10 Tempat Menarik di Sri Lanka | Sri Lanka ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Lautan Hindi. Bersempadan maritim dengan Maldives dan India, ia dipanggil Ceylon semasa dijajah British sehinggalah tahun 1972. Pada 1978 secara rasmi namanya bertukar kepada Democratic Socialist Republic of Sri Lanka.
Sri Lanka dibahagikan kepada sembilan wilayah dan 25 daerah. Bangsa utamanya Sinhala dan Buddha menjadi agama rasmi 70 peratus penduduknya diikuti Hindu dan Muslim. Kebanyakan masyarakat muslim berada di kawasan pesisir pantai. Sebahagian daripada mereka berbangsa Melayu dan dikatakan dibawa oleh British sebagai buruh semasa menguasai Ceylon. Sehingga kini bahan eksport yang menjadi trademark Sri Lanka ialah kayu manis, getah dan Ceylon Tea.
Setelah 30 tahun berlaku peperangan gerila diantara tentera dan Tamil Ellam, 2009 adalah permulaan kedatangan pelancong secara beramai-ramai ke negara tersebut. Pada tahun 2014 seramai 23,000 rakyat Malaysia telah melancong ke sana. Kenapa agak kurang orang bercerita eh?
Why Sri Lanka?
Hanya terdapat beberapa negara di dunia yang mampu menawarkan kombinasi landskap yang hebat, pantai memutih, warisan negara yang terpelihara dan pengalaman unik dalam satu kawasan yang boleh dikatakan kecil. Dengan keluasan 65,610 kilometer persegi, Sri Lanka memiliki 8 UNESCO World Heritage Sites, 1330 km pesisir pantai yang kebanyakannya masih belum tercemar, 15 taman negara yang penuh dengan binatang liar, hampir 500,000 ekar ladang teh dan 250 ekar taman botani.
10 Tempat-Tempat Menarik di Sri Lanka / 10 Attractions in Sri Lanka:
Actually I'm telling you more than 10.
Actually I'm telling you more than 10.
1. Anuradhapura
Ia merupakan kota suci bagi penganut Buddha. Terletak di utara Sri Lanka, is pernah menjadi ibu negara kemudian ditinggalkan selepas pencerobohan King Chola Rajaraja I pada tahun 993. Mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site kini istana, biara dan monumen kuno boleh dilawati kembali.
Bodhi Tree Temple (The Sri Maha Bodhiya), Ruwanwelisaya- stupa tertua dan mempunyai ruang yang banyak, The Archaeolgy Museum, Lovamahapaya, Isurumuniya Vihara juga berada di sini.
2. Kandy
This is another UNESCO World Heritage Site, Berketinggian 465m dari aras laut Kandy merupakan pusat pentadbiran dan kebudayaan yang penting, Kandy adalah bandar kedua terbesar selepas Colombo. Temple of the Tooth Relic, salah satu kuil paling suci di dunia bagi penganut Buddha terletak di sini.
Kandy Lake, sebuah tasik buatan yang diciptakan oleh Sri Wickrama Rajasinha pada 1807 mendominasi bandar ini. Selain itu Ceylon Tea Museum, Pinnewala Elephant Orphanage, Millenium Elephant Foundation, The Royal Botanical Garden dan New Ranweli Spice Garden juga terletak di Kandy.
3. Adam's Peak

Adam's Peak ialah sebuah gunung berbentuk kon berketinggian 2,243m di tengah Sri Lanka. Ia lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Sri Pada yang bermaksud "sacred footprint" atau "Tapak suci".
Sebuah batu berbentuk kesan tapak kaki sepanjang 1.8m berdekatan puncak gunung yang mana penganut Buddha mempercayainya sebagai kesan tapak kaki Buddha, penganut Hindu menganggapnya kesan Shiva dan penganut Islam mempercayainya sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam. Menurut sejarah setelah Adam diperintah keluar dari syurga kerana memakan buah khuldi yang dilarang Allah, baginda dikatakan dihantar ke Sri Lanka manakala isterinya Hawa ke Jeddah.
Ada 6 laluan ke puncak dengan 5500 anak tangga untuk didaki, sanggup ke?? Ibnu Batuta pun dah sampai jadi aku pun berhasrat mencuba.

