My China Trip - Hangzhou Day 1 | Sate Kambing, Masjid Phoenix dan Pasar Malam



My China Trip - Hangzhou Day 1 | Sate Kambing, Masjid Phoenix dan Pasar Malam | Alhamdulillah... dapat menjejakkan kaki ke negara China buat kali kedua. Sejak pertama kali ke sana aku memang telah jatuh cinta walaupun komunikasi agak sukar tapi itulah pengalaman yang manis.

 
Kalau dulu berjaya melihat Guangzhou dan Guilin, kali ini ke Hangzhou dan Shanghai pula. Jangan miss baca sampai habis episod sinetron yang ini pulak ye terutama bagi mereka yang berhajat ke sana. Pergi pun sebab Encik Tony Fernandez bagi tiket free tapi dia charge fuel pulak sampai 200 ringgit masa tu plus tax rm125, maka dapat ler berjalan ke sana dengan tambang rm300 lebih pergi dan balik. Special nyer tiket ni... kena arrive and depart dari airport yang sama, langkah tak boleh terlalu panjang, tu yang pilih Shanghai sebagai destinasi kedua. Lagipun musim bunga beb, berbunga-bungaaaaaaa...

Hangzhou ialah kota purba yang terletak di timur China dan antara bandar yang terpenting sepanjang laluan Laut Sutera. Pedagang Arab telah ke sini semasa Dinasti Yuyuan lebih 900 tahun yang lalu.

Perjalanan ke Hangzhou yang memakan masa selama 5 jam tu menggunakan Air Asia X. Janganlah skeptikal sangat dengan Air Asia flight sebab untuk long haul seat lebih selesa, extra leg room sama seperti MAS ekonomi juga. Kedudukan tempat duduk pula 3-4-3 / 4-3-4, tak ingat dah. Masa pergi tu okay je tenteram tapi masa balik ya rabbi tak berhenti-henti orang guna toilet. Apa ke halnya diorang membese je keje? Bila lampu dipadamkan baru senyap sikit. Kuat betul bercakap. Sempat aku mengusik flight attendant tu, meriah betul flight ni.. hahaa...tersengih je dia.
 
Tujuan utama ke Hangzhou adalah untuk melihat berjuta tulip dan perjalanan ini tanpa research yang banyak. Masa memula beli tiket dulu je buat nota lepas tu senyap lalu lupa sibuk dengan trip lain. Hari sebelum pergi tu baru terkocoh-kocoh print notes yang hanya tiga helai. Setiap sehelai nota untuk ke Hangzhou, Suzou, Shanghai. Bekalan aku ke Hangzhou hanyalah:

Ni hau ma
Sei sei
Wo ai ni
Wo pu che tau
Huoce (tak lengkap, sepatutnya huoche zhan)

hahaa... terlupa nak ambil nota ke Guangzhou dulu tapi I survived ok. Adalah ingat sikit-sikit apa yang aku baca di internet.

Aku seboleh-bolehnya nak menggunakan public transport yang murah. Naik teksi kang kena 120 yuan pulak. Selain menjimatkan menaiki bas dapat juga melihat budaya masyarakat dan persekitaran baru. Keluar dari airport berjalanlah aku hingga ke domestic arrival untuk naik bas. Cabaran pun bermula di sini hahaaa.... semua tulisan Cina, acaner? Dahlah bas berderet. Bas dari dan ke airport ini memberi perkhidmatan ke 20 bandar.

Tanya kat bas pertama, dia buat gaya 'tak tahu' dengan tangan memulanya. Kemudian dia tunjuk ke hujung. Aku pun pergilah ke bas lain. Bila sebut "houce" baru dia faham. Tiket kena beli di dalam airport. Memotong barisan pemandangan biasa... haha.. terperanjat aku bila ticket seller main campak je balance duit. Budaya orang, redha je lah.

Bas yang aku naik tu rupa-rupanya membawa ke East Railway Station sedangkan aku nak ke Hangzhou Railway Station. Memula tahan teksi nak ke HRS tapi teksi tak nak berhenti. Salah tempat agaknya. Mujur ada station Metro di situ, selamat.

Aku turun di Ding'anlu Station. Tujuan pertama aku ke Masjid Phoenix so carilah Exit Phoenix Temple. Ketika berada di negara bukan islam carilah masjid untuk mendapatkan makanan halal. Selalunya mesti ada restoran atau penjaja jalanan yang berniaga makanan islam. Keluar dari stesen Metro tu yang pertama sekali nampak ialah restoran muslim. Sate kambing di China memang sedap. Orang yang tak makan kambing di negara sendiri pun kena cuba. Memang ada adegan lucu time order makanan, biasalah ayam dengan itik hahaa.. tau je dia aku orang Malaysia. Selain restoran ini ada lagi tiga buah di seberang jalan. Jangan risau sangatlah bila berada di China, restoran halal banyak. Setiap Jumaat ada muslim berniaga di belakang masjid, sebelah restoran tadi. Ma-lai-xia? (Malaysian?) Tanya mereka.

