MATTA Fair kembali lagi dari 4-6 September 2015




MATTA Fair kembali lagi dari 4-6 September 2015 ! | Wallawehhh... dia datang lagi di PWTC!

Sumber di sini

Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA) Fair adalah satu acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Berlansung secara besar-besaran di Kuala Lumpur setahun hanya 2 kali, masa inilah kita nak bargain hunting. Bersedialah untuk 'diracun' dengan pakej-pakej yang sangat menarik ya. Dalam beribu pempamer tu pasti ada pakej yang sangat menarik ditawarkan. Mati kutulah kalau cuti 3 hari duduk di rumah je, lebih baik kita berjalan Cuti Cuti 1 Malaysia...Dekat Je kan? Selalunya pakej ke pulau-pulau indah seperti pulau super cantik di Terengganu dan Sabah akan laris dijual. 

Dengan keadaan Ringgit Malaysia yang lemah sekarang ni eloklah kita melancong di dalam negara sahaja buat sementara waktu. Kita akan sewa hotel, kenderaan, makan, membeli-belah... hmm berapa banyak pihak terlibat tu? Pengorbanan nafsu melancong jejauh kita tu akan dapat membantu menggerakkan ekonomi negara. 

Tapi, kalau kita teringin juga ke luar negara, ada banyak tawaran hebat ke destinasi-destinasi popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia. Sila semak juga harga tiket kapal terbang dari Etihad Airways, Qatar Airways, Malaysia Airlines dan sebagainya. Dah selalu sangat naik low cost airlines kan, masa ni lah nak merasa naik premium airlines pulak dengan harga berpatutan.

MAS siap bagi diskaun 30-50% kepada pengunjung yang membeli tiket penerbangan ke mana-mana destinasi penerbangan mereka dalam masa 3 hari ni. Tak kiralah beli dari travel agent, ejen sah yang dilantik di seluruh Malaysia atau melalui website MAS. Malah MAS juga menaja 10 tiket percuma untuk contest khas kepada para pengunjung yang membeli pakej minima RM300 di MATTA Fair. 10 uols... boleh pergi London, Paris, Tokyo, Seoul dan Hong Kong secara PERCUMA !

MATTA Fair kali ini akan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Turut hadir ialah Tuan Haji Hamzah Rahmat- Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang- Naib President Inbound MATTA dan YBhg Dato' Mirza Mohammad Taiyab- Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, para VIP tersebut akan turut melancarkan satu pakej istimewa negeri Pahang iaitu, "Best of Panoramic Pahang, Eco Packages". Wah best nya... aku suka eco-tourism.

Sebelum anda 'diayat' untuk membeli pakej-pakej tu, nak share sikitlah beberapa perkara yang perlu diambil tahu supaya tidak ada tuduh menuduh di kemudian hari.

Per pax = harga untuk seorang

2 to Go = harga untuk 2 orang (biasanya diiklankan minimum 2 to Go) 

3h 2m = pakej 3 hari 2 malam dan meliputi makan, penginapan dan pengangkutan. Selalunya hari ketiga kita dapat breakfast saja walaupun penerbangan pukul 3 petang).

...dari RM99 = semak bebetul... harga seciput itu apakah yang diberinya? Jangan mengagau cari khemah pulak malam nanti. Fahamkan bebetul dia tulis 'dari RM99' maknanya ada tambahan bayaran jika kita mahukan perkhidmatan yang lebih. Kalau dia menjanjikan bulan dan bintang berhati-hatilah. 

Travel period = beli pakej hari ini tapi bila boleh mula menggunakannya dan hingga bila pula tempoh sah lakunya? 

Upgrades = biasanya untuk bilik. Sila lihat harga sebilik 2 orang, 3 orang dan tambahan duit jika nak dok sensorang. Kalau nak privacy kenalah bayar lebih.

Dan banyak lagilah. Kalau tak faham tanya je kepada travel agent tu. Kalau ada kemusykilan, soal dia sampai faham, okay? Jarang pempamer atau ejen menipu cuma cara pengiklanan kekadang agak tricky (and confusing sometimes). 


Sumber di sini

Marilah beramai-ramai memeriahkan MATTA Fair edisi terbaru ini. Manalah tahu dapat harga pakej terbaik kan?

Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC)
Waktu pameran : 10 pagi - 9 malam





Post a Comment

2 Comments

  1. Hari tu travel fair kat midvalley sekarang kat PWTC dengan matta fair. Harap tak menghampakan dan murah

    ReplyDelete
  2. Kalau pakej di MATTA fair lebih murah mesti yang dah beli hari tu makan hati hehe..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.