Matic.fm | Radio Pelancongan Anda !



Matic.fm | Radio Pelancongan Anda ! Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) telah melancarkan Radio Pelancongan & Kebudayaan Matic.fm yang berfungsi bagi menyampaikan maklumat serta informasi mengenai industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

 
Majlis Perasmian Stesen Radio IP Matic.Fm | Radio Pelancongan Anda ! telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau berkata Matic.fm akan memberikan maklumat berguna mengenai kepelbagaian budaya termasuk destinasi pelancongan kepada para pendengar.

Matic.fm menggunakan teknologi protokol internet (IP) yang memungkinkan pendengar untuk mendengar Matic.fm secara dalam talian menggunakan telefon pintar atau terus ke homepage www.matic.fm .

Sumber nst

Menggunakan tagline ‘Travel with Style’, Matic.fm berhasrat untuk memberikan pendengar informasi yang berkaitan dengan kebudayaan dan pelancongan melalui pelbagai segmen menarik. Segmen-segmen yang disediakan ini dilihat dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan serta perkembangan  industri pelancongan dan kebudayaan negara. Matic.fm juga dijangka akan menjadi platform untuk mempromosi produk pelancongan, acara-acara dan menggalakkan perkembangan pembangunan industri ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan pihak Twin Holdings Sdn Bhd, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia serta para penggiat industri bagi menjayakan MaTiC.fm ini. Lebih daripada 12 orang penyampai radio yang berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan setakat ini akan terlibat dalam menjayakan stesen radio MaTiC.fm secara sukarela. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan dan Kementerian ini di bawah inisitiatif Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan, NGO dan swasta.
 
Matic.fm akan beroperasi selama 24 jam dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan segmen seperti Best of Malaysia, Anjung Budaya, We Are The Host, Sembang Santai, Citarasa Malaysia dan Celebrity Escape. DJ yang akan bertugas pula adalah gabungan baru dan lama termasuk Ritchie Rahman, Nizal Mohamad, Aziz Desa, Brolan, Arie, Azz, Aishah, Cha Sulaiman, Lia Omey, Char-B, Helmi and Zam Mui. Ok lah kan... kalau semua lagu lama letihlah mokcik... macam lagu kenduri kahwin le jadinya nanti hehe.. jiwa mokcik muda lagi.
 
Rakan niaga strategik China Auto Manufacturers (M) Sdn Bhd (CAM) telah menaja dua buah van untuk roadshows dan aktiviti bersama pendengar.
 
Sumber Cleffairy
 
Jadi tunggu apa lagi? Dengarlah Matic.fm di telefon!

Dapatkannya dengan memuat turun dari ...
 
google play     apple store


Post a Comment

0 Comments