A Day Trip To Hong Kong Disneyland



A Day Trip To Hong Kong Disneyland | Sehari di Disneyland. Ramai yang teruja bila mendengar Disneyland. Ia seperti  cubaan untuk menggapai impian yang tidak kesampaian di zaman kanak-kanak riang dulu. Zaman pakai skirt kembang tingkat tingkat dengan rambut bertocang dua.



Meh dengar cerita di Hong Kong lagi. We decided untuk ke Disneyland, Hong Kong, pada hari Jumaat dengan harapan kurang pengunjung. Awal awal tu memanglah tak ramai tapi bila semakin petang bertambah ramai. Bijak betullah orang yang menjual idea 'bisnes keriangan' ni sampai berduyun-duyun orang datang. Tiket masuk kami dah beli sesiap dari Malaysia. Jimat sikit sebab beli pakej kombo dengan Peak Tram dan Sky Terrace. Kita scan aje kod tu di kiosk yang disediakan, tak perlu berbaris panjang lagi.

HKD dibina di atas tanah tebusguna di Lantau Island sama dengan Ngong Ping 360. HKD adalah 'Magic Kingdom' yang kelima di dunia yang boleh menampung 34,000 pengunjung sehari. Yang keenam akan dibuka di Shanghai 2016 nanti.

Dari Tsim Sha Tsui perlu dua kali menukar subway. Yang terakhir tu Disneyland Resort Line sangat istimewa dengan tingkap dan pemegang berbentuk Mickey Mouse. Kita yang tua bangka ni pun exited bebudak apa lagi lah.



Dah sampai.... nak bergambar di sini pun jenuh, penuh pengunjung, ada je yang enterframe.


Kami naik keretapi khas yang mengelilingi kawasan taman tema ini. Empat hari di Hong Kong hujan turun di waktu pagi dan sesekali renyai di tengahari dan petang tapi orang tetap ramai di sini.

Aku pesan kat kengkawan untuk beratur selari (berderet) supaya orang-orang tanah besar tak memotong barisan. Mereka tu tak boleh nampak peluang menyelit, sat lagi segala makcik pakcik atuk nenek pun memotong sama.

Sejak dulu lagi bila iklan Kota Keriangan Genting keluar di tv aku teringin sangat nak naik kuda pusing. Masa pergi ke 30th Anniversary Transformer Expo tahun lepas Genting outdoor theme park closed for renovation so tak dapatlah menunggang kuda. Jadi bila tiada sesiapa yang kenal di Hong Kong Disneyland ni kitapun tunjuk taringlah hahah.... ya Allah poning kepalo den, macam vodos pun ada hahahha.... Ok cukuplah sekali aku naik permainan berpusing begini. Puas hati dan menyesal haha.. padan muka.



Sleeping Beauty Castle

Sebahagian pemandangan dari dalam keretapi.

"Disneyland will never be completed as long as there is imagination left in the world," kata-kata terkenal Walt Disney.

Disneyland merupakan tiang kepada industri pelancongan Hong Kong. Taman tema yang merupakan usahasama kerajaan Hong dan Disney menghadapi permulaan yang agak teruk dengan kekurangan pengunjung, kemerosotan kewangan dan dikatakan tidak semenarik Disneyland di negara lain. Hanya bermula pada tahun 2012 ia mencatatkan keuntungan. Betul ke tak semenarik Disneyland di negara lain?

Bukan senang membina perniagaan besar. Menggunakan brand tertentu lagilah perit. Tahun ini merupakan tahun kesepuluh Hong Kong Disneyland dan mereka telah merancang pelan pembesaran yang begitu hebat. Kepada para peminat tegar boleh merancang percutian dari sekarang.
 


Taman tema ini memang suatu idea dan ciptaan yang luar biasa. Bebudak memang seronoklah di sini tapi aku yang dah jadi mak budak ni, datang sendiri rasa kosong. Ada tempat yang aku suka berjalan sendiri, ada tempat yang aku rasa hanya sesuai datang dengan keluarga. Gegadis yang bersama aku tu syoklah.

Ada satu tempat tu kami masuk tapi tak tahu permainan apa rupa-rupanya roller coaster! Nasib baik gelap hahah... ada satu lagi roller coaster di luar tapi aku tak  naik. Rasa kecut perut naik di Genting Highland masa muda remaja dulu tak hilang lagi. Seriau mokcik. Lagi satu permainan yang kami teringin naik ialah kereta elektrik pandu sendiri. Memandangkan dah tertulis queing time 45 minit kami batalkan saja hasrat murni tu.

Pukul 4 petang diadakan perarakan. Setengah jam sebelum tu dah dibuat announcement dan ada persembahan muzik seperti di bawah. Walaupun cuma bertiga tapi bunyi yang dihasilkan sangat kuat dan bertenaha sehingga membuatkan kita terpegun. Brass band pun ada. Malam hari pula ada pertunjukan mercun dan bunga api.


Haa... dah mula!





Ada banyak gambar aku ambil tapi ada banyak juga yang tak semenggah. Penonton barisan hadapan tak dibenarkan berdiri dan duduk pun tak boleh keluar dari walkway tu tapi rasa-rasanya ada yang degil tak? hmmm.... dahlah shoot dengan tab. Gambar tab dia je dalam gambar kita. Ada sekali tu aku tepuk bahu dia suruh duduk. Goram lak den hahaa..

 Baunya perghhh...

