Kenyir Elephant Village | Pusat Konservasi Gajah Liar | Gajah adalah binatang yang semakin pupus akibat kehilangan habitat. Penangkapan haram, pembukaan kawasan baru dan penggunaan di dalam industri pelancongan juga menyumbang kepada masalah itu. Tapi.... siapa yang tak seronok melihat gajah-gajah jinak ni beraksi seperti manusia?
Selain melihat gajah di zoo, aku pernah melihat gajah liar semasa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Baling, Kedah beberapa tahun dulu. Kat Jeli kot masa tu. Waktu tu tengah malam dan gajah yang sangat besar ni berada di tenagh jalan menghalang laluan. Aku terjaga sebab terdengar orang sebut "tutup lampu, tutup lampu!". Tingginya sampai aku boleh nampak belakang badan dia dari cermin kaca bas tu tanpa berdiri.
Untuk pengetahuan semua Kenyir Elephant Village bukanlah terletak di Tasik Kenyir tetapi berhampiran kawasan Tasik Kenyir iaitu di Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Keluasannya 256 hektar dan sebahagian besar hutan dikekalkan untuk mendapatkan suasana habitat asal gajah-gajah tersebut. Tahun lalu kawasan ini nampak sangat baru siapnya tetapi kali ini pokok-pokok pun semakin membesar. Redup je.
Gajah-gajah di sini adalah gajah tempatan yang diselamatkan dari keganasan manusia dan ditangkap untuk diberikan kehidupan yang lebih baik. Memanglah ada pros and cons dalam usaha ini tapi mungkin ini yang terbaik buat binatang berkulit tebal ini.
Waktu Operasi KEV
Isnin - Ahad
9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jumaat (waktu rehat)
12.30 tengahari - 2.30 petang.
Nak bagi tahu awal-awal, anda pasti sihat selepas keluar dari KEV sebab perlu berjalan sejauh 500 meter melalui jambatan gantung dan naik ke menara tinjau sebelum sampai ke 'mini stadium' untuk melihat pertunjukan gajah. Sangat seronok berada di atas jambatan gantung tu... kita dapat melihat kumpulan gajah dari sudut yang berlainan. Jambatan gantung tu kukuh, bukan jenis yang bergoyang-goyang (tapi yang itu lagi best, adventure sikit hahaa...)
Surau, kafe, tandas disediakan.
Comel je datangnya...berderet
Tunduk hormat
Pandai dia berlakon
Memakaikan topi
Naughty boy...! Pandai mengusik si bapak budak heheh
Gajah banyak digunakan dalam pembalakan. Ingat tak tsunami di Aceh dulu? Tenaga gajah terpaksa digunakan untuk mengalihkan kenderaan-kenderaan besar dan bangunan yang tersadai.
Siapa yang leka dengan handphone masa ni habislah kena sembur ....
Para penonton diberi peluang beramah mesra dengan si gajah
Aku senang dengan persembahan yang sederhana ni. Lagi kita demand nak naik gajah dan buat persembahan yang bukan bukan macam sarkas tu lagi galak orang menculik anak gajah dari mak ayah dia, diseksa dan dijual untuk kepuasan kita. Sedih woii anak hilang. DI KEV ni ada seekor anak gajah yatim piatu, si Badur.
11.30 pagi, 2.00 petang dan 4.00 petang
Selepas persembahan gajah kita diberi peluang untuk bergambar dengan gajah, memberi makan dan melihat gajah-gajah mandi bersama jurulatih.
Orang Kuat Kenyir Elephant Village
Sesuatu institusi atau syarikat pasti mempunyai orang kuat yang menjadi tulang belakangnya. Kekadang kita tak kenal pun siapa tuan punya syarikat yang duitnya berkepuk-kepuk tu tetapi lebih mengenali pengurus operasi syarikat yang banyak turun padang berurusan dengan ramai orang.
Pengurus operasi Kenyir Elephant Village ialah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang veterinar. Encik Azman Ghazali, 60an, kelahiran Melaka dan isterinya, bersama-sama bekerja di KEV mencurahkan pengalaman luas mereka di sini pula.
Sebelum KEV, Encik Azman yang fasih berbahasa Siam telah menguruskan sebuah zoo di Bangkok dengan jayanya. Jawatan beliau ketika itu ialah Advisor (animal show) and Breeding Programme di Bangkok Safari World. Menurutnya memelihara dan melatih gajah sama seperti menjaga anak sendiri, berkasih sayang selalu tetapi tegas bila perlu. Bukan senang kerja ni... berurusan dengan binatang kena ada minat dan banyak bersabar.
Minatnya terhadap binatang telah membawanya bekerja dengan Zoo Singapura lama dahulu. Kini pengetahuannya dikongsi dan diperturunkan kepada pelatih-pelatih gajah yang sebahagiannya berasal dari Thailand. Jurulatih dari Siam ni rajin melayan gajah, dah biasa agaknya. Lagipun di sana gajah dianggap binatang suci. Semoga usaha mereka memelihara dan menjaga populasi mamalia terbesar di daratan ini berhasil dan menambah ilmu pengetahuan kita tentang binatang istimewa ini.
I believe the the authority of Terengganu dan the investor of KEV are putting the right person at the right place. Semoga bertambahlah gajah selepas ni.
I believe the the authority of Terengganu dan the investor of KEV are putting the right person at the right place. Semoga bertambahlah gajah selepas ni.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.