Betul ke ada terowong komunis di Port Dickson?



Sejarah berlaku setiap hari dalam hidup manusia. Ada yang dibukukan, ada juga yang  melalui penceritaan dari mulut ke mulut. Kini kehebatan teknologi banyak membantu menyebar-luaskan lagi sesuatu berita tanpa sempadan. Secara tradisionalnya, kita mengetahui banyak perkara penting yang telah berlaku di dalam negara dari fakta yang dikemukakan muzium-muzium yang dibina serata negara.



Tahun ini saja dah dua kali aku ke muzium di Port Dickson ni tapi kali ini lebih menarik sebab dapat guided tour at Muzium Tentera Darat. Semuanya diuruskan oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan. I ikut jer. Kalau datang dengan rombongan agaknya boleh je request lawatan berpandu ni.

Kalau kita ni jenis minat sejarah lawatan sejam sebenarnya tak cukup. Setakat nak tengok gambar bolehlah, nak membaca semua tak sempat. Banyak informasi bergambar tentang permulaan dan perubahan Angkatan Tentera Malaysia since inception.

Hanya satu muzium tentera yang terdapat di Malaysia, yang inilah di Bandar Tentera Darat Port Dickson. Letaknya sangat berdekatan dengan kem. Kalau dari arah Seremban, bila sampai traffic lights masuk kanan dan jalan terus ke depan. Kalau dari arah Bagan Pinang kena masuk simpang kiri.

 Kapsul masa
 
 Pengarah Tourism Negeri Sembilan bersama pegawai tentera yang menjadi jurupandu lawatan kami

Ada berbagai bahan pameran seperti kenderaan perang, kapal terbang, pakaian, gambar lama, terowong dan sebagainya. Aku ingatkan askar ni ada tiga jenis pakaian je rupanya ada lima. Bolehlah tengok sendiri di sini. Bahan pameran juga diatur mengikut zaman. Ada juga tayangan video yang mengambil masa 20 minit yang menjadikan Shaharudin Tambi dan Hairi Othman sebagai penceritanya. Hmm...Muzium Tentera Darat dah gunakan teknologi ni selama 10 tahun, aku ingatkan yang kat Hang Tuan Centre di Melaka the latest.

Pembinaan muzium ini cetusan fikiran mantan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein dalam usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah Tentera Darat.


Muzium ini dibahagikan mengikut zaman atau "through the decades", kato uwan den. Ia dikisahkan bermula zaman silat Kesultanan Melayu Melaka, semasa menjadi taklukan Portugis, Belanda dan British. Tidak ketinggalan masa gelap berlawan dengan komunis, era penubuhan Askar Melayu sehinggalah kepada era Tentera Darat Hari ini.

Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada 1902 merupakan pasukan askar melayu pertama yang ditubuhkan yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Malay States Volunteer Regiment’ (MSVR). Abdul Samad Abdullah adalah orang pertama daripada 25 orang yang menjadi Askar Melayu di Skuad Percubaan, kemudiannya wujud Batalion pertama dan kedua di kala Jepun menyerang Tanah Melayu.

Gesaan oleh empat pembesar Melayu kepada pemerintah Inggeris telah mendorong kepada penubuhan Skuad Percubaan seramai 25 orang rekrut pada 1 Mac 1933 di Depot Port Dickson. Saya pasti ramai yang mengenali Leftenan Datuk Adnan yang memang telah berjasa kepada negara sehingga ada filem berkaitan beliau dihasilkan dan untuk pengetahuan anda, beliau adalah didalam pasukan yang ke-90. (dari website muzium TD)

 Meriam yang masih dalam baik kondisinya


Yang lebih menarik ada replika terowong komunis yang bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada setiap pengunjung. Disini terdapat artifak asal dan panel grafik untuk membantu pelawat
merasai sendiri bagaimana teruknya para askar kita semasa bertarung dengan komunis dulu. Masuklah terowong tu, tak de apa yang nak ditakutkan pun sebab punyalah luas, dua buah motor pun boleh merempit. Terowong tu tak macam Chu Chi Tunnel di Ho Chi Minh City apatah lagi terowong komunis yang di selatan Thai tu. Gelap dan terpengap macam masuk lubang kubur. Chu Chi Tunnel boleh tahan lagi sebab saiznya dah dibesarkan sikit mengikut saiz pelancong.

Replika terowong bawah tanah sepanjang 142 meter bermula dari Blok B dengan dua pintu keluar iaitu di Kampung Hutan dan Pesawat Caribou. First time aku ke sini hari tu tak perasan pulak terowong ni, anak yang dah pernah ikut rombongan sekolah pun tak cakap. Kita akan ditunjukkan segmen Pengawal PKM, Bilik Sakit, Tempat Tidur, Sasaran Menembak, Barang Rampasan dan Bilik Gerakan.

 'Komunis' yang mengalami kecederaan
 
 Alat penyeksaan @ torture machine
 
 
 Ini Panglima Tentera Darat kita sekarang Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor

Yang lagi syoknya ada jambatan gantung di belakang kafe. Jambatan ini bukan dibuat untuk komersil seperti di Poring Hot Spring tu ya, hok ni untuk askar. Kecil dan melengkung, berayun. Yang di Poring tu tinggi, kecil tapi stabil. Syok betul mendajal orang muahahahaha.... adik tu punya menjerit Allahuakbar..! Allahuakbar..!!! aduhai kelakar!

Senyum ye dik.. ngeh ngeh

Dan lebih istimewa lagi kami dihidangkan makanan semasa operasi di hutan seperti ubi kayu rebus pisang salai dan ayam pangsun.

Jika ke Port Dickson jangan lupa singgah ya. Setakat dua kali ke sini aku perasan pelawat sentiasa ada di Muzium Tentera Darat ni.

Waktu Lawatan
10:00 pagi – 5:00 petang

Waktu Tutup
Isnin & Selasa

Harga Tiket: PERCUMA (anda digalakkan untuk menderma ke dalam tabung yang disediakan)

Hubungi :
06-6409488, 6409484, 6409481, 6409482
admin@armymuseumpd.gov.my

Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa,
Persiaran Pahlawan,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, MALAYSIA
Laman Web: www.armymuseumpd.gov.my


Lawatan ke Muzium Tentera Darat adalah sebahagian aturcara yang dirancang oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan dalam memperkenalkan produk-produk pelancongan yang terdapat di Port Dickson. Terima kasih diatas jemputan ini.
 

Post a Comment

0 Comments