Lopburi ialah sebuah bandar bersejarah yang tenang tanpa hiruk pikuk seperti kota kosmopolitan Bangkok. Terdapat banyak kesan tinggalan sejarah Thailand sejak berkurun lamanya di sini yang dipelihara dan dilawati pelancong. Jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan berkereta dan hampir 3 jam dengan keretapi.
Lopburi juga pernah menjadi ibu negara tetapi ditinggalkan selepas kematian King Narai the Great pada tahun 1688. Dipulihkan sebahagiannya pada tahun 1856 oleh King Mongkut (King Rama IV) dan dijadikan bandar musim panas. King Narai dulu pun dek suka dengan bandar ni, akan berada di sini selama 8 bulan dalam setahun. Apesal best eh?
Lopburi terbahagi kepada dua bahagian, pekan lama dan baru. Yang ada stesen keretapi, tarikan pelancongan seperti wat dan banyak monyet tu di pekan lama. Stesen bas di pekan baru. Kalau nak bermalam di sini stay kat pekan baru lebih baik kot sebab kurang sangat monyetnya.
Kawasan ni di pekan lama berdekatan stesen keretapi Lopburi
Cuba kira ada berapa ekor di bangunan ni saja?
Mesti ramai yang hairan kan kenapa ada banyak monyet di bandar ni. Monyet dianggap binatang suci oleh masyarakat Thailand. Jadi monyet jenis macaque dibiarkan membiak tanpa kawalan. Dalam kedai pun dimasukinya tapi pekedai tu halau dengan manjanya. Aku pulak yang stress hahhaaa...
Monyet-monyet liar ni banyak berkeliaran di Wat Phra Prang Sam Yot and Wat Phra Kaan. Berhati-hatilah bila di sini. Bila berjalan atau nak bergambar tu pandang-pandang juga ke atas, kat kabel elektrik tu. Silap hari bulan mandi air kencing berak dia kang hahaa.. Open zoo weh. Kat Lopburi ni siap ada kuil monyet lagi. Ingatkan kat India je ada.
Tak baik tau kecik-kecik dah diajar minum arak. Dalam gambar ni aje ada 12 ekor monyet.
alolooo comelnya...
My original plan nak berjalan keliling bandar sementara menunggu train sejam setengah lagi tapi ko nampak tak tuuuu.... hahha...menangis mokcik kalau monyet-monyet ni merangkul leher ai
Hok ni yang gatai nih.. dua ekor dok tarik skirt aku
Lopburi Monkey Banquet Festival ialah satu pesta besar-besaran setiap tahun untuk menjamu monyet di kedua-dua wat yang aku beritahu tadi. Untung besarlah para monyet masa ni boleh makan sampai muntah. Beribu-ribu pelancong tempatan dan luar negara datang pada masa ni untuk melihat event yang sangat menarik ni. Kalau tengok kat video tu hiiii.... bergayut monyet kat badan. Berani ke? Menarik tapi aku tak berani kot?
Kalau rasa nak bergomol with these macaques boleh join sambutan Lopburi Monkey Banquet Festival pada 28-29 Noverber 2015.
At Wat Inthra
Bagaimana nak ke Lopburi dari Bangkok?
How to go to Lopburi from Bangkok?
Air-conditioned vans bertolak dari Mo Chit (northern) bus station dan Victory Monument. Kedua-dua tempat ni accessible dengan BTS skytrain. Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam dengan tambang 120b.
Kalau nak naik keretapi, which i love so much, sila mulakan perjalanan anda di Hua Lamphong Railway Station. Ambil yang Northern Line ye. Yang 3rd class slow sketlah, yang rm37 siap makan ber-aircond tu lebih pantas. Makanan tak halal.
Jangan lupa ke Lopburi pada 28-29 November 2015 nanti kalau nak tengok acara rare ni. https://youtu.be/J9ki0mK6NQ0
1 Comments
Ok.. nice.. next november boleh saya mark in my calendar... hahha... but i saw a lot of monkeys during travel... monkey forest kat bali, monkey island lagi kat phuket... huhuhu
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.