Jom mencerap bulan!



Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan...
 

Dah lama tak dengar lagu tu .. original version dan versi Sheila Majid dua-dua aku suka. Orang zaman dulu indah berbahasa. Bila nak beritahu wajah kita cantik dibilangnya seperti bulan purnama tapi selepas melihat permukaan bulan, aku ada kemusykilan sikit;


1) Adakah dia kata muka kita seperti bulan purnama sebab tak licin dan berkawah ? erkk
2) Adakah muka kita bulat macam pau? huhuu...

Aku bukan nak bercerita tentang itu yang sebenarnya.

Nak puasa tengok anak bulan. Nak raya pun tengok anak bulan juga. Orang yang announce anak bulan nampak ke tak nampak sejak dahulu kala tu pun dah berpuluh bulan meninggal dunia.

Selalu orang kata Port Dickson tak ada apa-apa tarikan. Yang heboh gempak pantai Teluk Kemang tu je lah katanya. Yang sebenarnya Negeri Sembilan banyak tarikan alam semulajadi cuma seperti tak terlalu expose. Ontah camano buleh jadi camtu. Nak snorkelling dan diving pun boleh tapi of course tidaklah secantik Pulau Redang (kalau dah pergi nanti aku blogkan ye). Yang pasti kami takde theme park yang hebat dan dikenakan tiket yang mahal.

Meh la kita mencerap bulan dan matahari di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, bawa anak-anak sekali. Balai cerap ini berada di Klana Resort Port Dickson. Lebih baik kalau stay terus di resort tu sebab so far in-house guest tak dikenakan caj unutk mencerap (observation). Confirm tak rugi!

Balai cerap ini diuruskan oleh dua orang yang pakar dalam bidangnya iaitu Ustaz Mohd Zaki Hamzah yang dahulunya adalah Pegawai Falak Negeri Sembilan dan Encik Muzamir yang berkemahiran astrophotography.

Semasa dalam perancangan lagi balai cerap ini telah dicadangkan untuk dibuka kepada orang ramai. Ye lahkan, kos nak dekat 2 juta ringgit takkan nak bagi kat 30-40 orang je buat kajian, bagilah canlah kitorang jadi pandai jugak. Kajian banyak sangat pun simpan dalam buku jek, kalau bagi orang ramai gunakan fasiliti tu terbuka jugalah mata dan fikiran. Tujuan utama si perancang adalah untuk memupuk minat generasi muda mempelajari bidang astronomi. Kalau boleh mereka mahukan setiap rumah memiliki teleskop kecil seperti mana masyarakat negara maju.

 
Teleskop 24" yang ada di Balai Cerap Teluk Kemang ini ditempah dari Optical Guidance System, New York. Mounting pula dari jenis York juga dari Amerika Syarikat. Teleskop berharga rm800 ribu ni dibuat di basement rumah je you... boleh dieksport sampai luar negara. Guna alamat rumah? Uiksss tak lulus pinjaman TEKUN nih.

Teropong canggih ini mampu melakukan cerapan sehingga 0 darjah berbanding tempahan biasa setakat 30 darjah aje. Nak tengok anak bulan kan, mestilah tepat. Karang kok tercopek pulak rayo.
 
Inilah anak bulan. Jangan terkeliru dengan biasa cahaya. Biarlah pihak yang berwajib sahaja yang mengumumkan anak bulan nampak ke tidak.

Jarak bumi ke bulan adalah sejauh 400 ribu km manakala ke Jupiter 8 juta km. Walau bagaimanapun dengan alat ini kita mampu melihat kedua-duanya dengan jelas jika cuaca baik. Time kami pergi tetiba hujan jadi tak dapatlah nak meneropong disebabkan proses melihat bulan ini memerlukan kita membuka shutter kubah (mandi hujanlah kita nanti). Equipment pun mahal weh. Yang syoknya, kalau kita terjumpa kawah baru di permukaan bulan tu, kita boleh letak nama kita kat situ. Kalau aku yang jumpa, sesiapa yang membuat kajian nanti akan memanggilnya Kawah Ruggedmom dot com.

Tarikan terbaru pula ialah teleskop untuk mencerap matahari. PENTING untuk kita menggunakan filter yang sesuai kalau tak nak mata menjadi buta. Mata kita takde spare parts dik. Itulah sebabnya teleskop ditempah daripada sumber yang tepat dan sahih serta berlesen. Subhanallah, dekatnya matahari tu...menyala-nyala. Kalaulah sebesar kepala mancis saja tercampak ke bumi maka hancur berkecailah bumi kita ni. Bila tengok objek yang panas berasap tu terbayang kisah di neraka, menakutkan!

Marilah kita berusaha menjadi orang baik kerana janji Allah itu pasti. Lebih baik menjadi bekas orang jahat daripada menjadi bekas orang baik, ye tak?
 

'https://www.astroleague.org/content/hydrogen-alpha-solar-observing-program'
 Sumber di sini

Teleskop matahari ni diadakan supaya pelawat tak kecewa. Tak dapat tengok bulan kita tengok matahari. Apa yang aku faham tiket masuk yang sama boleh digunakan untuk melihat kedua-duanya di hari yang sama. Untuk yang ini kubahnya dibeli di Poland manakala teleskop tetap dari Amerika Syarikat. Yang hebatnya sistem pengoperasian dilakukan 100% oleh anak tempatan. Anak-anak Malaysia ini berjaya syncronize teleskop dan kubah.


Teleskop untuk mencerap matahari

Warning:
Only use H-alpha filters and telescopes from reputable sources and always check your filter for damage before each use.  As Richard Hill states in Observe and Understand the Sun: "Observing the sun is the only inherently dangerous observing an amateur astronomer can do. Be aware of this at all times and take all necessary precautions. If you do not know a filter or procedure is safe then do not use it! Always err on the side of safety. An eye once damaged is forever damaged. Filters that let too much INFRARED light through can burn an eye if used visually. There is NO PAIN when this happens. Burned retinas can not be repaired. Excessive ULTRAVIOLET light has been shown to cause cataracts. So be very careful." Remember to cap or remove your finder scope before observing and never use a "solar filter" that screws into an eyepiece
 

Program pendidikan ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar. Balai cerap yang memfokuskan kajian matahari hanya di Negeri Sembilan dan Langkawi sahaja tetapi yang di Pulau Mahsuri tu hanya untuk golongan professional. Di negara kita ni ANGKASA adalah badan yang berotoriti untuk membuat apa-apa makluman tentang aeroangkasa.
 
Sekiranya nak ke Balai Cerap Teluk Kemang ini bolehlah membuat tempahan melalui Klana Beach Resort, Port Dickson.

Ini alamatnya:

Balai Cerap Telok Kemang
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506, Batu 8
Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

(didalam kawasan Klana Resort Port Dickson)
 

Post a Comment

0 Comments