Hotel Review + Family Day di Puteri Resort, Port Dickson | Kita kembali ke Malaysia lah pulak, jenuh dah kot membaca My China Trip Hangzhou-Shanghai tu. Ini kisah percutian dua keluarga besar kami. Dua keluarga saja yang boleh commit with short notice. Aku malas nak plan lelama nanti tak jadi lagi. Siapa free datang.
Masa kami ke sini hampir kesemua hotel penuh disebabkan Raptor Watch. Rancangan asal nak sewa PNB Ilham Resort. Aku suka situ tapi sebagai resort rasmi sah sah la penuh. Puteri Resort ni nama lamanya Permaisuri Resort. Kenapa berpatah balik jadi anak dara pulak eh?
Dulu aku pernah menginap di sini. Ya, biliknya luas dan selesa untuk keluarga besar. Kali ni kami sewa dua bilik sahaja sebab dua keluarga kan... lagipun yang bujang seronok tidur dalam khemah di pantai tu. Makan, bermain gitar dan menyanyi. Malam unggun api gituh.
Cikgu KEMAS tolong uruskan games, mak mak orang buat brunch, yang bujang bahagian bbq dan hiburan. Sempat juga membawa anak-anak ke Rumah Api Tanjung Tuan. Anak-anak yang dah sekolah menengah muka bosan je sebab dah pernah ke sini hehee... adik-adik seronok sebab dah dihembus ke telinga memasing, "syok tau berjalan kaki ke lighthouse tu...".
Cari gula-gula dalam tepung
Aku wakil perempuan, merasalah naik dua kali. Puak ni bermain banana boat sampai empat kali. Suspen je bila dia nak jatuhkan kita tu. Berdebar tapi syok! Janganlah bawa budak kecil ya, bahaya.
Seronoknya tiup belon..!
Balik dari percutian singkat di Port Dickson ni terus memasing plan untuk next trip. Kalau selepas bulan November insyaallah aku join. Harapnya lebih ramai yang datang seperti di Melaka dulu.
Hotel review
Haaa... ni aku nak bagi ulasan tentang Puteri Resort. Meh baca hotel review aku ni.
Walaupun kelihatan laut terbentang luas yang memukau pandangan dengan Grand Lexis which was still under construction besides it, aku nak komenlah resort ni sebab kecewa.
Plus point : Apartment luas, bilik selesa, pemandangan awesome.
I will opt for a cheap, safe and clean place for my solo trip but for a family day MESTILAH yang selesa dan memuaskan hati. Paling penting pastilah air-cond berfungsi dengan baik dan swimming pool untuk bebudak yang bersih dan sesuai untuk mandi-manda. Tapi cuba ko tengok warna air dalam swimming pool dewasa tu? pool bebudak kecil so kalau pool dewasa cantik membiru bebudak yang pandai berenang ni bolehlah ke sana. haishh... aku bertanya pada staff reception tu, tak dicuci ke kolam tu? Dia kata pagi tadi dah cuci. Ekau bia boto dik? Itu bukan cuci... itu cuma simbah dengan klorin yo. Kalau dicuci takkan hijau airnya. Ontah berapa lamo tak begosok. Jangan nak temberang eh, seminggu dua kali aku pergi public swimming pool jadi aku tahu beza ada maintenance ke tak.
Lagi satu, tak ada air mengalir di papan gelunsur tu. Kesian bebudak mengharap. Air yang turun di batu pun tak ada. Mereka datang dengan kenangan tahun 2010 dulu yang sungguh menyeronokkan.
Di apartment, tiada blinds di sinki yang mengadap ke corridor tu. Gila kau, togel macam tu je. Seram je memalam, maka dikorbankanlah towel siapa entah untuk dibuat langsir. Dahlah rumah sebelah kosong. Saluran air di lantai di dapur tu pula tersumbat di hari kedua. Soba jo lah den.
Telefon tiada, bila barang yang kita request tak kunjung tiba kita pun turunlah sekali lagi. Buang masa okay? Sayang lemak yang kukumpulkan ni.
Bilik air di master bedroom pun menjadi kolam takungan di hari kedua. Di bilik ketiga air air-cond menitik. Mujur aku bukan jenis suka mencarut dan memaki.
WiFi takderrrr... mati kutu, pukul 12 dah tidur hahaa tak dapek nak tidur lewat. Wifi kat lobby je, apparaaaa....
Biliknya luas.
Ini pemandangan di medan ikan bakar MPPD.
Lagi satu, breakfast voucher dapat 3 aje untuk satu apartment, apa ke bengong? Apartment tu kan untuk enam dewasa? 2010 dulu dapat enam keping. Makin mundur pulak dengan management baru ni.
Hmmm... lokasi elok dah, Puteri Resort Port Dickson.... please improve your service ya! Tak boleh mengharap kepada staf kerajaan yang menginap di situ saja.
***Komen ini berdasarkan apartment yang aku sewa dengan bayaran penuh. Bilik yang lagi satu aku tak tahu.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.