Kempen Cuti Cuti 1 Malaysia...Dekat Je | Setelah berjaya dengan kempen CC1M sebelum ini kini Tourism Malaysia telah melancarkan kempen pelancongan terbaru yang mahu rakyat Malaysia melawat tempat-tempat pelancongan yang berdekatan kediaman di seluruh negara.
Kempen Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je menggalakkan kita bercuti di hujung minggu tanpa perlu mengambil cuti tambahan. Medical leave lagilah JANGAN. Jangan cari fasal, kalau berlaku musibah sewaktu bercuti sedangkan kita on medical leave kemungkinan besar takaful/insurance tak cover. Mati tengah shopping dalam Idaman Suri, camno? Tak boleh nak cover line.
"Aktiviti melancong di luar waktu puncak ini selain menjimatkan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mereka juga digalakkan untuk berkongsi gambar 'selfie' dan 'wefie' percutian domestik mereka di laman sosial bagi perkongsian pengalaman" kata Pengerusi Tourism Malaysia yang baru, Wee Choo Keong.
"Aktiviti melancong di luar waktu puncak ini selain menjimatkan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mereka juga digalakkan untuk berkongsi gambar 'selfie' dan 'wefie' percutian domestik mereka di laman sosial bagi perkongsian pengalaman" kata Pengerusi Tourism Malaysia yang baru, Wee Choo Keong.
Sebenarnya banyak tempat menarik di dalam Malaysia. Di Kuala Lumpur tu saja dah berapa, belum masuk Perak, Kedah, Terengganu dan lain-lain. Aku ni Perlis je belum sampai lagi melainkan Kuala Perlis hehee.... itu pun sebab nak naik feri ke Langkawi. Sila guna search bar yang disediakan dalam blog ni mudah-mudahan ada tempat yang uols nak pergi.
Tak larat memandu boleh naik kapalterbang, lebih pantas. Naik keretapi pun best. Macam aku dua tahun lepas ke Langkawi. Selepas dicongak habis jari tangan kaki, kos naik kapal terbang untuk kami sekeluarga lebih murah daripada memandu ke sana. Jimat RM20 hahaa... jimat jugak tu. Presiden Daewoo kata, potong mana-mana kos yang tak perlu walaupun sedikit. Gittewww...
Ini link video terbaru:
Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat JeCuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je - LaunchWe have launched our new Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je campaign where we are inviting all Malaysians to explore our own 'backyard'! Your weekends will never be the same; kan semua tempat #DekatJe #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #MyFest2015 #DekatJe
Posted by Tourism">https://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia">Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia
1 Comments
I am genuinely happy to glance at this weblog posts which contains tons of useful data, thanks for providing
ReplyDeletethese information.
Feel free to visit my website :: seo adelaide - ,
Feel free to leave your comment below. Thank you.