Jom Meriahkan MaTiC Street Arts Festival 2015 ! | Bulan November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.
Festival yang akan berlangsung pada 7
hingga 8 November 2015 bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya
masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar atau urban yang merupakan salah
satu trend hidup terkini. Ini kerana ianya mampu menjadi satu platform untuk
menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta memberi ruang agar
mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Selain itu,
festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada
usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.
MSAF telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal BoboiBoy dan Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.
Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!
2 Comments
weekend je keew? .,
ReplyDeletehaah, tarikh tu jer... minggu ni gi Dataran Merdeka lah.
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.