BAJET 2016 | Bajet Harapan?



BAJET 2016 : Bajet Harapan?  | Hari ini bajet 2016 dibentangkan oleh Perdana Menteri kesayangan anda. Apakah rakyat terbanyak harapkan? 



Kalau aku cakap tentang kezaliman yang berlaku di Malaysia hari ini ada pula yang kata, berjalan sana sini boleh, minyak naik bising. Bongok sungguh satement tu. Dahlah main sindir sindir macam takde telur. Dah dipicit hidung dicekik leher tetapi masih ramai yang tak perasan.

Aku memang masih cukup makan pakai alhamdulillah. Yang aku dan beribu masyarakat prihatin lain bimbangkan ialah ketidakmampuan saudara-mara kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran kita untuk makan. Hatta makanan asas sahaja pun. Umat islam itu bersaudara, kenapa dah tiada rasa belas kasihan?

Yang ko tu redha sokmo dah kenapa?? Suka sangat jadi pengampu dah kenapa?? Yang setuju sokmo tu cuba bertenang, ambil kertas kosong dan tulis berapa:

gross income sebulan?
berapa take home salary setelah ditolak potongan yang wajib seperti EPF, SOCSO dan sebagainya?

TOLAK (-)...

upah diri sendiri (dahulu/kemudian?)
installment kereta/motor (ke ko bangga takde transport sendiri lansung?)
atau tambang bas/lrt (yang bakal naik juga)
sewa/installment rumah
duit makan
duit minyak kereta/motor
duit minyak menziarahi orang tua di kampung
duit tol pergi balik kerja
duit tol menziarahi orang tua di kampung
duit poket untuk mak ayah
duit kecemasan
duit tuition anak
duit anak belajar memanah
duit anak belajar berenang (hantar pergi balik tu tak payah isi petrol ke?)
duit van/bas anak
duit nak bayar baby sitter (minima RM350 seorang)
bil telefon
bil internet
bil air
bil letrik
bil cukai pintu
bil cukai tanah
bil cukai jalan
bil maintenance rumah
repair paip bocor
repair tayar kereta bocor

... dan macam-macam bayaran lagi yang termasuk dalam kategori KEPERLUAN dan bukan kehendak. Hinggakan caruman takaful yang penting untuk menggantikan pendapatan kita yang mungkin hilang pun ramai yang on off bayar. Apa yang tinggal untuk diri sendiri?

Bila dah kira semua tu tengok berapa baki gaji kita? Berapa kuat purchasing power kita?

Mari kita lihat anggaran kos hidup yang dibincangkan dalam Wanita Hari Ini di TV3 semalam. Dah dijelaskan sebegini pun ada yang tak percaya lagi. Allahu... macam mana lagi nak bagi faham?


Ini kos hidup di Kuala Lumpur dengan isteri tak bekerja. Jika dua-dua bekerja biasanya kereta ada dua disebabkan berlainan arah. Tambah lagi kos.

Kalau dah susah kenapa beli dua kereta? Soal seseorang.

Rumah di tengah Kuala Lumpur sangat mahal. Rumah teres setingkat yang subsale pun dah RM400,000. Kebanyakan yang rumah baru sekarang jenis dua tingkat yang berharga LEBIH MAHAL sekitar RM800,000. Mampu?? Kebanyakannya tak mampu. So?

Untuk memiliki rumah ramai yang membeli jauh dari kota kosmopolitan Kuala Lumpur yang berharga lebih murah. Rumah yag murah datang dengan kos-kos lain pula seperti meningkatnya kos petrol, tol dan masa. Faham dah?

Adik ipar aku sendiri membeli rumah di Semenyih dan kedua-duanya bekerja di KL berlainan kawasan. Jadi mereka akan keluar rumah jam 5.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Dah macam motong gotah keluar subuh sepie hahah...

Belanja anak-anak RM8 seorang? Gila...kata kau. Kenapa tak bawa bekal?

Sesetengah kantin sekolah pun menjual makanan seperti harga di luar. Kalau cikgu sekolah petang yang tinggal di Sungai Buluh tetapi mengajar di Kepong pulang ke rumah jam 8 malam, what do you expect? Nak masak, urusan kain baju... nak tengok homework anak lagi... kerja sendiri yang dibawa balik lagi... hoiii ingat tak penat ke...? Itu belum lagi yang kerja di KL, pukul berapa pulak mereka keluar bekerja?Kawan aku yang tinggal di Bukit Antarabangsa cakap dia mesti keluar rumah paling lewat 6.45 pagi untuk sampai on time di Pantai Baru sebelum suaminya meneruskan perjalanan ke arah lain pula. Kelewatan lima minit sahaja pun akan membawa impak yang besar terhadap waktu ketibaan.

Panjang pulak penerangan aku. Saja bagi faham kepada yang tak faham.

