Konsert Merdeka Bersama Anuar Zain | Eh? Kat mana? Mesti die hard fans Nuar Jen menggelitis nak tahu hehe... sabar kak ye... ai pun minat juga.
Sebenarnya retis pooojaan hatimu ini telah buat show bersama artis lain di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak. Yang merasmikan majlis ialah Perdana Menteri kesayangan anda. Aku tak dengar ucapannya sebab masih ngeteh sambil makan nasi goreng dabai di seberang sungai.
Semasa berjalan kaki balik ke Merdeka Palace terdengar dari jauh Datuk M. Daud Kilau menyanyi. Aku tak minat tapi lagu-lagunya memang popular... beria orang bersorak. Memula nak masuk bilik dah tapi lepas tu Azlan The Typewiter menyanyi pulak lansung aku terjebak sampai tamat.
Meriah sambutan kemerdekaan di Kuching. Ada beratus bendera digantung di pokok dan bangunan.
Jemput tengok gambar konsert sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Kuching pada 10 Ogos lalu. Ko redha je lah eh dengan gambar-gambar ni.. tu je mampu. Tunggu jugak kot kot ada orang nak sponsor lens Canon. Eh? hahaa..
Azlan The Typewriter
Mas Idayu... ko bayangkanlah betapa gegak gempitanya bila dia naik ke pentas. Setiap kali aku tengok dia perform di pentas atau tv aku akan teringat komen negatif seorang editor akhbar tentang dia.
Nahhh... Anuar Zain !
Mengadalah menyanyi kat bawah lelama
Sekalipun Anuar Zain tak pandang kat aku yang tercongok di pentas VIP. Aku je dok teringat kat dia.
Siti Nurhaliza
Penutup. Eh Anuar Zain tak naik ke pentas sekali lagi.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!!
Semoga kita merdeka jiwa raga.
1 Comments
i is nangis apesal jauh sangat nuar jen huhuuh.
ReplyDeleteHappy Merdeka Rugged Mom
Soya antara Fakta dan Auta
Feel free to leave your comment below. Thank you.