Pulau Redang, Terengganu | Pulau 'Super Cantik' Untuk Merehatkan Diri & Minda



Pulau Redang, Terengganu | Pulau 'Super Cantik' Untuk Merehatkan Diri & Minda| Terengganu ialah sebuah negeri yang menerima anugerah alam yang tak ternilai harganya. Dengan telaga minyak, gas, balak, pulau-pulau indah, sifat usahawan rakyat tempatan semuanya melengkapkan negeri tersebut untuk menjadi idaman semua pihak. Limpahan hasil buminya jika diurus dengan betul dan amanah sangat menguntung rakyat negeri tersebut berzaman lamanya.

 
Dengan keluasan 13,035km persegi, negeri Terengganu bersempadan dengan Kelantan dan Pahang serta mempunyai jaluran pesisir pantai yang panjang menghadap Laut China Selatan. Ia juga memiliki banyak pulau indah dengan yang terkenal di kalangan pelancong dan penyelam seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Gemia, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang.
 
Dalam program Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 kali kedua baru-baru ini kami diberi peluang untuk bermalam di Pulau Redang selepas mencandat sotong di perairan pulau tersebut. Cuti sekolah ko... resort fully booked. Terpaksalah kami berkongsi empat orang sebilik di Redang Beach Resort. Nak buat macam mana, pelancong dah booked bilik 6 bulan awal. Siapa cepat dia dapatlah kan?

  
 
Berhampiran Pulau Redang terdapat dua bangkai kapal sejarah iaitu The H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di permulaan Perang Dunia kedua. Lokasi tenggelamnya kapal ini menjadi kesukaan penyelam professional untuk mengkaji sejarah dan mengambil gambar.

Pulau cantik ini sangat sesuai untuk snorkelling, menyelam, berenang, jungle trekking dan berkayak. Memancing dalam 3.2km radius dari Pulau Redang, pengambilan batu karang dan hidupan laut lain adalah DILARANG sama sekali kerana Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman marin.

Pulau Redang pernah tersenarai antara pulau yang tercantik di dunia. Kepada peminat sand, sun and sea mereka ni akan masukkan pulau-pulau cantik dalam wishlist untuk dilawati sebab tu lah rancang nak duduk 5 hari jadi 5 minggu. Jatuh cinta gitu. Masa yang terluang sebelum check-out pagi tu sempatlah aku berjalan-jalan di pantai melawat kawasan. Cantiknya pantai dan laut di sini.... pasir halus memutih, air laut membiru jernih. Terus tak pakai selipar sejak sampai sana...dapat duduk seminggu barulah syok. Aku tak sempat explore pantai sebelah belakang dek asyiknya melihat laut.





 
Laut di depan ni kumpulan ikannya yang tak sebanyak di taman marin Pulau Pinang. Haishhh bukan Pulau Pinang yang ada Lim Guan Eng tu.... berdekatan PR ni aje.. 20 minit naik bot. Ya Allah geramnya tengok ikan!





 
To non-swimmers sila pakai life jacket dengan betul sewaktu snorkelling. Kalau air masuk dalam mulut atau goggles jangan panik, angkat muka ke permukaan laut dan renggangkan sikit supaya air keluar. Sedut dan hembus udara dari mulut. Sila bertanya dengan life guard jika terdapat kemusykilan supaya tak lemas. Life jacket tu mampu mengapungkan kita tetapi kalau tak pandai bernafas menggunakan goggle set tu boleh membahayakan nyawa. Kita nak happy ending kan?

Terjun tiruk di Taman Marin Pulau Pinang. Tiada resort di sini.


Bagaimana untuk ke Pulau Redang?
 
Untuk ke Pulau Redang uols boleh menaiki feri di Jeti Syahbandar yang bersebelahan dengan Pasar Payang dan bertentangan Istana Maziah. Setahu aku dulu kita naik feri di Merang tapi sekarang ni kat Merang tu ada speed boat aje. Perjalanan sejauh 45km akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Kalau tak larat memandu jejauh boleh je naik kapal terbang hingga ke Kuala Terengganu kemudian sewa teksi hingga ke Jeti Syahbandar. Atau, nak lagi senang terus naik kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang terus sampai sini. Senang kan?
 
Arghhh.... cantik sangat Pulau redang ni weh!
 

 

Post a Comment

4 Comments

  1. Ramai ya org... ikan pon semuanya mcm jinak2....

    ReplyDelete
  2. Stress ikan tu agaknya..mcm2 org. Bertoksik air laut hahha

    ReplyDelete
  3. Stress ikan tu agaknya..mcm2 org. Bertoksik air laut hahha

    ReplyDelete
  4. Nampak mcm best juga Redang Beach Resort ni...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.