Madame Tussaud, Hong Kong | Muzium Patung Lilin Selebriti Pujaan | Madame Tussaud ialah muzium patung lilin (wax museum) di London dengan beberapa cawangan di bandar-bandar utama dunia. Ia diinspirasikan oleh seorang pereka bentuk patung lilin bernama Marie Tussaud.
Dibunyikan "tuːsoʊ" sculptor ini adalah anak kepada Joseph Grosholtz dan Anne-Marie Walder yang dilahirkan pada Disember 1761 di Strasbourg, France. Beliau belajar mengukir patung lilin daripada Dr. Philippe Curtius (1741–1794) seorang ahli fizik dan sculptor, dan juga majikan ibunya setelah mereka berpindah ke Paris.
Patung lilin yang mula-mula diciptanya ialah Voltaire. Hasil kerjanya mendapat pujian ramai sehingga dijemput tinggal di istana Versailles.
Masa memula aku masuk ke Madame Tussaud di London dulu terujanya jangan cakaplah hahah... syok giler dapat jumpa Lady Diana, David Beckham dan lain-lain manusia famous di dunia. Dalam blogpost tu tak ada banyak gambar patung lilin sebab masa tu tak pandai lagi setting camera. Letak kat auto ke AV hmmm... shake lah camera bila kurang cahaya. Kali ni akak belanja lebih gambar di Madame Tussaud Hong Kong sebab dah pandai sikit.. taklah cantik mana, seadanya.
Madame Tussaud
Warna mata dipilih yang paling accurate
Pagi tu kami breakfast dulu di Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar (buka jam 10 pagi) untuk mengelakkan menggigil kelaparan nanti hehe.. Kemudian naik bas ke MTR Central Station. Driver bas kat sini kalau kita bertanya pun dia boleh buat bodow je dengan muka ketat dia tu tapi mereka sangat berdisiplin, penumpang dah naik-tutup pintu-jalan. Siapkanlah duit kecil ye sebab no refund atau guna Octopus card. Untuk ke Madame Tussaud ni kami naik Peak Tram pula. Ya tuhan jauhnya berjalan kaki dari MTR Central Station Exit J2 ke Lower Peak Tram Terminus. Dari pintu yang kami masuk stesen MTR ke Exit J2 tu pun beratus tapak juga.
Kalau tak nak naik Peak Tram boleh naik bas no 15 dari Exchange Square Bus Terminus iaitu di MTR Hong Kong station Exit D. Naik Peak Tram lah best.
Beratur panjang di Lower Peak Tram Terminus, Garden Road tu. Bila sampai ke bahagian dalam ada lah orang tanah besar bertiga kat belakang aku. Ditolaknya kami sikit demi sedikit sampaikan mat saleh sebelah tu terganggu. Hairan dia agaknya sebab kami ni kira di depan dah, nak ke dopan mano laie? hukalohh... Bila gate dibuka terus dia meluru anak-beranak macamkan terus dapat naik tram. Dasar dot dot dot betul.
Peringatan: Tiket-tiket yang ada tu simpan sampai selesai lawatan tau, nanti kena beli tiket lain pulak untuk turun. Nasib baik aku boleh menimbulkan perasaan kasihan pada gate keeper tu hehe... ai is good at buat muka sardin.
On the first day dapat tengok tapak tangan Michelle Yeoh saja di Avenue of Stars, kali ni dapat bergambar usik rambut bagai hehe..
Pasangan glamour Brad Pitt dan Angelina Jolie. Sama tak? Sama tak?
Queen Elizabeth II dan suami
Ex-menantu Queen Elizabeth II- Lady Diana yang dah arwah. She was so gorgeous
Kurang aummm kan? Nampak nau patungnya
Marilyn Monroe. Aku agak di semua Madame Tussaud Wax Museum dia ada.
Nicole Kidman
The lovely Audrey Hepburn. Disebabkan dia cantik ai letak dua keping.
The energetic Bruce Lee
Christiano Ronaldo. Dia pun nampak lain sikit
Artis Korea kot. Jangan tanya aku.. wa tatau. Kita tak minat K-pop.
Ada juga hiburan interaktif disediakan di sini. Kita pilih lagu dan menari bersama artis pujaan di skrin. Aku pun terjebak gak hahahah...tak ada orang kenal gittew.
Spiderman
The Hulk Hogan
Kalau teringin tangan sendiri dililinkan boleh juga. Tak sure berapa dollar. Kalau dapat buat kat tangan baby or toddler best, cute aje.
Last sebelum keluar pastilah ada kedai menjual souvenir. Beli saja jika berkenan sebab tak dijual di tempat lain cenderahati yang unik seperti ini. Key chain yang dijual di kedai yang pertama tempat tram berhenti tu pun ada pelbagai pilihan dan menarik.
Oleh kerana ini adalah lawatan kali kedua maka excitement tu dah berkurang. Jika belum pernah ke Madame Tussaud elok jugalah melawat tempat ni sambil bergambar dengan artis atau figura pujaan hatimu. Elok juga kalau pakai cecantik sebab kita akan 'blend in' dengan selebriti tu. Pakai sama gempak dengan mereka barulah nampak real.
3 Comments
WAH! Bestnya... tapi not all look that real. :( Nak tipu orang kata ambik gambar dgan celebrity pun tak boleh, kihkihkih
ReplyDeletelama dah saya pi madame tusaud museum kat uk dulu, adalah 20 tahun kot. teringin juga nak pi bawak family pula
ReplyDeleteMicheal Yip,
ReplyDeleteyah some nampak sangat fake
Raihanah Ahmad,
sila sila..mesti mereka suka
Feel free to leave your comment below. Thank you.