Penang 3D Trick Art Museum



Lukisan helah 3 dimensi dah menjadi trend sekarang ni. Walaupun lukisan yang dipaparkan tidaklah segah street art di negara Barat ia tetap mampu menampilkan sesuatu foto yang sangat menarik di dalam kamera walaupun hakikatnya ia kelihatan biasa-biasa sahaja dengan mata kasar.



Penang 3D Trick Art Museum bukanlah muzium lukisan helah yang pertama di Malaysia namun ia tetap menawarkan sesuatu yang menarik kepada pengunjung terutamanya yang muda belia. Orang muda kan... yang dah nak register jadi warga emas tu kena berkawan-kawan baru diorang jadi tak sedar diri hahahaa...seronok weh kat sini. Belum masuk ke dalam lagi dah bergambar sakan dengan frame 'instagram'. Tak kuasa nak letak gambar ai kat sini.

Tips penting untuk menghasilkan gambar yang menarik:
1. Angle yang tepat, dan
2. Memek muka dan bahasa badan kena betul! Anda mesti sporting untuk beraksi sepadan dengan lukisan yang menjadi latar belakang anda. Contohnya gambar ular menganga ini ...

 
Dah nak kena telan dengan ular haruslah ko buat muka seram sejuk ketakutan baru real.

 Kak Nana ni feeling berkepak seperti rama-rama

 haa ni salah ni... ada ke tersenyum jauh dalam lubang?

Kena bergaya macam adik ni

Disebabkan nak menghasilkan gambar yang real jugaklah ibu jari aku masih sakit jatuh terhimpit badan sendiri 'dalam kolam renang'. Nak buat kuak dada kununnnn...amekkawww!

Hop in to explore more of the very first Penang 3D Trick Art Museum!

Open daily
Monday to Friday
 9am - 6pm

Saturday - Sunday
9am - 8pm

Address:
10, Lebuh Penang
10200 Pulau Pinang
Malaysia
Tel : +604 2631628
E-mel : info@penangtrickart.com



Post a Comment

2 Comments

  1. salam kenal ruggedmom :)

    teringin nak ke 3D museum macamni. tak berkesempatan lagi. btw very2 nice piccas!

    lydzar.com :)

    ReplyDelete
  2. memang banyak tempat sekarang ada muzium 3d, apa-apa pun memang enjoy

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.