilaksanakan di penjara seperti menggunting rambut, khidmat penyediaan makanan (catering), dobi, pembersihan, pertanian, penternakan dan pembuatan roti telah menjimatkan berjuta-juta wang pembayar cukai setiap tahun. Malah roti dibekalkan ke 17 buah institusi penjara yang melibatkan penjimatan RM29 juta setahun!
"MY PRIDE' DARI SEBALIK TIRAI BESI
Mungkin tidak ramai masyarakat luar tahu mengenai produk penjara. Di bawah jenama My Pride, Jabatan Penjara Malaysia mempelbagaikan pengeluaran produk berkualiti dan berdaya saing untuk dipasarkan secara meluas. Barangan hasilan banduan penjara seluruh Malaysia dipamerkan dan dijual di beberapa buah penjara terpilih. Yang paling banyak di Galeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang.
Menurut Timbalan Komisioner Penjara, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Mohd Sakeri Dollah, pelbagai latihan diberikan bagi menghasilkan pengeluaran produk kualiti tinggi mengikut piawaian.
Ada 40 bidang latihan di penjara yang dipecahkan kepada empat kategori iaitu pembuatan, perkhidmatan, makanan dan penghasilan fabrik. Antara produk yang dihasilkan ialah produk hiasan rumah berasaskan besi, perabot kayu dan rotan serta seramik. Perkhidmatan pula menyediakan kemudahan seperti spa, salon, urutan refleksologi dan produk sara diri (tanaman sayuran dan ternakan ikan).
Mereka telah mendapat pengiktirafan halal dan kebersihan daripada Jakim serta agensi lain seperti Mesti dan MS-ISO. MOU juga dimeterai dengan jenama besar seperti Mydin, Jakel, Yayasan Nur Zahirah dan Royal Pahang. Jangan risaulah tentang kebersihan dan keselamatan produk makanan kerana mereka mengamalkan GMP. Pengarah Penjara pun beli kat situ... apalah yang nak dirisaukan. Staf pun beli kat situ juga... tak perlu khuatir. InsyaAllah selamat. Kalau tak elok mereka dah kena dulu hehe..
Dua produk terbaik mereka iaitu Tenun Pahang Diraja dan Batik Eksklusif telah cuba dipasarkan di China dengan sasaran awal pembeli golongan atasan. Songket tenunan tangan dan batik menarik perhatian ramai terutama golongan atasan. Selain harganya yang relatif lebih rendah daripada pasaran terbuka, ia juga ekslusif! Nama pun buatan tangan takkan ada yang exactly sama.
PRODUK-PRODUK KELUARAN PENJARA
PRODUK-PRODUK KELUARAN PENJARA
Demonstrasi penghasilan batik "ikatan kasih" yang memenangi anugerah design ketiga terbaik di Geneva, Switzerland.
Songket tenunan tangan. Harga songket di sini jauh lebih murah daripada kedai yang terkenal ittewww...
Sebelum songket ditenun, benang putih tu diikat beberapa helai dan diikat pula satu persatu ke pemidang. Untuk menghasilkan sehelai songket dengan desain biasa memerlukan masa 1-3 bulan. Lebih banyak corak dan warna maka lebih lamalah masa yang diperlukan.
Diantara corak songket tenun yang menarik.
Diantara corak songket tenun yang menarik.
Batik garam... sangat leceh untuk menghasilkannya kerana ia agak berbeza daripada cara biasa.
Sofa ni yang aku paling berkenan.
Kalau nak tempah sofa seperti di atas kita cuma perlu sediakan seluar jeans sahaja dan boleh custom design. Nak boh poket berderet ke... (senang simpan remote tv, dvd, kipas, aircond hahah..), nak warna jeans berselang-seli ke... pokok dek kau lah. Suko hati lah... Harganya tak sampai RM500 untuk two seater sofa dan penghantaran bisa diatur buk. Bekalan jeans terpakai banyak dijual di bundle dengan harga super murah. Mesti kat rumah kita je ada sofa macam ni.
Spa pun ada.
BOLEHKAH DIJALINKAN USAHASAMA DENGAN PENGUSAHA IKS?
Jawapannya : Boleh. Bukan sahaja dengan pemain industri tetapi sesiapa sahaja. Berbincanglah dengan mereka ya. Kita boleh menghantar sample barangan untuk mereka kaji dan tetapkan harga. Kalau kita ada bisnes yang perlukan pekerja pun boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan penjara.
Stigma masyarakat yang merasa sangsi tentang produk hasilan banduan semakin terhakis. Aku ada kengkawan yang membeli biskut raya dari penjara. Ada juga yang menempah door gitfs perkahwinan dari sana. Barangan berkualiti dengan harga lebih rendah siapa yang tak nak kan? Jangan tak tahu, lampu berbentuk sarang burung yang dijual USD200 di Dubai tu buatan penjara Malaysia tau.
Produk sejuk beku My Pride boleh didapati di pasar raya Mydin di Semenyih dan USJ, Subang Jaya. Aku recommend cucur badak frozen, rasanya perghhh... kawan aku kata donutnya sedap dan lembut. Karipap pun ada. Beli tau... entah entah bekas VIP yang dok kelim kulit karipap tu.
Terdapat lima galeri jualan iaitu di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang; Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak; Kuantan, Pahang; Kempas, Johor Bahru dan Ayer Keroh, Melaka. Pembelian dan tempahan produk boleh dibuat dimana-mana institusi penjara yang berhampiran dengan tempat anda dan dikenakan bayaran penghantaran. Galeri dibuka setiap hari bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
UNIT PEMASARAN
BAHAGIAN VOKASIONAL DAN INDUSTRI
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira
43000 Kajang
Selangor.
Tel : 03-87328000
Faks : 03-87349019
Website : http://www.prison.gov.my
Memang berbakatlah orang yang terkurung ni... jasad sahaja dipenjara tetapi jiwa mereka bebas berkarya. Memang mereka pernah membuat kesilapan. Banyak sebab yang menghumbankan mereka ke penjara. Mungkin akibat kedegilan sendiri, persekitaran dan tekanan hidup tetapi ramai juga yang kemudiannya sedar diri lalu melanjutkan pelajaran sehingga ada yang ke peringkat Master. Yang berbakat dalam bidang tertentu diserlahkan bakat mereka itu dengan menjemput guru-guru bertauliah untuk mengajar supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik apabila bebas nanti. Sepertimana mereka, kita juga mengharapkan mereka berubah menjadi baik dan dapat menebus kesilapan lampau dengan kemhiran yang diberikan.
Manusia berubah. Biarlah dikatakan bekas orang jahat daripada bekas orang baik.
Manusia berubah. Biarlah dikatakan bekas orang jahat daripada bekas orang baik.
Program Kembara Kraf Selangor 2015 dibawakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Gaya Travel Magazine dalam usaha memperkenalkan pengusaha muda di dalam industri kraf moden dan kontemporari yang semakin berkembang pesat di Selangor.
1 Comments
Hi my friend! I wish to say that this article is
ReplyDeleteawesome, nice written and include approximately all important infos.
I would like to look extra posts like this .
Feel free to leave your comment below. Thank you.