Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave - Hari kedua di Mulu kami dibawa keempat buah gua lagi. Menggua je keje kali ni hahaa.. Bermula dengan Wind Cave, Clearwater Cave, Lang Cave dan Deer Cave. Yang dua terakhir tu kami berjalan lebih dari 4km. Dah jadi bunting padi dah betis hohoo.. penat tapi puas hati.
Taman Negara Gunung Mulu seluas kira-kira 528 hektar ini merupakan gabungan karst dan hutan hujan tropika yang tebal dan masih terpelihara. Ianya telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site semenjak tahun 2005. Penduduk Mulu pula terdiri daripada kaum Penan dan Berawan seramai lebih kurang 400 orang sahaja. Yang nomad tu tak tahulah berapa orang. Dok dalam hutan macam mana tahu the exact figure.
Sebelum ke gua kami dibawa ke perkampungan kaum Penan di Batu Bungan. Sebenarnya ini ialah shopping stop tetapi tiada hard seller di sini. Kaum wanita di sini menjual hasil kraftangan yang mereka usahakan di waktu lapang. Mereka berniaga sekejap aje semasa kita sampai lepas tu balik rumah uruskan hal memasing.
Pakej lawatan di Mulu ni berjadual, maknanya kalau trip kita tu pukul 8.30 pagi janganlah pukul 9 baru keluar dari bilik dan terhegeh-hegeh nak breakfast pulak. Ada gua yang dikunci pukul 12.30 tengahari. Kalau kita tak ikut jadual kita akan menyusahkan banyak pihak seperti park authorithy, guide dan pemandu bot yang disewa. Kalau kita terkunci kat dalam gua tu nangesss!
So sweet.... pasangan buta di batu Bungan.
Perkampungan Penan. Rumah panjang yang asal telah terbakar jadi mereka disediakan rumah panjang moden yang diperbuat daripada batu-bata tapi seperti belum diduduki..
Alat muzik yang dibunyikan dengan hembusan hidung.
Snake barbeque anyone? Ular tedung ini bukan untuk dimakan tetapi dibunuh kerana sangat merbahaya. Tulangnya mesti dipastikan hancur terbakar kerana bisanya tetap ada. Orang di Penan di sini tak makan ular tedung.
Nak test skill menyumpit pun boleh. Aku dah try di Perkampungan Orang Asli dulu. Terer gak si Naz nih.
Dari Batu Bungan kami menyambung perjalanan melalui Sungai Melinau 15 minit lagi. Nasiblah, kalau air cetek bersama-samalah kita menolak bot.
Gua pertama yang kami kunjungi ialah Wind Cave (Gua Angin) setelah berjalan kaki sejauh 350m. Alaa... tak jauh pun, sekali pusing stadium je. Gua ini mendapat namanya kerana terdapat kawasan yang sejuk di dalamnya. Ia merupakan sebahagian daripada sistem Clearwater yang mempunyai stalagmait, stalagtait, flowrocks, helitites dan rock corals, seperti yang terbentuk di ‘King’s Room'.
Keluar dari Wind Cave berjalan kaki lagi 1088 steps bersamaan 480m untuk sampai ke Clearwater Cave pulak. Gua yang sepanjang 107 km ini merupakan gua yang terpanjang di Asia.
Jernihnya air sungai
Tinnginya tangga... boleh bayangkan tak betapa besarnya gua ni? gua ni sangat cantik .
Beberapa gambar blur, sorry lah ya sebab torchlights kami tertinggal dalam bot. Nak guna auto tak boleh so kena manual focus dengan slow shutter. Bergegarrrr.... but still boleh bayangkan keindahan gua-gua ni kan? Rugi tak pergi.
Untuk ke picnic area berdekatan mulut gua kami berjalan kaki selama 10 minit.
Pakej yang kami dapat ni siap dengan makan tengahari. Ada foreigner yang tak puas hati sebab mereka membayar lebih mahal tapi lunch tak disediakan oleh guide/travel agent mereka. Dah kami pun makan tak banyak mana, guide kami tu offer lah kat diorang jugak. Haishh kesian orang lapar.
Kawasan berkelah yang disediakan lapang dan lengkap dengan tandas. Tiada masalah untuk solat. Solat je lah di kawasan lapang tu.... lepas tu mandi debushhhh..!! Aku malas nak mandi setakat lepak baca buku dan jadi jurugambar kengkawan jer. Seronoknya dioranggg...
Tak sabar sabar diorang nak mandi air sungai yang sejuk dan jernih yang mengalir keluar dari gua. Sungai Clearwater sepanjang 210km ni merupakan sungai bawah tanah yang terpanjang di Asia Tenggara. Bertuahnya negara kita ni, yang hebat-hebat semua ada di sini, kita je yang tak tahu dan explore. Cantiknya berfoto-foto di sini...
Seronoknyaaaa... kenapalah aku tak mandi hari tu? Sibuk nau amik gambar
Leka diorang ni memerhati ikan. Mandi dengan ikan giler best!!
Mulu sangat sesuai untuk team building. Uolls kalau ada seminar atau kursus di Miri/Kuching/Bintulu cadangkan kat higher management untuk sambung aktiviti di sini. Air sungainya perghhh... sangat jernih.!!
2 Comments
Nice post. I was checking constantly this blog and I'm impressed!
ReplyDeleteVery helpful information specifically the last part :)
I care for such information much. I was looking for this certain info for a very long
time. Thank you and best of luck.
my web-site; shoebuy.com coupons, ,
Waw.... anazing place. Mesti pegi dengan gank.... seruu
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.