Foto-foto GEMPAK Borneo Jazz 2015 di Miri - Day 2



Foto-foto GEMPAK Borneo Jazz 2015 di Miri - Day 2 | Sebenarnya aku dah sampai di Miri pada 6hb lagi... tak banyak aktiviti sebab STB gave ample time for us to self-explore and do our job.

The next day aku dah meronda sekejap di bandaraya Miri seperti ke Tourist Information Centre, Handicraft Centre, Tamu Muhibah, Tamu Khas dan berjalan kaki ke kawasan sekitarnya. Di sebelah TIC ada pokok bunga kertas yang tinggi melangit dengan bunga yang lebat. Kita pun tak lepaskan peluanglah bergambar... sayangnya makcik yang tolong ambilkan gambar tu zoom kat kita jer pokok bunganya tak nampak lansung.. sabo je le. Hari kedua santai santai je lah sementara menunggu press conference untuk performers yang akan muncul di malam tersebut. Parkcity Everly Hotel ada menyediakan shuttle service ke beberapa point di bandar tapi masanya tak sesuai dengan aku so naik teksi and the taxi fare fuiyohhhh memang standard oil and gas city. Duduk tak sampai 10 minit pun kena RM18! Masa nak balik ke hotel dia nak RM20, memang tak la....



Dari pagi mereka ni bergilir-gilir mandi dan berjemur. Sengaja dialihkan kerusi malas tu menghadap matahari, aku pulak pi tarik ke bawah pokok hehee... hari hari dah kena matahari kat Malaysia ni ha. Bila pagi tu tak jadi berenang walaupun dah turun so petang tu sangatlah teringin nak berenang di kolam tapi takde kawan. Aku cuak sikit nak mandi kalau takde life guard. Manalah di Oppa dan Syakira ni.... lambat nau turunnya.. ramai cikgu renang kat bawah tu haa...

Laluan ke pentas dihiasi dengan paparan gambar pemuzik sejak Borneo Jazz dimulakan pada tahun 2006. Hebat hebat belaka mereka yang membuat persembahan. Selain daripada itu ada juga ruang selfie penaja iaitu Malaysia Airlines (Encik Ismady, mana beruangnya....? ), gerai jualan kraftangan dan minuman. Tourism Johor pun ada booth di sini. Jauh mereka buat promosi sebab Johor sedang menempatkan diri sebagai International Festival City.

Mari kita tengok penyanyi dan pemuzik di malam kedua Borneo Jazz kali ini. Dimulakan dengan ....

The Doodaddies dari Australia
 




Yang sangat ramai peminat, Anthony Strong dari United Kingdom
 





Takde chance bergambar dengan dia selepas konsert sebab berderet peminat beratur
 
 
Mo'Blow from Germany




The Dirty Dozen Brass Band from New Orleans, USA 



Ramai retis didalam gambar ni tapi orang tak perasan sebab dah tak bergaya seperti di pentas 


Tamat dah....semua performers dipanggil naik ke pentas.

 Yang pakai t-shirt hitam tu the technical manager. Yang lain-lain tu dok wefie di sudut pentas. Bukan senang nak berjumpa kembali kan?
 
The after party...




Cukuplah kot gambar-gambar dari kamera aku ni. Rasa lambat pulak menggunakan tab. Ada juga gambar dan video yang aku live share di twitter: ruggedmom dan instagram: ruggedmom2 Takdelah gempak mana pun.... tajuk je gempak hehe. Aku nak share gambar dari photographer STB tapi tak sabar nak bercerita tentang Mulu National Park. Tunggu ya!


 

Post a Comment

0 Comments