Tanah itu bukan milik kami...hiksss | Ingat tak hari tu aku minta tolong doakan sesuatu? Terima kasih kepada yang telah mendoakan tetapi ianya bukan rezeki kami.
Aku wakilkan my husband untuk je acara lelongan tu sebab aku pergi Kuching selama seminggu. Macam-macamlah aku pesan kat dia sebab all the while aku yang uruskan semuanya. Sampaikan kena redha je lah jalau terpaksa letak nama dia hehee...
Sempatlah kami membuat lawatan tapak pada Ahad lepas. Giler best kawasan tu, atas bukit tepi jalan. Aku dah bercadang nak buat homestay di kiri kanan rumah dan akan menjual pisang goreng, mi kari dan ABC hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sebab jalan depan tu jamm uols during weekends. Jiwa usahawan sangat kan? hehe
Dan, aku nak gantung banner iklankan homestay di pagar rumah sambil menyeru, "jalan sesak? penat? meh singgah solat dulu!". Bawa badan je telekung disediakan. Penggunaan toilet free selagi memasing tahu adab menggunakan tandas. Kalau tak reti aku caj 60 sen seorang gittewww.. Jealous aku tengok jiran sini buat tangga untuk memudahkan bebudak sekolah lalu. Saham akhirat tu...senang-sebang je boleh dapat.
16 orang datang for the bidding tapi hanya tinggal tiga saja yang berlawan selepas harga 40k. Done at 62k! Bertuahlah dia walau tak buat site visit pun. Aku tak beranilah, sedar kemampuan diri. Kita bukan orang kaya yang bank berebut nak bagi loan. Dahlah jobless.. payslip pun tak ado.
Bersabarlah hati... mungkin Allah nak beri rezeki yang lebih baik. Amin.
3 Comments
Tak apa kak, rezeki pastinya ada dimana-mana. InsyaAllah. Kalau bukan sekarang, mungkin hari lain. ;)
ReplyDeleteTakpa awak..
ReplyDeleteyang penting the dream. mesti nak dapat lagi gempaq
Aula doakan awak akan lebih berjaya ameen
Pojie,
ReplyDeleteingatkan nak bawak awak review hahahah....jauh cita-citaku
Aula Mommy Razim,
yes, angan-angan itu percuma
Feel free to leave your comment below. Thank you.