Kedai souvenir wajib ada lah kan... ada macam-macam seperti headband, topi, gown, kemeja, bekas minuman, hiasan meja dan pelbagai lagilah. Aku takdelah membeli gaun tu sebab anak dara dah terlebih umur kanak-kanak. Bila terserempak dengan mana-mana staf  HKD yang berlegar di luar tu mintalah sticker, kumpul bebanyak. Lain staf lain sticker yang dibawanya.

Setakat beberapa hari di Hong Kong aku tak berjumpa barangan tiruan so if interested in certain items beli terus di sini. Di Ladies Market pun tak ada fake Disneyland t-shirt. Lihat bagaimana mereka menjaga bussiness para pelabur bahkan Badan Pencegah Rasuah mereka antara yang baik di dunia (kalaupun bukan terbaik). Something for us to learn. No kawtim kawtim.

Sejak sampai aku perhatikan muka orang cina di Hong Kong ni... bagaimana nak membezakan mereka samada dari tanah besar, dari Malaysia, Indonesia dan negara lain? Sama sepesen je aku tengok. Kalau nak kenal pengunjung dari Indonesia kena dengar mereka bercakap, senang nak tahu sebab mereka sekeluarga akan menggunakan Bahasa Indonesia. Cina tanah besar bercakap dedekat pun macam nak bergaduh hahaa.. risau mendengarnya. Cina dari Malaysia? Selain dari dia senyum kat kita, bila nak ambil gambar dia kira 1, due , tige! hahaha....

Ramai juga warga Indonesia datang ke Disneyland ni, ramai yang kaya.

Castle ni harganya puluhan ribu HKD

Aloloo...



Kasut Cinderella ini tak tahulah boleh ditempah ikut saiz kaki ke tidak


Untuk ke rumah Tarzan (gambar di atas) kita kena naik rakit. Kemudian naik tangga ke atas, tengok dua benda di bawah ni dan turun. Kalau rasa nak terkucil boleh gunakan tandas di sini, bersih dan ada air-cond. Botol kosong jangan dilupa hehe..

Kalau nak naik river cruise pun boleh tapi di seberang sana. Naik yang ada English guide tak payah beratur lelama.

Pernah tengok movie The Jungle Book tak?

Rumah Tarzan

Lion King show jangan miss! Persembahan ni best serba serbi. Ada satu lagi show yang kami terlepas sebab dah penuh. Masa sampai tu kena alert, baca di notice board waktu persembahan.



Penat berjalan mengelilingi kawasan berhektar-hektar weh... menyesal tak sudah sebab tak pakai sandal ajaib yang dah buruk tu. Walaupun dah tak lawa tapi lembut, ringan dan selesa.


SEDIKIT TIPS DAN INFORMASI KETIKA BERADA DI HONG KONG DISNEYLAND
1) Stroller boleh disewa di Disneyland Fire Department bersebelahan City Hall di Town Square.
2) Loker di utara Centre Street, mengarah ke Main Street USA.
3) ATM ada di keseluruhan taman.
4) Tempat solat tak jumpa so bentang je sejadah di tempat yang sesuai. Sila bersolat di bangunan City Hall.
5) Harga tiket HKD450. Nangessss...
6) Makanan tak dibenarkan dibawa masuk tetapi pepandailah ye.


DISNEYLAND DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA SEKSYEN:
1) Toy Story land
2) Mustic Point
3) Grizzly Gulch
4) Adventureland
5) Main Street, USA
6) Fantasyland
7) Tomorrowland
*** Frozen Village


TARIKAN TERBARU DISNEYLAND
Pertunjukan terbaru ialah persembahan pentas selama 25 minit yang dipanggil Mickey and the Wondrous Book, akan mula dipersembahkan di Disney's Storybook Theatre pertengahan November 2015.

Pertunjukan lain,  the Fairy Tale Forest, akan ditambah kepada Fantasyland dalam bulan Disember nanti. Pengunjung akan dibawa melalui "whimsical passages" menggunakan landskap kreatif untuk melihat miniature scenes dari filem seperti Tangled and Cinderella.


RESTORAN MAKANAL HALAL DI DISNEYLAND
1) Tahitian Terrace di Adventureland
2) Explorer's Club Restaurant di Mystic Point


PERKHIDMATAN MTR DARI BANDAR HONG KONG KE DISNEYLAND RESORT
Perjalanan dari mana-mana stesen MTR perlu ditukar di MTR Lai King (Warna oren- Tung Chung Line) kemudian tukar lagi di Sunny Bay. Dari Sunny Bay ni kita naik Disneyland Resort Line seperti gambar di atas tu. Tambang MTR if not mistaken..
MTR Tsim Sha Sui - Sunny Bay : HKD14.40
Sunny Bay - Disneyland : HKD9.20


PERKHIDMATAN BAS DARI BANDAR HONG KONG

Laluan R33 dan R42 beroperasi pada waktu puncak pagi dan selepas berakhirnya Bunga api “Disney in the Stars” setiap malam. Cross border bus pun ada.

Perkhidmatan Asas

LaluanR33R42
AsalPersimpangan Pengangkutan Awam (PTI) Disneyland Resort
DestinasiStesen Kereta api Tuen MunStesen Kereta api Tai Wai
TambangHK$22.3HK$22.3

Masa Operasi
Laluan R33 dan R42 perjalanan ke Disneyland Resort PTI Pada hari Ahad dan cuti umum.

09:00 / 09:20 / 09:45

Dari Disneyland Resort PTI


Enjoy Disneyland!




Nota
Disneyland lebih menyeronokkan kanak-kanak. Kita yang dewasa ni lebih sesuai ke Ocean Park dan Ngong Ping 360.







Post a Comment

3 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.