Cambodia | Bila terputus duit di perantauan




Bila kita plan nak berbelanja cukup cukup je duit yang dibawa pun selalunya tak berlebih banyak. Kira ngam ngam nak hidup je lah. Kononnya nak disiplinkan diri tak nak shopping namun hampeh hahahaaa…


Adalah dalam beberapa trip foreign currency akÅ« habis tapi duit ringgit aku banyak lagi dalam tangan. Masa di Bali dulu berkali-kali tukar duit, money changer banyak tapi selepas tengok video penipuan money changer di Bali tu hmmm… entah berapa kalilah aku kena kelepet. Di Bandung pun sama. Bila berada di Bandung susah nak mematuhi prinsip ‘saya bukan kaki shopping’ hahaa… dah namanya pun Kota Kuliner dan Belanja. Semasa di Semarang pun pernah.

Kisah di Cambodia ni lain, duit habis terus hahaa…gila! Tak ada seorang Malaysian pun yang aku jumpa di Siep Reap kecuali ada lima enam orang muda belia di Angkor Artisan, itupun mereka tak perasan masa aku berjalan keluar tu.

Bila terputus duit di perantauan misi hari kedua di Siem Reap tu adalah mencari CIMB bank sebab tak nak kena caj. Tak jauh pun berjalan dah jumpa ATM CIMB di Angkor Mart, punyalah gembiranya hati. Tak sudah sudah Alhamdulillah di bibir… malangnya kad tak boleh dibaca pulak :-( . Aku berjalan lagi ke depan, teringat masa nak ke Angkor Wat ada lalu Public Bank dulu baru CIMB. Maybank ke dalam sikit. Try lagi, tak boleh jugak. Arghhh….aku tak putus asa gosok gosokkan kad tu di baju dan…berjaya! Hahahha…barulah rasa macam makcik kayo. Sebelum tu nak makan pun takut weiii ... karang kena basuh pinggan pulak. Duit Riel yang ada tu bukannya bernilai sangat. Kalau berjalan dengan cik kiah duit sampai berlebih-lebih pulak (tau takut).

Mintak nyawa dari CIMB Siem Reap. Nasib baik ada talian hayat.

Duit dah ada mulalah mata nampak macam-macam, nak makanlah nak massage lah, nak beli seluar anaklah… Masa belum jumpa ATM tadi dan bercongak nak makan banana pancake je 1 dollar tapi bila dah jadi makcik kayo terus masuk restoran muahahahah.... Aku pegi jugak urut kaki, cuma usd1 untuk 15 minit. Kalau datañg time happy hour usd2 untuk 60 minit. Massage memang murah di Cambodia, boleh berurut setiap hari!

Itu lah cerita Melayu yang mudah lupa hihihiiii…Berani dalam takut sebab dah nampak Maybank, Public Bank dan CIMB Bank. Owh kau lah penyelamat ku.... I love malaysian products! hehehehe.....

Post a Comment

0 Comments