Tragedi Kren Tumbang di Mekah | Takdir dan Rezeki Yang Tidak Disangka
Sebagai bentuk pertanggungjawaban atas tragedi jatuhnya kren di Masjidil Haram, maka dewan kerajaan Saudi Arabia mengumumkan beberapa keputusan diantaranya:
1. Pemberian pampasan tunai berjumlah SAR 1 juta (MYR1.14 juta) untuk setiap waris syuhada.
2) Pemberian pampasan tunai berjumlah SAR 1 juta (MYR1.14 juta) kepada mangsa yang mengalami kecacatan kekal dalam akibat tragedi tersebut.
3) Pemberian pampasan tunai berjumlah SAR500,000 (MYR573,000) untuk mangsa yang tercedera.
4. Pemerintah memberikan kesempatan menunaikan ibadah haji bagi dua ahli waris setiap syuhada di musim haji yang akan datang.
5) Mangsa yang tidak dapat menyempurnakan ibadah haji tahun ini dengan baik akibat kecederaan juga akan diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji di tahun hadapan. Kesemuanya akan menjadi tetamu kehormat Diraja pada musim haji 1437 H akan datang.
6) Pemerintah akan memberikan visa kunjungan KHAS bagi beberapa orang ahli keluarga yang ingin menjaga mangsa selama dalam rawatan di hospital. Mereka akan diberikan pehatian khas sehingga pulang ke tanahair masing-masing.
7) Pemerintah menggantung kontrak kerja Bin Laden Group (pemilik projek dan kren) yang sedang berjalan, menilai semula projek-projek lain yang sedang berjalan, dilarang membida untuk projek akan datang SEHINGGA siasatan lengkap dan hukuman dilaksanakan. Menurut siasatan awal kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.
8) Pemerintah melarang seluruh stakeholder syarikat raksasa tersebut meninggalkan Arab Saudi sebelum proses siasatan selesai.
SEBELUM MUSIBAH. Foto Masjidil Haram ini diambil pada Mei 2015, beberapa bulan sebelum musibah kren tumbang. Foto oleh Ilham Bintang
Sumber: http://www.alriyadh.com/1082991
Madinah 1 Dzulhijjah 1436 H
Catatan:
Memang nyawa tak dapat ditebus dengan duit tetapi nilai tanggungjawab sebagai pemberi perkhidmatan di dua tanah suci sangat patut mendapat penghargaan. Terima kasih Raja Malik Salman telah menjadi contoh bagi yang lain.
1 Comments
innalillah.,
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.