Selalulah bersangka baik, berjalan with open minds. Senyuman membawa bahagia.

Sedang berjalan keluar dari Ding'an Station
 
Kawasan ZhongShanZhong Road, Historical and Cultural District yang menempatkan Masjid Phoenix dan bangunan-bangunan lama yang kebanyakannya dijadikan hotel. Panggung wayang pun ada. Selepas tak jumpa pintu masuk masjid (aku masuk ke lorong kiri restoran), imam masjid tunjukkan jalan hingga ke dalam masjid. Suka dia jumpa orang Malaysia.


 Anjing-anjing di sini comel dan banyak yang berbaju. Yang tak tahannya tu semua memancut ke pokok, ke dinding haishhh...

 It's spring time in Hangzhou


Bersolat di Masjid Phoenix
 
Masjid ini merupakan salah satu daripada empat masjid tertua di China selain Huaisheng Mosque di Guangzhou, Ashab Mosque di Quanzhou dan Xiahe Mosque di Yangzhou. Nama asal bagi Masjid Phoenix ini ialah Libaisi (Mosque of Pray) dan Zhenjiaosi (Mosque of True Religion). Nama terkininya diberikan berdasarkan bangunan lama yang kelihatan seperti burung phoenix.
 
Masjid yang mula dibina sewaktu Dinasti Tang (AD618-626) berada di pertembungan Zhongshan Zhonglu dan Xihu Dadao ('Lu' ialah jalan). Ia pernah musnah pada tahun ketiga Southern Song Dinasti 1203M. Pada tahun ke-18 Dinasti Yuan iaitu 1281 ia dibina semula oleh Maharaja Kublai Khan.
 
Pada tahun ke-17 pemerintahan Republic of China iaitu 1928, lebih daripada separuh bahagian yang bersejarah seperti the Entrance Screen, the Moon Watching Pavilion dan the Long Corrideor telah diruntuhkan untuk membina Zhongshan Road. Phoenix Mosque telah diubahsuai dan diperbesarkan beberapa kali semasa pemerintahan Dinasti Yuan, Ming dan Qing sebelum pengubahsuaian besar-besaran pada tahun 1953. Ruang utamanya adalah tinggalan Dinasti Yuan. Inilah satu-satunya masjid yang wujud di Hangzhou sekarang untuk memberi khidmat kepada kira-kira 1250 komuniti muslim di sini.

 
 

Masjid Phoenix. Ruang solat wanita di sebelah kanan gambar.


Oleh kerana muazin tidak menggunakan speaker, beliau berada berhampiran pintu masuk ini ketika melaungkan azan untuk membuatkan suaranya bergema. Mungkin pembesar suara tidak dibenarkan penggunaannya di dalam masjid maklumlah mereka minoriti, jadi kenalah ikut majoriti... tetapi kerajaan China dikatakan terus membantu di dalam pengubahsuaian masjid yang sungguh bersejarah ini.





Bergerak ke YMCA International Youth Hostel


 
Siang dan malam. Dari Masjid Phoenix kena melintasi jambatan ni untuk ke hostel. Di seberang jalan ni ada beberapa restoran makanan halal.
 
 Tajuknya: 4 generations
 
Selepas mendaftar masuk ke YMCA Youth Hostel terus keluar balik. Bilik ok, WiFi berdesuppp tapi towel not provided. Tisu toilet pun kena bawa sendiri, sedih betul. Nasib baik dah melegakan pundi  kencing kat masjid huhuu... 

Aktiviti malam hanya berjalan-jalan di pasar malam. Ada beberapa barangan yang menarik perhatian tetapi aku cuma nak beli towel. Menyesal kemudiannya sebab tak beli stokin pendek yang 3 helai 10 yuan tu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak dapat stokin.



Disebabkan perut masih kenyang makan roti tempayan dan sate kambing petang tadi jadi balik tidur je lah. Eh, mandi dulu.... toilet pulak takde hose arghhhh...! Ke hulu ke hilir bawa botol mineral.










 
 
 

 

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah! Never been to China before. Suka tengok architecture dia. Nicely captured kak! :)

    ReplyDelete
  2. Akak suka China. Januari nanti ke Kunming insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Cantik msjid phoenix... carik jalan kat sana senang ke..? nmpk mcm senang jr u navigate direction dri masjid ke youth hostel. 'The happy family' tu is so cool! mula2 i ingt org betol tngkp gmbr.... 2-3x tngk smbil zoom....

    ReplyDelete
  4. Senang Farikica. Masjid sebelah kubah tu (kanan), restoran sebelum kubah.

    Berjalan ke kanan dari masjid akan menuju ke Qinghefang Historical Street, ke kiri menuju West lake/hostel. Lokasi restoran halal yang lain ada dalam post sebelum ni.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.