4. Galle
Ke mana nak dituju? Kalutara Temple, berjalan dan menunggu matahari terbenam sepanjang Fort's Walls, Galle Light House, Dutch Church, National Maritime Museum, St. Mary's Cathedral, turtle hatcheries along the coast dan pelabuhan semulajadi, .
Galle pernah rosak teruk akibat tsunami di Aceh yang beribu batu jauhnya pada 26 Disember 2004.
Untuk ke Galle boleh naik bas atau keretapi dari Colombo. Dari Kandy pun boleh naik bas tetapi mengambil masa hingga 8 jam.

5. Central Highland
Kawasan tanah tinggi ini meliputi Wilderness Protected Area, the Horton Plains National Park dan the Knuckles Conservation Forest. Hutan gunung yang berketinggian 2,500 meter dari aras laut ini dianggap kawasan bio-diversiti yang hebat.

6. Yala National Park
Hanya dua daripada lima blok Yala National Park @ Ruhunu National Park dibuka kepada umum. Taman negara ini ialah yang paling kerap dilawati pengunjung dan merupakan yang kedua terbesar di Sri Lanka.
Terdapat pelbagai binatang di sini. Taman negara ini penting dalam konservasi gajah Sri Lanka dan burung akuatik. Walaupun terdapat 35 ekor harimau bintang namun peluang untuk melihatnya agak tipis disebabkan keluasan taman ini. Selain itu ada 215 spesis burung, 44 mamalia dan 46 reptilia dengan lima daripadanya endemik.

7. Dambulla
Dambulla ialah bandar besar di daerah Matale. Hanya berjarak 148km di timur laut Colombo, ia menjadi hub pengedaran sayur-sayuran di Sri Lanka.
Tarikan di sini termasuk Kompleks Kuil Gua yang terbesar dan terpelihara serta Rangiri Dambulla International Stadium yang siap dalam masa 167 hari sahaja.
Tarikan di sini termasuk Kompleks Kuil Gua yang terbesar dan terpelihara serta Rangiri Dambulla International Stadium yang siap dalam masa 167 hari sahaja.
8. Menyelam
Ada banyak lokasi yang menarik berdasarkan kedudukannya di Lautan Hindi dan pernah menjadi sebahagian Laluan Sutera (Silk Road) dan laluan perdagangan laut yang lain. Untuk menyelam di Sri Lanka kita perlu memastikan musim angin monsoon. Bulan Oktober hingga Mei waktu yang sesuai untuk aktiviti menyelam di perairan barat dan barat daya manakala bulan Mei hingga Oktober sesuai menyelam di perairan timur laut.
Diantara lokasi penyelaman yang bagus ialah Barracuda Reef, Cargo Wreck, Panadura Wreck, Taprobane Reefs, Goda Gala Diyamba, HMS Hermes, British Sergeant, Boiler Wrecks
9. Stilt Fishing di Kalpitiya Peninsula
Aku teringin sangat melihat sendiri cara memancing yang unik ni.
Aku teringin sangat melihat sendiri cara memancing yang unik ni.
Sumber di sini
10. Shopping di Colombo dan Kandy
Sri Lanka adalah salah sebuah negara pengeksport pakaian utama dunia. Mereka juga adalah pengeluar batu permata yang berharga, rempah dan teh. Shoba Display Gallery, Odel, Paradise Road adalah nama-nama pusat membeli-belah bagi tekstil, batu permata, ukiran kayu selain kraftangan.
Pernah dikenali sebagai Serendip, Taprobane, the Pearl of the Indian Ocean dan Ceylon. Pulau yang satu ini memiliki magisnya sendiri. Jom kita teroka Sri Lanka!
1 Comments
Perkongsian yang menarik...sangat bermanfaat untuk mereka yang ada perancangan ke sana...
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.