Sambutan Hari Tentera Darat ke-82 di Port Dickson



Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat, Pameran Statik dan Majlis Beramah Mesra Bersama Rakyat



Sempena Hari Tentera Darat ke-82 pada 1 Mac 2015 yang lalu, pelbagai aktiviti dirancang untuk menzahirkan komitmen Tentera Darta sebagai lambang utama benteng pertahanan negara dan kebanggaan rakyat Malaysia. Sebagai kesinambunagn acara utama pada 1 Mac lalu iaitu Perbarisan dan Perutusan Panglima Tentera Darat yang telah diadakan di Padang Kawat Pulat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), TD turut mengadakan program lain dalam usaha mencapai objektif untuk mengeratkan lagi perhubungan tentera dan masyarakat awam. Hasrat ini direalisasikan melalui acara Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat yang berlansung pada 7 Mac 2015.

Sudah pasti acara yang paling menarik yang aku sebutkan tu lah, tapi kawan aku kata show tahun lepas lagi best sebab ada kereta kebal. Acara yang bermula jam 9 pagi ini merupakan usaha TD untuk meningkatkan keyakinan dan pengiktirafan awam terhadap kemampuan Trup TD. Dalam pertunjukan ini abang-abang (adik-adik kot) askar menunjukkan kepakaran mereka dalam Tempur Tanpa Senjata, Skuadron Istiadat Berkuda, Drumline, Helo Casting, Roll Duck, Spice Rig, Fast Rope dan Demonstrasi Penggempuran. Kalau korang suka tengok filem aksi sewaktu dengan James Bond tu mesti korang suka tengok show yang ini jugak. Live lagi!! Sakit jantung den kebabom kebabommm!!! hahahaha...

Uniform baru- celoreng digital

Panglima Tentera Darat ke-25 Jeneral Tan Sri Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohamed Noor


Memukul drum secara terbalik. Mereka ni lah agaknya yang membuat persembahan dalam Kuala Lumpur International Tattoo 2014 tahun lepas 



Pertunjukan menyelamat mangsa culikan dan serangan terhadap penceroboh/pengganas. Trup Gerak Khas (komando) diturunkan dari udara seorang demi seorang dimulai dengan menurunkan senjata.
 Abaikan yang hitam kiri tu. Tak dapek nak mengelak dah tesopit.
 
Komando yang 'jatuh dari langit' tadi berenang dengan peralatan menyelamat ke darat. Seksa wehh berenang dengan pakaian dan rifle yang berat tu. 

 Kebabommmmm..!! Gambar gini je yang mampu... dah tersepit, pengawal pulak kat depan. Untung dia ke tepi sikit. Itupun aku cakap dengan penuh sopan santun, "encikkkk... boleh beralih sikit tak? sikitttt je" hahaha...terpaksa pulak dia ikut arahan aku hahah..seram aku dengan pandangan dia. Maaflah encik ya, saya perlukan gambar.



 Aku rasa 5 orang bergayut kat tali tu termasuk 'mangsa culik'. Jauh dibawanya tu jenuh berayun lelama.
 

Di lokasi ini juga turut diadakan pameran statik yang mempamerkan beberapa aset TD yang merangkumi sistem persenjataan, peralatan optronik, peralatan penerjunan, peralatan operasi khas dan lain-lain lagi. Secara tidak lansung Pameran Statik ini dapat mempamerkan kemampuan TD dalam mempertahankan kedaulatan negara. Baru sikit je depa tunjuk tu...

Aku pun ada bergambar di sini. Terpaksa berebut dengan bebudak kihkihkih... kalau tak guna kuasa makcik makcik puaslah menunggu diorang ni. Ya Allah terbayang-bayang suasana suatu masa dahulu di tahun 1980an. Budak itu adalah aku masa kecik dulu.

Pakaian ini sungguh menyiksakan. Aku yang pakai t-shirt ni pun peluh tak henti merembes, yang bawa rifle tu lagilah... sat sat lap peluh.

Encik Ahadi sedang menjawab soalan aku. Aku nak bungkus 3 batang tapi dia tak bagi. Senjata api yang nombor dua dari kiri tu beratnya 7 kg tanpa peluru.

Selain daripada itu, diadakan juga sesi beramah mesra dan demonstrasi masakan medan sepertimana yang dilalui oleh seseorang anggota tentera semasa terlibat dalam sesuatu operasi atau peperangan. Aduiii...mengimbas kenangan lalu sungguh berada di majlis ni. Seronok, sedih, rindu semua ada.

Dulu bila bapak aku balik dari operasi yang berbulan-bulan tu kami adik-beradik berebut ration. Yang aku ingat serbuk oren bergula yang hanya perlu dicampur air. Kami ratah macam tu je.

Ini kaunter mee goreng
 

 Panglima Tentera Darat sedang ditemuramah

Lokasi Pantai Saujana ni berhampiran tapak pasar malam dan Petronas. Hotel yang terdekat ialah Seri Malaysia dan Golden Straits Villa. Yang bertaraf 1 star pun ada juga sekitar situ. Kiranya kalau stay kat dua hotel ni boleh berjalan kaki aje ke kawasan pertunjukan.

Next time bila diadakan lagi program seperti ini jangan lepaskan peluang menonton. Bukan senang nak masuk ke kem askar sebab ia kawasan larangan jadi bila mereka yang keluar ambillah peluang tu. Macam hari raya, setahun hanya sekali je acara sebegini di Port Dickson, bandar Tentera Darat!

Nanti aku tunjuk gambar latihan komando pulak ye.
 
Nota:
Pihak ATM sedang mengadakan sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD di lokasi-lokasi yang telah ditentukan bermula 7 Mac 2015. Sila layari http://army.mod.gov.my

Post a Comment

5 Comments

  1. Acara yang tidak akan dilepaskan dengan lensa kamera.

    ReplyDelete
  2. terbaik Tuan.. Lain kali tulis lagi blot mcm ni..

    ReplyDelete
  3. terbaik Tuan.. Lain kali tulis lagi blot mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Wira Isang. Btw, saya "ruggedmom" :-)

    ReplyDelete
  5. fuck you mlaysia

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.