Ada seorang veteran dalam satu group tu cakap "aku dulu RM2,000 cukup dengan anak empat orang belajar di kolej. Belanjalah ikut kemampuan"  katanya... Tengkorak hang! Upah menjaga seorang anak di KL pun RM500. Dia ingat kita ni hidup di zaman dia lagi agaknya. Nak suruh jimat macam mana lagilah agaknya... astro dah potong, tudung Fareeda, Ariani tak pandang, kereta yang lama tu juga, makan pun dua lauk aje... Sakit pulak hati aku sampaikan aku buat kira-kira dan mengagak:

1) Dia duduk di rumah mak mertua (orang NS kan memperturunkan rumah pusaka kepada anak perempuan. Untunglah tak payah keluar modal)

2) Atau dia duduk di rumah sendiri yang tanahnya diberi mak mertua 

3) Atau dia tinggal di rumah kos rendah yang agak sempit tetapi murah di zaman itu.

4) Anak dia tidak merasa makan yang lebih berkhasiat seperti orang lain. Barangan basah di pekan Kuala Pilah tu bukan main mahal lagi so i think dia beli yang biasa biasa je. Jangan sebut nak makan anggur atau ikan memahal sikit sesekali ke...

5) Anak dia sambung belajar dengan PTPTN. Bangga eh dapat pinjaman PTPTN? Itu terpaksa tau.

6) Dia tak sedar anak dia mungkin mengikat perut semasa belajar di kolej/U

7) Isteri dia bekerja jadi dia rasa gaji RM2,000 dia tu cukup. Yang sebenarnya isteri dia yang mencukupkan perbelanjaan. Jangan pernah lupa bahawa nafkah itu tanggungjawab suami.

8) Dia lupa harga minyak hari ini bukan seperti semasa dia belum pencen dulu.

Geram sungguh aku. Baru berada dalam kelas pertengahan dah berlagak. Jutawan pun simpati dengan orang susah. Bila orang kata Melayu tak pandai mengira tau pulak marah.

Ada juga yang berkata daripada kita komplen lebih baik tambah pendapatan, cari side income. BETUL BETUL BETUL. Cuma nak beritahu kepada orang yang positif sangat tu, ada kenalan aku yang telah bersuami masih melakukan dua tiga kerja untuk mencukupkan perbelanjaan. Husband dia bukan pangkat rendah tau... gajinya seperti dalam gambar di atas tu. Jika si kawan ni tak bekerja mereka hanya cukup makan pakai sahaja. Jangan mimpi nak bawa mak melancong ke Langkawi. Aku yakin ramai lagi yang sebegitu. Lihat sahaja berapa ramai penerima BR1M.

Kesibukan kita mencari duit untuk menghidangkan nasi diatas meja adakalanya membuatkan anak isteri suami terabai. Badan dah ponek tak dapek nak manjo manjo doh... tu yang keluar suara rimau hahaha... Anak itu amanah, kita akan dipersoalkan nanti.

Cari duit, dapat duit, barang naik harga. Cari lagi... barang naik harga lagi. Apa kesudahannya? Gaji kita sepatutnya cukup untuk keperluan asas hidup. Kalau nak senang barulah kita mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni masih ramai yang bergaji kurang daripada RM1,500 sebulan. Masa aku kerja di bank dulu pernahlah masukkan gaji customer secara manual. Ya Allah sedihnya... selepas ditolak itu ini tinggal berapa ratus je untuk belanja sebulan.

Kita digalakkan menaiki pengangkutan awam tapi tambang lrt pun nak naik. Jika harga tol dan petrol naik tambang bas, teksi pasti akan naik. Tiada peniaga yang absorb pertambahan kos tersebut. Jangan mimpi.

Ko kata pulak, bersyukurlah dulu tak ada BR1M sekarang ramai yang dapat. Kenapa nak dihadap sangat dengan BR1M tu? Yang dapat BR1M bukan semua tetapi yang kena kenaikan cukai SEMUA. Ada faham? Tak payah BR1M brom ni.. dulu boleh je kita hidup tanpanya. Yang penting harga minyak terkawal, tol tidak dinaikkan sebegini sekali dan GST TIADA. Tiga perkara ini yang memberikan kesan besar kepada harga barang dan perkhidmatan. Kita tak sepatutnya disuap begini.

Banyak sangat komplen pergilah negara lain, kata menteri.

Di UK, Singapura rumah memang mahal tapi makan murah. Di Malaysia rumah mahal, kos hidup tinggi tetapi gaji rendah. Bila demand gaji tinggi sikit majikan terus gajikan orang asing hmmm... Di UK cukai dipotong sebanyak 40% dari gaji tetapi banyak perkhidmatan yang percuma. Alah... orang-orang penting di Putrajaya tu pun tahu. Kalau dikira balik semua bayaran cukai yang kita keluarkan mungkin dekat 40% jugak kot.

Kita bukan nak tukar kerajaan, kita cuma mahukan orang yang berwibawa mentadbir negara.








Dah menteri suruh keluar dari Malaysia, nanti kitorang apply PR Johor lah.


***PM sedang mengumumkan elaun-elaun yang dikekalkan. Apa sahaja kemudahan pendidikan aku setuju kecuali nak hire cikgu English dari India. Aku boleh bayangkan macam mana anak aku cakap omputeh nanti hahahha....


Post a Comment

0 Comments