Pengalaman Terbaru Menaiki Teksi di Kuala Lumpur | Teksi merupakan pengangkutan awam yang penting di Malaysia. Biarpun pengangkutan awam seperti LRT lebih efisien namun kawasan liputannya masih belum meluas, ada yang masih jauh dari tempat yang hendak dituju tu.
Baru-baru ni aku nak ke Memorial Tunku Abdul Rahman. Aku ni pulak tak bertanya kengkawan, rupanya boleh berjalan kaki dari stesen komuter Bank Negara. Tak terfikir pulak nak turun kat situ. Sekarang ni selalu turun di KL Sentral aje. Kalau dulu rajin memecut kereta ke KL, semenjak rajin berjalan kaki di negara orang aku buat di negara sendiri pula walaupun ya rabbi paneh eh! Cair mekap den.
Aku tunggu di hentian LRT Pasar Seni sebab bas turunkan di situ. Di depan Geo Hotel tu ada je teksi yang menunggu pelanggan. Memula tak kuasa nak bertanya sebab dulu mereka ni nak RM15 upah ke Mid Valley Megamall walhal dengan meter cuma RM6. Nak cepat pergi haji agaknya. Bila nampak teksi yang lalu tak kosong kita pun bertanyalah minta dihantar ke memorial tu.
Taxi driver tu kata, "tak tahu tempat ni". Biar betik? Takpelah, kita tunggu teksi lain.
Teksi kedua, "saya tak tahulah".
Teksi ketiga, "saya tak tahu. Kalau awak tahu saya boleh bawakan". Owh gitew. Aku pernah tengok dokumentari di United Kingdom sana, bakal pemandu teksi akan diberi latihan selama beberapa minggu mengenali dan memahami jalan. Bukan kita, penumpang, yang akan menunjuk jalan.
Teksi keempat, "oh saya tahu tu...dulu saya kerja kat Parlimen, selalu minum kat kawasan situ".
Macam ok. Memula aku nak dok dendiam aje tapi ramahlah pulak pakcik tu. Meter start dengan RM3.00 dan sangatlah pantas meningkat.Takdelah pulak tertera plus gst kat sebelah meter tu.
Dia bawa jalan yang lalu kat parlimen nun. Macam confident je pakcik tu. Nak tahu kemana dia hantar? Ke Memorial Tun Abdul Razak!
Aku kata salah. Reaction dia.... saya tak pastilah kat mana...grrrr... Lepas dia bertanya dengan guard di situ maka kami pun meneruskan perjalanan. Kat area situlah jugak punnnn.... Aku dah nampak sebelah kanan tu tapi dia pi bawa ke Memorial Tun Hussein Onn di sebelah.
"Salah ni pakcik". Dah dua kali salah. Nasib baik sebelah aje.
Sesampai di tempat tujuan meter tambang menunjukkan RM17.50. Dari Central Market sampai situ RM17.50??
Aku minta kurang sebab dia dah pergi salah tempat, tu belum dikira sekali tu dia kena pusing dua round sebab tak jumpa pintu masuk dan meter tetap on. Ko tahu apa dia jawab?
"Nasib baik saya nak hantar". Kuangajaq.
Nota:
Hello SPAD, MOTAC dan pihak berkuasa lain. Tolong uruskan pemandu teksi di bawah hidung anda. Train them. Berhentilah buat kempen tampal-tampal sticker kat teksi tu...buat menyemak pandangan je... Penguatkuasaanlah pulak. Mereka yang tak semenggah ni lah yang merosakkan reputasi pemandu teksi yang lain dan nama Malaysia. Ndak ndak pulak time #myFest2015 ni. Dah ramai yang komplen, google je lah.
Beberapa tahun dulu ada seorang pemandu teksi ni nak hantar kawan aku yang datang bercuti balik ke hotel di Jalan Masjid India (dari Bukit Bintang) dengan upah RM40. Disebabkan kaki dia sakit so dia empat beranak naik jugalah, aku dan yang lelain naik lrt. Gerrrrammmm je hati.
2 Comments
Fuh! Yg driver tak tahu jalan tu mmg kdg2 sakit hati juga la. Sebab tu biasanya sebelum pergi mana2 naik teksi kena recce dulu lokasi kat Google Maps, haha!
ReplyDeleteApa2 pun, alhamdulillah setakat ni belum pernah kena lagi macam ni walaupun biasa juga naik teksi di KL. Kali terakhir, tahan teksi tepi jalan di Jln Bkt Bintang utk ke CM dalam jam 11 mlm. Mula tu ingatkan ada can kena pau/nego tambang sebab dah lewat mlm, tgk2 abg driver tu terus on meter. Jln pun takdelah pusing2 bawa melawat KLCC ke, Kg Baru ke... Moga dia sentiasa murah rezeki :)
Itulah, kita pulak kena tunjukkan jalan. Lebih baik dia je duduk belakang.
ReplyDeleteBergantung nasib, pernah juga balik dari trip dulu dah 12.30 pagi dan driver teksi mintak tambah rm2 je dari Matic ke hotel di Petaling Street.
Feel free to leave your comment below. Thank you.