Tiada yang selamat dalam nahas pesawat Trigana Air | Pesawat Indonesia terhempas lagi Ahad lepas. Berita yang membuatkan aku kecut perut.
Para petugas penyelamat yang sampai ke tempat kejadian hari ini menjumpai pesawat Trigana Air yang berkecai di hutan tebal dan yakin tiada seorangpun daripada 54 penumpang dan krew terselamat.
Pesawat malang yang hilang dari radar pada Ahad lalu semasa dalam perjalanan dari Jayapura, ibu kota Papua ke Oksibil, sebuah kawasan pedalaman di pergunungan. Ketua pencari dan penyelamat Henry Bambang Soelistyo mengatakan "tiada peluang untuk sesiapapun selamat". Serpihannya ditemui 1200m dari aras laut pukul 2 petang tadi. Sedih.
Pesawat ATR 42-300 twin-propellor itu membawa 49 penumpang, 5 krew and wang tunai sebanyak 6.5 bilion rupiah (£300,000/US$470,000) yang merupakan bantuan kebajikan untuk diedarkan kepada keluarga miskin di sana.
Mujur kotak hitam dah dijumpai. Cuba bayangkan pula perasaan petugas yang terpaksa mendengar jeritan atau apa-apa sahajalah suara juruterbang semasa siasatan nanti. Industri penerbangan Indonesia agak bermasalah dalam isu keselamatan, dengan kejadian terbaru ni pastilah akan tambah menjejaskan kredibiliti mereka.
Meanwhile, semasa kami ingin bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Kuching Sabtu lalu, hujan lebat sebelum perlahan-lahan reda. Panjang doa aku weh.
1 Comments
salam perkenalan...
ReplyDeletelepas satu, satu kejadian kan? tak kisahlah dari negara atau company mana, kecut dan risau ttp ada.rasa mcm tak nak terbang ke mana2 dah hehehe..apa pun, kita doa byk2 moga perjalanan kita semua sentiasa dilindungi-Nya...
Feel free to leave your comment below. Thank you.