Restoran seafood sedap di Port Dickson



Assalamualaikum.

Awak dah baca ke belum blogpost semua tempat menarik di Port Dickson? Banyak aktiviti yang boleh dibuat di pantai peranginan yang satu ini seperti ke:



Muzium Tentera Darat yang ada replika terowong komunis.

Perkampungan orang asli yang tercantik dan terbersih di Malaysia

Alive 3D Art Gallery di Lukut

Raptor Watch

Jungle Trekking ke Rumah Api Tanjung Tuan

Ada lagi yang lain seperti Pusat Ikan Hiasan milik Jabatan Perikanan, Ostrich Farm, snorkelling dan diving. Kesemua tempat pelancongan tu aku belum pergi jadi aku tak ada bahan untuk dikongsi.

Asyik bercerita tempat menarik je kan, nak makanlah pulak tapi di mana? Ada beberapa tempat makan atau gerai yang sedap tapi kali ni nak fokuskan kepada seafood sahaja. Kami makan di Embok Village dan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), d'Jetty. Ada banyak lagi restoran seafood, kat Teluk Kemang pun ada.

Embok Village tu sedap jugak siap dengan desert tapi kami ke sana time malam pekat so tak nampak apa-apa pemandangan selain penuh dengan orang. Tempatnya selesa untuk dibuat majlis keraian.

Di Medan Ikan Bakar MPPD tu ada beberapa resto termasuk restoran Terapung tapi kami tak makan di situ, kami sapedek di Samudera Ikan Bakar milik Haji Fared Haji Masrom. Sunset di sini sungguh menggiurkan hahaa.. makan sambil melihat matahari terbenam memang awesome!

 Ini di bahagian dalam
 
Malas nak upload gambar makanan so aku belanja gambar sunset je lah buat geli geli
 


Aku tak suka ketam tapi sos yang menyaluti ketam tu sangat sedap. Sotong goreng tepung, ikan bakar, ikan kukus, pepahat bersaiz besar... grrrrr.... buttered prawn bernestum perghhhh... air buah lagi... adik-adik trainee tu dok makan telur dadar. Aiyolah.. yang tu kek rumah pun ado.


Kali ni takde gambar makanan. Sama jer rupanya yang membezakankannya rasa sama ada sedap, okaylah (orang Melayu sungguh pandai menjaga hati, takut nak kata rasa entah apa-apa..) atau TAK SEDAP lansung.

Ada banyak lagi restoran lain but no comment sebab aku tak try. Nak makan tepuk dada, tanya poket. Berdasarkan banyak review Insyaallah harganya berpatutan di sini.






 

Post a Comment

0 Comments