Gempa Bumi di Sabah 2015 Akibat Pendaki Bogel? | The 2015 Sabah earthquake yang melanda Ranau pada 5 Jun jam 7.15 pagi yang lalu telah berlaku selama 30 saat dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter. Dengan kedalaman hanya 10km tidak hairanlah banyak kerosakan struktur bangunan dilaporkan. Setakat ini gempa bumi inilah yang terkuat sejak 1976 melanda Malaysia.
Kebanyakan pendaki pada hari kejadian berasal dari Singapura dan Malaysia. Gempa sederhana itu telah menyebabkan 18 kematian dengan 2 lagi masih dilaporkan hilang. 137 pendaki terlibat tetapi sebahagian besar telah berjaya diselamatkan oleh malim gunung dan pihak berwajib. Bukan senang nak bawa turun dengan keadaan laluan yang rosak teruk. Yang cedera perlu didukung atau diusung sehingga hentian tertentu. Aku naik 1km dulu pun macam nak hilang nyawa penatnya.
Selain kawasan Ranau yang terjejas teruk, gegaran juga dapat dirasakan di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Inanam, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Beluran, Sandakan, Kunak, Tawau di Sabah dan sejauh Labuan serta Lawas, Limbang dan Miri di Sarawak. Kinabalu Park ditutup sementara selama 3 minggu.
Teringat perbualan beberapa bulan lepas dengan kengkawan yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Mereka ni outdoor person yang sangat supportive. Kata-kata seperti...
Saya dah naik 5 kali kak.
Akak bermula mendaki pun pada ketinggian 1600m, beberapa ribu meter je lagi nak sampai (gulp...positif sangat kau jang, bersemangat suruh aku mendaki)
Teringin tapi rasa macam tak mampu. Sekarang Donkey's Ear Peak dah patah. Kalau naik pun takdelah gambar berlatar belakangkan DE.
Kundasang sentiasa di hati. Balik dari Sabah hujung tahun lepas anak-anak ajak ke sana lagi.
Mungkin Donkey's Ear lebih jelas kelihatan dari Bundu Tuhan
Benarkah gempa bumi di Sabah akibat pendaki bogel?
Orang tempatan percaya gempa tersebut disebabkan 'penjaga gunung' marah dengan 10 orang pelancong barat dari Kanada, Jerman, Belanda dan United Kingdom yang bergambar bogel dan kencing merata di puncak Gunung Kinabalu. Para pelancong ni marah bila ditegur oleh malim gunung (mountain guide) dengan mengatakan perkara tu karut, tahyul dan kepercayaan bodoh. Sebagai muslim aku pun tak boleh percaya hal superstitous ni tetapi aku percaya jika kita pergi ke tempat orang we should adhere to and respect local custom. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengucap. Pandai pulak malu bila dibawa ke mahkamah. Berbogellah lagi boleh kita shoot daripada pelbagai angle. Nak sangat kan? Human rights katanya.
Semalam empat daripada mereka telah dijatuhkan hukuman 3 hari penjara dan denda RM5,000 seorang. Kena penjara bermula 9 Jun, untunglah. Denda pun GBP1,000 jer... untung lagi. Sumpit je boobs and balls diorang ni. Dia rasa dia pandai sangat daripada kita, tak tahu adab.
Semalam empat daripada mereka telah dijatuhkan hukuman 3 hari penjara dan denda RM5,000 seorang. Kena penjara bermula 9 Jun, untunglah. Denda pun GBP1,000 jer... untung lagi. Sumpit je boobs and balls diorang ni. Dia rasa dia pandai sangat daripada kita, tak tahu adab.
Dulu masa orang bertanya kenapa selalu melancong ke Indonesia aku jawab sebab sebahagian Indonesia berada di lingkaran api Pasifik yang agak kerap mengalami gempa bumi. Aku nak melawat tempat-tempat menarik di sana sebelum ia musnah. Sekarang Malaysia sendiri pun terlibat dengan gempa, tak berapa selamat dah kita.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.