5 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Pattaya, Thailand



5 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Pattaya, Thailand | Salam sejahtera semua. Memandangkan seminggu sahaja lagi cuti sekolah akan menjelma aku nak berikan beberapa idea percutian yang boleh dilakukan bersama keluarga.

 
Jika sebelum ini banyak tempat yang ketengahkan seperti Cuti Cuti 1Malaysia- Dekat Je..Ladang Alam Warisan, Taiping Heritage Trail, Taiping Night Safari, Eksplorasi Gua Tempurung, Langkawi Cable Car dan banyak lagi (guna sahaja search column yang telah disediakan), kali ni nak cadangkan yang jauh sikit. Pattaya.
 
Pattaya terletak di kawasan teluk timur Thailand yang terkenal dengan kehidupan malamnya yang menarik pelawat antarabangsa dan orang yang mahu menghabiskan cuti hujung minggu. Dulunya hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang sunyi tetapi kini dipenuhi dengan hotel dan resort sepanjang pesisir pantai.
 
Pantai Pattaya ialah kawasan yang hidup dan bertenaga di waktu malam dengan deretan kelab malam, bar dan restoran. Perniagaan seks masih mendominasi punca ekonomi di sini namun masih ada tempat yang sesuai untuk aktiviti sekeluarga. Kalau kita mencari kebaikan insyaAllah kita akan dapat kebaikan, begitu juag sebaliknya. Untuk pantai yang lebih sunyi boleh menginap di Jomtien Beach. Cuma I nak warning kalau jealous melihat lelaki tua gemuk dengan awek muda belia berukuran 35-25-35 elakkanlah berada di Pattaya Beach hehe..
 
 
BAGAIMANA UNTUK KE PATTAYA DARI KUALA LUMPUR?
1) Melalui udara.
   Boleh menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines tetapi perlu transit di Bangkok dan menyambung perjalanan dengan Bangkok Airways.
 
     Air Asia menawarkan perjalaann terus ke U-Tapao-Rayong-Pattaya International Airport empat kali seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
 
 
2) Memandu kereta.
    Pattaya terletak 147km dari Bangkok dan hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai di sana.
 
3) Menaiki bas dan minivan dari Bangkok
 
4) Menaiki keretapi.
    I vote for this! Walaupun lambat, it takes 3.5 hours train ride from Bangkok Hua Lamphong Railway Station tapi aku enjoy. Kita nak pergi makan angin bukannya poie kojo.. santai saja sudah. Hanya ada koc kelas ketiga tanpa pedingin hawa beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dengan tambang 31 Baht. Giler murah! Kalau nak menginap di Pattaya Beach sila turun di Pattaya Train Station. Kalau nak lepak di Jomtien sila turun di Pattaya Tai Train Station.
 
 
5 TARIKAN PATTAYA:
Ada berpuluh tarikan pelancongan di Pattaya tetapi kali ni cuma nak beritahu lima sahaja.
 
1) Mandi-manda di Koh Larn.
Koh Larn hanya berjarak 8km dari Pattaya. Ada beberapa pantai yang cantik di Koh Laan yang kebanyakannya terletak di sebelah barat. Di antaranya Tawaen Beach, Tonglang Beach, Tien Beach, Samae Beach and Naon Beach. Sepanjang pantai ni ada restoran, gerai menjual makanan serta souvenir. Disediakan juga tempat rehat berpayung secara percuma. Nak ke mana-mana beach kena sewa motor.


2) Pattaya Sheep Farm
Ladang bebiri yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ada bebiri, rusa dan beberapa jenis binatang lagi yang kita boleh beri makan. Bahagian beburung pun menarik. Boleh berpiknik juga di sini sambil memberi binatang makan dan bergembira bersama anak-anak makan ais krim.
 
Tiket masuk hanya 50 Baht.
 
 
 

3) Amazon Fishing Park Pattaya
Perghh... heaven untuk kaki pancing! 10 minit dah boleh dapat ikan besar. Kanak-kanak pun akan seronok di sini sebab ada banyak spesis ikan. The downside is kosnya agak mahal. Kalau dah minat apa ada kisah kannn?
Sumber di sini
 
 
4) Cartoon Network Water Theme Park
Pattaya ialah yang pertama di dunia memiliki Cartoon Network Water Theme Park. Bukan sahaja kita boleh mandi-manda dengan watak Cartoon Network kegemaran seperti Ben 10 tetapi boleh juga mengeksplorasi 10 zon bertema, bermain rollercoasters atau sekadar bermain di aqua playground yang mempunyai 150 permainan air.
 
Sumber di sini
 

5)  Cable Rides/Canopy Adventures Kao Yai Da
Cuba bayangkan kita 'terbang' dari satu pokok ke pokok yang lain, it's amazing! Jangan lupa bawa kasut yang sesuai ya. Fuhhh.. berdebar-debar weh.
 
Asia longest cable ride. Sumber di sini
 

Memalam boleh menonton Al Cazar show hehe... Pattaya jom!




 

Post a Comment

0 Comments