Hari Koperasi Negara yang meriah!



Hari Koperasi Negara yang meriah! | Majlis perasmian Hari Koperasi Negara telah berlansung dengan jayanya di Waterfront, Kuching, Sarawak minggu lalu.


Kuching yang dipilih sebagai destinasi HKN tahun ini oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sangat bebesar hati dengan pemilihan tersebut. Sungguh menarik apabila majlis perasmian turut dimeriahkan dengan penyambut tetamu dengan pakaian tradisional masing-masing. Dengan 47 etnik yang mendiami Sarawak sudah tentulah pakaian mereka pelbagai corak dan warna melambangkan budaya bangsa masing-masing.



Bilakah koperasi dimulakan?

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.
Objektif
Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
     
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
     
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
     
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.
 (dari laman web SKM)




Selendang keringkam ni mahal tau



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem

 Orang Melaka pun ada haa... Datuk Seri Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka. Mujur dah jadi mantan, kalau tak kono berjawablah apo pasal bumbung ILP runtuh.


Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama isteri Datin Seri Asmah Ab Rahman. Okay dia memang hensem.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu 



 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Majlis dimulakan dengan koir, bacaan doa diikuti ucapan VIP barulah ucapan VVIP, the Chief Minister pula. Kalau dengar CM berucap sama je macam mendengar Dato' Seri Mohamad Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan berucap, bahasa laymen. Itu yang membuatkan rakyat berasa seperti tiada gap.

Dalam ucapannya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak, telah menyebut bahawa koperasi yang pertama ditubuhkan adalah dari Sarawak. Namun begitu, "sik tau ku ada gik kah sik koperasi ya" hahahaa.... beliau pun tak tahu masih wujud ke tidak. Aku pande kelakar Sarawak bah.

Ketua Menteri Sarawak sedang memberikan ucapan.

Bagi tahun terkini Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad mengungguli tempat pertama sebagai koperasi terbaik diikuti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Felcra-Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dan Koperasi Kakitangan Petronas Malaysia Berhad. Itu lima yang teratas. Jumlah yuran dan syer bagi 100 koperasi terbaik Malaysia berjumlah RM13.49 bilion dengan RM116.79 bilion aset. Bahaya tayang duit bilion bilion ni. Eh?

Beratus gerai mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Sambal ikan bilis kering dari Pahang tu sangatlah sedap. Sarawak mempamerkan berpuluh jenis beras. Baru ku tahu banyak betul jenis beras. Selalu beli beras Jalaludin Hassan tu je.

Selain menjaga booth masing-masing, staf koperasi ni juga bergilir-gilir ke seberang sungai membeli kek lapis dan ikan terubuk masin hehee... bergesel dalam kedai uols.. Ceria muka memasing dapat beli kek lapis berkotak-kotak.


Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai. Terima kasih yang tidak terhingga diatas peluang yang diberikan untuk mengikuti program ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. suka tgk budaya org di sana lebih2 lagi baju yang mereka pakai

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.