Bila KTM Komuter Ubah Jadual Perjalanan...



Bila KTM Komuter Ubah Jadual Perjalanan... | Kalau kita tak sampai rumah "on time" apa yang mak dan ayah kita fikirkan? Ini dedululah kot zaman aku single. Kalau ikut gambar ni ayah selalu bersangka baik (atau nak sedapkan hati).

 

 
 
Sejak KTM Komuter mengubah jadual tren terakhir KL-Seremban/Sg Gadut dari 11.30 malam kepada 10.49 malam, aku dah dua kali tersadai. Sekali di KL Sentral, sekali lagi di Bandar Tasik Selatan. Ingatkan sempat kejar train tu di BTS, tak terfikir pulak kena tukar koc LRT daripada Ampang Line kepada Sri Petaling Line di stesen Chan Sow Lin. Elok je aku naik tangga di BTS tren komuter yang last pun sampai... tak sempat nak kejar. Aduh!
 
 

 
Sumber di sini.

Aku pergi ke kaunter bas bertanya sana-sini manalah tahu ada bas yang masuk ke Terminal 1 Seremban atau at least turunkan aku di di plaza tol Seremban tapi malangnya takde. Trip tengah malam semua meluncur laju ke destinasi memasing, takde nak singgah singgah dah. Berhenti di plaza tol atau RnR a NO-NO, karang dikejar SPAD. Maka tersadailah aku buat kali keduanya menunggu first train pagi esok. Aku dah lah jenis tidur lambat, pukul dua tiga pagi baru nak lelap. Itupun buat buat pejam mata. Setiap jam terjaga. Memang tak boleh lena kalau tidur sambil duduk.
 
Paling sadisnya first time tersadai semasa di KL Sentral line U Mobile aku tak boleh akses internet. Mati kutu den, dah lah buku pun tak bawa. Haishhh... Di KL Sentral tak boleh duduk merata, polis suruh duduk dalam McDonald maka penuhlah restoran segera tu dengan orang tidur. Nak tidur di hotel dah alang alang sangat, lagi enam jam je.
 
Kali kedua masa di BTS ada seorang lelaki tu suruh aku call 'bos' minta dia jemput. Jemput? Err... saya tak pernah minta dia jemput melainkan di airport. Ini sendiri yang cari pasal. Aku dan 'bos' ber-sms tentang duduk perkara. Last sekali dia kata,
 
Bos : Kalau bapak mertua tahu marah dia ni
 
Aku : Ni last naik train malam. Lepas ni drive.
 
 
Uhuk uhuk... menyesal tak drive.
 
 
***Okaylah dah practice. Manalah tahu tersadai di negara orang takdelah stress sangat hehe...
(Eh, dah pernahlah. First day di Shanghai bulan April hari tu terlepas MTR terakhir. Suspen jugaklah beb hahaa..)
 


Post a Comment

0 Comments