Di-pow pegawai imigresen



Hari keempat, jam 8.30 pagi aku bertolak ke Thailand. Tiket dah beli malam sebelumnya dari ejen di Pub Street. Janjinya nak pick-up antara pukul 7.15-7.40 tapi pukul 8 suku baru sampai. Cemas dah aku sebab ticket seller tu kata pukul 8 van bergerak.



Jarak bus station dari hostel dalam 3km lebih kurang jadi syarikat pengangkutan ni sediakan pick-up service di hotel sekitar Siep Reap. Aku pilih van sebab masa yang diambil lebih cepat iaitu 3 1/2 jam, kalau bas lagi lama. Dua kali berhenti, sekali untuk toilet stop dan sekali lagi di tempat makan yang tak ramai orang dalam dewan besar. Air kolah kat toilet tu kan hmmm... Masa kita sampai tu tuan kedai depan (tuan toilet jugaklah kot) menjerit kat kami, buy first! buy first! Dia suruh membeli kat dia dulu. Aku nak beli apa? Tak semua pun yang membeli, buat bodoh je. Kalau dia caj kita sikit pun tak apa daripada membeli barang yang kita tak perlukan.

Kami sampai di Poipet dekat pukul 12 tengahari. Poipet ni berada di sempadan antara Cambodia (Kemboja) dan Thailand. Di sebelah sana bandarnya Aranyaprathet. Di Poipet ni ada beberapa buah casino yang letaknya selepas imigresen Cambodia. Di sini juga sibuk dengan orang menolak barang dagangan untuk dijual di Rongklue Market, Aranyaprathet. Teringat para pedagang di kota perniagaan Guangzhou dulu.


sumber di sini

 Barangan untuk didagangkan di Rongklue Market (friendship market)

Casino di Poipet

Pejabat imigresen di Poipet sangatlah simple. Kami berdiri di luar aje...merembes poluh! Ada cerita tak berapa enak di sini.

Sumber di sini. Terpaksa pinjam gambar orang, entah kenapa gambar aku dikata format tak sama pulak dek tab ni.

Masa sampai di Phnom Penh, aku dah pastikan passport dicop pegawai imigresen tetapi tidaklah aku pasti borang Visa On Arrival untuk departure kena cop jugak time tu. Takdelah aku bertanya sebab kan stated 'for official use only' dan takde pulak mention 'kindly ensure the departure card must be stamped before bla..bla..'. Masa nak keluar dari Poipet imigration offiecer tu tanya, dalam bahasa Khmer pulak tu. Adeh...payah betul. Dia cakap berulang-ulang sambil angkat passport, angkat duit Thai Baht 100 dua keping. Muka dia pun macam dah bosan tak faham faham aku ni (sebenarnya sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya). Kawan dia kat sebelah senyum je, macam nak tergelak pun ada, macam penuh makna pun ada.

Dia suruh aku bayar THB200 sebab form VOA tu tak bercop. Bukannya salah aku pun. Walaupun tak berpuas hati tapi aku bayar jugaklah, beg dahlah berat dengan berpanas kat situ lagi...

Ada beberapa persoalan yang aku perlukan jawapan daripada Imigration Department of Cambodia. Kenapa:
1) ...nak caj aku sedangkan bukannya salah aku? eh, betul ke salah tak bercop?
2) ...THB yang diminta dan bukannya Riel?
3)...tak boleh ke cop je terus sebab itu salah kawan dia kat airport Phnom Penh nun?

Aku bayar tanpa rela. Karang kena angkut naik trak polis pulak hoho.. Tak sangka di-pow pegawai imigresen Cambodia.

Aku dah hantar soalan tu ke Cambodian Embassy tapi orang yang menjawab tu macam main-main je sangat tak professional. Bila aku emel lagi dia suruh emel pula kepada seseorang yang lain. Aku tunggu dulu jawapan yang kedua ni, mungkin aku akan paparkan screenshot nya nanti.

(aku godek godek info tentang hal ni maka terjumpalah berita yang dah keluar sejak tahun 2008 lagi. Sepertimana jawapan police officer dalam berita tu yang mintak evidence, sama jugalah yang membalas emel aku tu. Resit pun takdo nak bukti amendenya?)

Selesai di situ berjalanlah aku melintasi kasino yang berderet menunggu mangsa. Orang Cambodia tak boleh berjudi di situ, yang bertunggu-tangga mencuba nasib di kasino kebanyakannya orang negara sebelah.

Sesampai di imigresen Thailand tu dia....panjangnya barisan! Melingkar, nasib baik ada air-cond.

Sawadeekaappppp.....

 

Post a Comment

3 Comments

  1. pengalaman yang tak sedap nak diingat tu. semoga dipermudahkan urusan di thailand.

    ReplyDelete
  2. Adarain,
    Di Thailand smooth aje. Suka Thailand!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.