Bersih 4.0 - Nak join ke tak?



Bersih 4.0 - Nak join ke tak? | Semua orang yang ambil peduli faham apa itu Bersih dan apa yang dimahukan mereka.


Apakah Bersih dan apakah yang dituntut?

Ia pada asalnya ialah gabungan beberapa NGO iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) , Women's Development Collective (WDC), Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan pertubuhan awam yang mahukan perubahan kepada sistem pilihanraya di Malaysia. Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S. Ambiga, bekas presiden Bar Council manakala Bersih 4.0 diterajui Maria Chin Abdullah daripada WDC.
 
 
5 Perkara Yang Dituntut Bersih 4.0 :

* Pilihanraya yang bersih dan adil
* Kerajaan yang telus
* Kebenaran untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara


Bila dan dimana Bersih 4.0 ?

Bersih 4.0 dijadualkan untuk berlansung serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu bermula jam 2 petang 29 Ogos 2015 sehingga tengah malam 30 Ogos.
 
Di Kuala Lumpur lokasi berkumpul di lima tempat iaitu pusat membeli-belah Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara. Tiada kelulusan dikeluarkan oleh pihak polis dan DBKL.

Di Kuching, para pendemo telah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk berhimpun di Song Kheng Hai field. Mengikut perancangan mereka hanya akan berkumpul tanpa perarakan.

 Di Kota Kinabalu pun sama tiada perarakan ke Tanjung Lipat.

 
 
Aku tak akan turut serta sebab bab jogathon dikejar polis ni acik tak mampu.. setakat walkathon bolehlah. Lagipun ada dua kenduri kahwin di berdekatan rumah aku pada hari ini dan esok.
 
Aku nak bagi pandangan pun payah juga cuma aku nak menyampaikan pesanan daripada kawan facebook aku Shamshahrin Shamsudin, seorang photojournalist.
 
 
On being a Photojournalist

Saya seorang photojurnalist. Bagi yang tidak tahu, anda mungkin rasa seronok, mungkin juga bangga jika dapat gunakan title tersebut.... Tetapi bagi seorang photojurnalis (PJ) atau jurufoto kewartawanan, jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan bebanan tersendiri.

Minggu lepas, seorang rakan saya
Wazari Wazir ada menulis perihal  `the downside of being a photojournalist'. Anda boleh membaca di blog beliau lah. Apa yang beliau tulis adalah mungkin 10% dari bebanan sebagai seorang PJ.

Ramai yang tidak tahu bahawasanya PJ terikat dengan etika kerja yang agak ketat. Etika kerja ini dibuat bagi menjaga integriti kerjaya tersebut. Dalam era informasi tiada batas ini, rasanya anda bolehlah google sendiri.

Hujung minggu ini kemungkinan akan berlakunya protes besar-besaran terhadap kepimpinan negara. Ramai juga hobbyist photographer menyatakan keinginan mereka untuk turun merakam peristiwa tersebut.

Di sini saya ingin menasihatkan sahabat-sahabat hobbyist ini supaya berhati-hati dan berfikir semasak-masaknya sebelum anda keluar `outing' ini.

1: Anda hobbyist BUKAN press photogs
Sebagai hobbyist, anda tiada kad perakuan media; maksudnya anda sebenarnya tiada keperluan berada di sana. PJ berada di sana kerana tugasan. Mereka tahu batas-batas sebagai seorang PJ. Saya berharap, sahabat-sahabat hobbyist ini faham tentang batas-batas tersebut sebelum anda mengambil keputusan untuk keluar. Harapan saya agar sahabat-sahabat hobbyist ini tidak melakukan sesuatu yang melanggar etika PJ semasa di sana kerana dikhuatiri ada yang menganggap anda seorang PJ dan seterusnya mencalarkan imej kerjaya yang sangat di hati saya ini.

2: Anda hobbyist photographer BUKAN protester Niat anda sekadar untuk merasai pengalaman mengambil gambar protes dan tiada niat untuk berdemo. Jika anda tertangkap, adakah anda bersedia untuk terima akibatnya?
Jika niat anda adalah utk berdemo, tentunya anda sedia maklum tentang akibat yang mendatang dan tentunya anda telah bersedia. TETAPI jika kita sekadar suka-suka, adakah kita bersedia dengan kemungkinan yang sukar?

3: Faham tugas polis Perlu diingat, tugas polis adalah MENJAGA KETENTERAMAN. Apabila berlaku sesuatu yang menjejaskan ketenteraman awam, polis akan bertindak. Adakalanya KASAR. Kepada hobbyist, saya harap anda jangan sekali-kali argue dengan polis ketika itu. Ikut sahaja. Mereka juga tertekan dengan tugasan. Fahami juga tugas mereka. Saya juga pernah dipukul, pernah ditangkap dan diheret semasa menjalankan tugasan tetapi saya faham masing-masing ada tugas.
 
Kepada sahabat-sahabat hobbyist, jika anda berminat untuk mendalami bidang photojournalism, belajarlah. Bidang ini mmerlukan pengorbanan yang lebih berbanding dengan genre lain.
 
Stay safe my brothers.
 
 
Sila baca yang ini juga.
 
 
BERKORBAN SEBULAN SEBELUM RAYA KORBAN

Saya bakal on call pada 29/8 ini. Kami diarahkan supaya bersedia dan berada di hospital sehari sebelum 29/8 sebagai langkah siapsiaga kerajaan sempena rally Bersih 4.0. Malah cuti kami dibekukan dan ramai diantara kami yang perlu standby untuk dipanggil jika berlaku kecemasan.

Demonstrasi Bersih bukan perkara baru bagi kami warga ibukota. Cuma kali ini getarannya lebih terasa kerana adanya kumpulan anti Bersih. Pastinya lebih banyak kes kecemasan daripada biasa.

Namun kami redha. Ini negara demokrasi. Mana2 kumpulan pun berhak menyuarakan pendapat menurut saluran yang mereka rasakan betul. Kami ini cuma petugas perubatan yang neutral prinsipnya.

Kepada yang Bersih dan yang bukan Bersih, yang berbaju Kuning dan yang berbaju Merah, dan para petugas keselamatan; berhati-hatilah. Jangan sampai cedera atau mencederakan. Kita semua ada kubur untuk dituju dan ada Tuhan untuk dihadapkan kelak. Terlepas di sini tak bermakna akan terlepas di sana.

Jika ada yang menunjuk samseng kemudiannya cedera, siap sedialah untuk kami rawat tanpa bius dan kami gonyoh lukanya dengan berus dawai. Kan samseng katanya!!!


Hana Hadzrami - dia ni doktor le kot. Hahaha... win!! Aku pun nak tumpang tenyeh sekali terutama yang suka provoke, belum apa-apa dah berlagak macam samseng Kampung Dusun!


**LRT service should not be stopped during this rally so that peoples can disperse smoothly. Yang berada sana bukan semuanya nak berdemonstrasi pun, apa perlunya perkhidmatan LRT dan monorel dihentikan seperti sebelum ni?

Kepada yang marah-marah , di setiap masalah ada peluang. Peluang buat duit paling senang time ni ialah jual air mineral.




Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.