My China Trip- Shanghai Day 1 | Terlepas Metro terakhir!
Pengalaman yang agak pahit jugaklah hehee…
Haa itulah dia asyik sangat
berjalan tak check bila last subway yang servis ke tempat tinggal aku. Ingatkan
sama macam Hangzhou semua 11 lebih baru tamat tapi Line 2 ni pukul 10.30 dah
last. Patutlah orang-orang kat sini berkejar-kejar turun tangga dan berebut
naik. Yang aku ni dok tercangak cangak lagi nak menghadamkan laluan yang terpapar
di dinding tu. Aku fikir kalau tersalah line ni karang susah sebab dah jauh
malam. Aku nak elakkan naik teksi haaa amekkawww..! First day dah kena tinggal!
Ada 3 orang remaja yang
sama-sama ditinggal subway tu tolong aku claim balik tambang yang dah dibayar.
Mereka juga tolong aku tahan teksi tapi hampeh takde yang nak ke hotel. Tak
tahu katanya walaupun aku dah bagi alamatnya. Kalau ada pun mintak sampai 100
yuan. Kalau siang boleh je berjalan kaki macam aku datang tu tapi ni dah pukul
11 malam.
Sementara orang masih ada tu
aku pun balik berjalan kaki. Sambil jalan sambil tahan teksi tapi takde teksi
kosong. Kalau ada pun tak nak berhenti. Hampa. Aku nampak bangunan yang ada crown di atas bumbung (sepanjang The Bund) tu pun semua dah
bergelap. Aku yakin di laluan yang betul cuma rasa agak jauh sikit. Dah siang
esoknya baru tahu yang aku berada di jalan besar baris yang satu lagi.
Penat dan gelap so I decided
to enter Ibis Hotel. Dah terfikir dari awal nak minta tolong dari mana-mana hotel tapi masih berharap ada teksi yang
akan berhenti. Aku bagi kad hotel dan mintak tolong dia call teksi. Aku kata, I
have tried a few times but they refuse to send me to the hotel. Selesai
masalah. Kena 22 yuan walaupun dekat je. Sangat dekat. Esoknya bila mengulang kembali ke Yuyuan Bazaar barulah nampak Ibis Hotel tu... ler... kawasan tu jugak.
Tips Melancong
1) Bila susah dapat teksi minta tolong daripada pihak hotel atau seumpamanya dan
2) Selalu berbuat baik dengan orang
2) Selalu berbuat baik dengan orang
3) Lagi satu tips, kalau berjalan
di Malaysia ni dan tak jumpa surau atau masjid ko masuk ke bangunan pejabat
yang besar terutama gomen punya. If the guards
buat dek je ko jalan terus. Kalau dia tahan bagi tau elok elok ko nak tumpang
solat. Insyaallah mereka akan izinkan. Ingat, walaupun dia 'jaga' saja kat situ, pangkatnya jauh lebih rendah daripada ko tapi
dia berkuasa ya. Majikan dia suruh jadi abang/kak long kawasan.
Dalam hidup ni try to always be nice to others, hantar positive vibe. Jangan asyik membodohkan orang, memaki, bangga diri... orang tak suka tapi orang perhatikan saja. Ilmu yang kita ada ni Nabi kata ibarat setitik air di lautan, sikit bona. Kalau selalu ikhlas bermanis muka insyaAllah hidup akan menjadi lebih mudah. Biar jadi bekas orang jahat, jangan tak mahu jadi orang baik. Sekian.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.